Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di bawah 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Apakah kesalahan ejaan bagi ayat di bawah? 1. Kita tidak boleh terlalu taksub kepada seseorang itu walaupun dia berilmu. Apakah kesalahan tatabahasa bagi ayat di bawah? 1. Kebanyakan pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah sepanjang bulan Ramadan. Terima kasih.Kesalahan ejaan pada ayat pertama ialah "taksub".  Ejaan yang betul ialah "taasub"
Kesalahan pada ayat kedua ialah perkataan "pusat membeli-belah".  Perkataan yang betul ialah "pusat beli-belah"
Ejaan24.11.2016
Betulkah penggunaan peribahasa di bawah? 1. Setiap atlit yang mengambil bahagian telah berlari"menjangkau sehabis tangan" untuk memperoleh kemenangan. Betulkah penggunaan ayat di bawah? 1. Temasya sukan ini merupakan antara aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai slogan "1 murid 1 sukan" yang telah diuar-uarkan oleh kementerian pendidikan Malaysia.Mohon beri penjelasan.Selamat pagi:

1. Menjangkau sehabis tangan menurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah Berusaha dengan bersungguh-sungguh hati. Oleh itu, ayat tersebut boleh digunakan
2. Ayat kedua betul tetapi perlu menggunakan huruf besar dan huruf kecil dengan betul. 
Sekian, terima kasih.
Lain-lain15.10.2016
Apakah penggunaan yang betul dalam ayat di bawah? 1. Di antara bahagian yang akan mereka lawati ialah Bahagian Jawi, Majalah, dan Reka Bentuk. 2. Antara bahagian yang akan mereka lawati ialah Bahagian Jawi, Majalah, dan Reka Bentuk. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah “ Antara bahagian yang akan mereka lawati ialah Bahagian Jawi, Majalah, dan Reka Bentuk.”Tatabahasa25.03.2014
Mohon pencerahan ayat di bawah. 1.Dia terjatuh krn terpijak dhn yang rapuh. Atau 2.Dia terjatuh krn terpijak dahan yang sekah. Terima kasih.Jawapan yang betul ...dahan yang rapuh.Tatabahasa19.08.2015
Apakah perbezaan ayat di bawah: 1. Selamat datang ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar. 2. Selamat datang Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar.Ayat pertama mengslu-alukan kedatangan tetamu ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, manakala ayat kedua mengalu-alukan kedatangan Jemaah Nazir dan kumpulan Jaminan Kualiti ke sesuatu tempat.Tatabahasa07.01.2014
Betulkah penggunaan "demi" di bawah: 1. Saya datang ke sini demi mencari Abu Jahal, musuh Allah dan rasul-Nya.Penggunaan perkataan "demi" dalam ayat yang dinyatakan adalah betul.Tatabahasa22.04.2013
boleh menetukan kesalahan bahasa di bawah : 1 ) kesimpulan atau kesimpulannya 2 ) secara umumnya atau umumnyaTiada yang salah tentang kedua-dua perkataan yang diberikan. Perkataan tersebut betul sekiranya merujuk kepada situasi dalam ayat. Contoh: Kesimpulan daripada cerita ini... atau kesimpulannya, pengajaran yang kita terima.... Begitu juga untuk perkataan nombor (2).Makna12.11.2015
Slm, Mohon check ayat di bawah. 1) Serangga apa yang mempunyai kelajuan terbang yang paling laju? Pepatung merupakan serangga yang terbang paling laju dalam kalangan serangga. Ia boleh terbang dalam kelajuan 90 km per jam. Serangga kedua terbang paling laju ialah Human Botfly yang mempunyai kelajuan terbang sebanyak 50 km per jam. Bumblebee pula boleh terbang dalam kelajuan 18 km per jam. tqApakah serangga yang terbang yang paling laju? Pepatung merupakan serangga yang terbang paling laju. Ia boleh terbang dalam kelajuan 90 km per jam. Serangga kedua yang terbang paling laju ialah Human Botfly yang mempunyai kelajuan terbang sebanyak 50 km per jam. Bumblebee pula boleh terbang dalam kelajuan 18 km per jam. Tatabahasa19.08.2015
Apalkah kesalahan dalam ayat di bawah? 1)Himpunan buku-buku luar negara itu telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.Ayat yang betul ialah Himpunan buku luar negara itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau Buku-buku luar negara itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Himpunan buku-buku... penggunaan perkataan yang lewah kerana himpunan menunjukkan banyak buku sama seperti buku-buku.
Tatabahasa10.04.2013
Apakah kesalahan dalam ayat di bawah? 1) Laporan kelab itu disediakan oleh saya pagi tadi. 2) Himpunan buku-buku luar negara itu telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.Ayat pasif diri pertama yang betul ialah "laporan kelab itu saya sediakan pagi tadi", ayat pasif dengan kata "oleh" ialah ayat pasif diri ketiga.Tatabahasa09.04.2013
12345678910...

Kembali ke atas