Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di belakang 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
belakang I1. bahagian badan di sebalik dada, bahagian yg dianggap sbg lawan hadapan: orang itu kena tikam di ~nya dgn pisau; ~ parang a) bahagian yg tidak tajam (lwn mata); b) Kl orang yg bodoh; ~ tangan lwn telapak tangan; 2. tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: surut ke ~; 3. (pd) masa yg terkemudian (terakhir): ia yg datang paling ~; bayarannya ~ kira; ~ hari kemudian hari (kelak); ~ kapal buritan; ~ parang lagi (kalau) diasah nescaya tajam prb biar bodoh sekalipun, kalau belajar nescaya akan pandai juga; balik ~ lain bicara prb kalau berjauhan, lain perbuatannya (merugikan dll kawan); di belakang 1. di tempat (arah) yg berlawanan dr hadapan: rumahnya ~ rumah saya; ia berdiri ~ pintu; 2. kemudian, kelak, sesudah(nya): kesusahan hitung ~; akan menyusul suratku ~; ~ mata (bila orang) tidak melihat, dgn tidak dilihat orang; ke belakang 1. ke jurusan belakang (surut, mundur, dll): menoleh ~; 2. ke bahagian belakang rumah (ke dapur dll): ia minta diri pergi ~ utk menjemput isterinya; 3. bh buang air besar atau kecil: saya hendak ~ sekejap; mengebelakangkan 1. menempatkan ke belakang, memundurkan: jam itu dikebelakangkan kerana 10 minit cepat jalannya; 2. mensia-siakan, tidak mengendahkan (mempedulikan dll): apabila kau sudah besar dan berpangkat, ibu bapa janganlah dikebelakangkan; terkebelakang, terbelakang 1. ketinggalan, tercicir, kurang maju: aku hendak meninggikan taraf orang kampung yg sangat ~ itu; 2. terakhir, terkemudian: berita yg ~ diterima hari ini;berbelakang-belakangan saling mengarahkan bahagian belakang (tubuh, rumah, dll), lwn berhadap-hadapan: mereka berdiri ~ mempertahankan diri; rumah teres itu ~; membelakang 1. dgn belakang ke (duduk, berdiri, dll): ia duduk ~ ke pintu; 2. berada (tinggal) di belakang: jangan kamu ~ saja; membelakangi 1. mengarahkan belakang kpd, lwn menghadapi: Tahir duduk ~ teman-temannya dlm bilik itu; 2. mensia-siakan, tidak menghiraukan: walaupun ia suka akan kesenangan dunia tetapi tidak pernah ia ~ ajaran Tuhan; belakang-membelakangi saling membelakangi, saling menghalakan belakang kpd yg lainnya: Salmah dan Md. Nor ~ antara satu sama lain;membelakangkan 1. = memperbelakangkan menempatkan di belakang, lwn mendahulukan: saya tidak meminta supaya didahulukan, tetapi saya tidak pula hendak dibelakangkan; 2. mensia-siakan, meninggalkan, tidak menghiraukan: mereka ~ janji; belakangan 1. = kebelakangan = ~ ini sejak masa-masa yg kemudian ini, akhir-akhir ini: pergolakan di Indonesia ~ ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya; 2. kesudahannya, akhirnya, kemudian: mula-mula ia menolak, tetapi ~ menerima juga tawaranku; 3. Jk (lebih) belakang: siapa yg datang ~ tidak mendapat apa-apa;keterbelakangan perihal terbelakang: Raffles mengakui bahawa keadaan ini dianggap sbg ~ intelek penduduk Melayu dan Indonesia; pembelakangan 1. perihal (perbuatan) membelakangi atau membelakangkan; 2. Mn belakang.Kamus Dewan Edisi Keempat
menggendong1. mendukung (di belakang, di pinggang, dll) dgn kain yg disangkutkan ke leher: ~ anak; 2. Tr mendukung di belakang, mengencang;Kamus Dewan Edisi Keempat
gendong(géndong); menggendong 1. mendukung (di belakang, di pinggang, dll) dgn kain yg disangkutkan ke leher: ~ anak; 2. Tr mendukung di belakang, mengencang; gendongan 1. benda yg digendong; 2. kain utk menggendong; penggendong orang yg menggendong.Kamus Dewan Edisi Keempat
endorsan1. (Eko) catatan di belakang cek sbg tanda penerimaan: ~ cek; 2. (Udg) catatan di belakang atau di bawah sesuatu dokumen; 3. (Udg) catatan di belakang writ, dokumen mahkamah dsb bagi menandakan dokumen telah disampaikan kpd orang berkenaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tunda Isesuatu yg ditarik dgn tali di belakang perahu; kail ~ kail yg ditarik di belakang perahu; pukat ~ pukat yg ditarik di belakang bot dll; sampan ~ sampan yg berisi muatan (ditarik oleh kapal yg kecil-kecil); tali ~ tali utk menarik pukat (sampan dll); bertunda 1. sedang menarik sampan tunda (kapal, sekoci, dll); 2. ki berikut-ikut, ber­turut-turut: beberapa kali orang melihat Lajim balik bersaingan dan ~ dgn Saodah; bertunda-tunda 1. sl berduyun-duyun dgn banyaknya, berbondong-bondong: rakyat ~ menuju ke padang tempat orang berperang itu; 2. ki berjalan dll berikut-ikut (berturut-turut): anjing itu berlari-lari dan di belakang­nya ~ anaknya; menunda 1. menarik sampan dll dgn tali: sebentar kemudian dgn ~ perahu si Tenggang, mereka pun berkayuh balik ke pantai; 2. ki mengikut dr belakang, mengikut, mengiringi: orang tua itu sedang mengingat peristiwa kematian isterinya yg ditunda dgn kematian anak-anaknya; Pak Sudin masuk ke dlm bilik hadapan dan Yusof ~nya dr belakang; penundaan perihal (perbuatan atau kerja) menunda: ~ kereta yg rosak di lebuh raya itu telah diswastakan kpd sebuah syarikat tempatan; penunda sesuatu yg digunakan utk menunda (menarik); kapal ~ kapal penarik (sampan dll); ~ kereta orang yg kerjanya menunda kereta yg rosak atau remuk akibat kema­langan; tali ~ tali utk menarik sampan dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
terkebelakang1 tertinggal atau tercicir di belakang; belum maju; berada di belakang. 2 paling belakang; terakhir; terkemudian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terkebelakang1. tertinggal atau tercicir di belakang; belum maju; berada di belakang. 2. paling belakang; terakhir; terkemudian.Kamus Pelajar
endors(éndors); mengendors bp mengakui (dokumen, cek, perjanjian dsb) sah dgn menurunkan tandatangan dsb; endorsan 1. (Eko) catatan di belakang cek sbg tanda penerimaan: ~ cek; 2. (Udg) catatan di belakang atau di bawah sesuatu dokumen; 3. (Udg) catatan di belakang writ, dokumen mahkamah dsb bagi menandakan dokumen telah disampaikan kpd orang berkenaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sunting Ihiasan (bunga dll) yg di­cucukkan di rambut atau di belakang telinga. ~ malai hiasan rambut yg dipakai di belakang telinga. ber­sun­ting memakai sunting. me­nyun­ting memetik bunga (utk dijadikan sunting dll): Mereka bermain-main di taman sambil ~ bunga mawar. menyun­ting­­kan melekatkan bunga dll di kepala atau di belakang telinga sbg hiasan: Gadis itu ~ sekuntum bunga mawar pd sanggulnya. mempersunting 1 mengambil dan menjadikan sesuatu sbg sunting. 2 ki mengambil gadis utk dijadikan isteri; memperisteri: Banyak pemuda yg ingin ~nya. suntingan apa-apa yg dijadikan sunting. penyuntingan perbuatan (hal dsb) menyunting atau menyuntingkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bokong1. = balik ~ terbalik (yg di muka ke belakang dll), salah mengerjakan (terbalik drpd aturan yg sebenarnya); baju ~ baju yg butangnya di belakang; kerja balik ~ kerja yg dimulakan pd bahagian yg terbalik; 2. punggung; 3. Jk belakang; membokong Jk 1. membaca terbalik (dr belakang ke muka); 2. melakukan sesuatu secara sulit, menyerang dr belakang;pembokongan penyerangan dr belakang (dgn diam-diam).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas