Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
samping (kata tugas)
Bersinonim dengan sebelah, sisi, rusuk, tepi, birai, dekat, pinggir, lambungan;,
Kata Terbitan : di samping, ke samping, mengesampingkan, bersampingan, menyamping, menyampingi, menyampingkan, tersamping, sampingan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah beri beberapa sinonim perkataan 'selain itu,pada masa yang sama,di samping itu'?

Mengikut Kamus Dewan Maksud Sinonim ialah kata yg sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain, mis cantik dgn indah dan cepat dgn pantas, kata seerti. SELAIN : hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak; DI SAMPING :1. di sebelah, di rusuk, di sisi: mereka sering bermain-main di bawah rumpun buluh ~ rumah Leman; 2. bersama-sama dgn, bergandingan dgn, bersanding bahu dgn: kami akan berjuang ~ saudara; 3. ... dan juga ..., selain ... juga ...: ~ sebuah balai raya, sebatang tali air juga akan dibina di kampung itu; PADA MASA YANG SAMA : ketika itu.

Tatabahasa16.04.2008
Apakah penjelasan bagi perkataan "samping"? Bila perkataan "samping" boleh digunakan? Adakah ia boleh digunakan bersama kata sendi nama "di"?Menurut kamus terbitan terkini DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1951)

samping1
 kata nama
sisi atau sebelah kiri atau kanan:
Luruskan tangan di atas kepala, kemudian gerakkannya ke samping kiri dan kanan.

di samping
a di sisi atau di sebelah: Dia duduk di samping suaminya sambil menikmati minum petang.

b selain atau juga: Pertemuan sedemikian mendedahkannya pada corak penulisan baharu di samping dapat berkenal mesra dengan rakan penulis yang lain.

c bersama-sama atau bergandingan dengan: Hidup di samping baginda banyak menyimpulkan kenangan manis dan duka. Lebaran yang diraikan Syafie pada tahun ini tetap meriah dan bermakna di samping keluarga tercinta.

Sila dapatkan maklumat tentang kata terbitan dan contoh penggunaannya dalam kamus ini.
Makna24.05.2023
Adakah penanda wacana "di samping itu" dikira sebagai 3 perkataan atau 1 perkataan?Penanda wacana "di samping itu" dikira sebagai tiga patah perkataan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web https://prpm.dbp.gov.my/Tatabahasa04.02.2024
(1) Adakah penggunaan penanda wacana 'Dalam pada itu' sama dengan 'Di samping itu'? (2) Adakah penanda wacana 'Dalam pada itu' dikaitkan dengan elemen masa?Penggunaan penanda wacana bergantung pada konteks ayat sama ada menunjukkan eleman masa atau yang selain daripadanya. Lazimnya frasa "di samping itu" digunakan apabila menulis dua huraian dalam satu ayat, manakala frasa "dalam pada itu" digunakan apabila menerangkan pendapat yang berbeza. Tatabahasa31.08.2020
1) Mengapakah pada masa kini, frasa "di kalangan" bertukar menjadi "dalam kalangan" ? 2) Benarkah tidak sesuai menggunakan penanda wacana "di samping itu" dalam ayat yang kita bina? Contoh : Kita mestilah menghormati ibu bapa. Di samping itu, kita perlu rajin belajar supaya berjaya pada masa depan.

1) Frasa yang paling tepat ialah "dalam kalangan" bukan "di kalangan" kerana sendi nama "di" merujuk tempat. Kata "kalangan" bermaksud lingkungan atau golongan.  Sekiranya sendi nama "di" dibubuh pada kata ini, menjadi "di golongan", maka "di" tidak sesuai dipadankan dengan "kalangan". Penggunaan "dalam kalangan" betul kerana menunjukkan termasuk, bersama-sama atau terlibat sama. 

2) Penanda wacana "di samping itu" boleh digunakan dalam ayat tersebut.

Tatabahasa28.03.2010
soalan..untuk bantu anak saya.kata lawan bagi maksud...1)Maka 2) yang demikian 3) oleh itu 4) justeru 5)selain itu 6) jadi 7) di samping itu. itu saje.1) Perkataan maka mempunyai beberapa maksud, antaranya "bahawa", "dengan sebab itu" dan sebagainya. 2) "Yang demikian" bermaksud "yang begitu", "yang begini" atau "seperti itu". 3) "Oleh itu" bermaksud "dengan itu". 4) "Justeru" bermaksud "kebetulan", "tepat", "kena benar", "malahan" dan "bahkan".  5) "Selain itu" bermaksud "di samping itu". 6) 'Jadi" bermaksud "sebenarnya", "kalau begitu" dan sebagainya. 7)"Di samping" bermaksud "selain itu". Walau bagaimanapun, kesemua perkataan tersebut mempunyai makna yang tertentu bergantung pada teks,  konteks secara keseluruhan. Untuk lebih memahami maksud perkataan tersebut, saudara hendaklah menyertakan ayat yang lengkap.Makna02.02.2010
Bolehkah: 1) ... adalah seperti... 2) ... adalah bukan... 3) ... adalah seorang ... 4) Di samping itu, ... 5) Dalam pada itu, ... 6) jawapan / jawaban 7) Telefon bimbit .... Ia merupakan... 8) ...kumpalan titik atau unjuran di mana daya dikenakan secara...1. Kata pemeri adalah boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif seperti "adalah seperti" dan "adalah merah".
2. Frasa "di samping itu", "dalam pada itu", jawapan/jawaban, betul.
3. Ia merupakan boleh digunakan bergantung pada konteks ayat tersebut dan perkataan "di mana" tidak digunakan dalam ayat penyata. Sila gantikan dengan perkataan (kata hubung) yang sesuai untuk menggantikan kata "di mana".
Tatabahasa30.04.2013
1. Semasa membuat rumusan, kata hubung seperti selain itu, tambahan pula,di samping itu dikira sebagai berapa perkataan? 2. perkataan "jawaban" dan "jawapan" yang mana satu betul?

Saudara,

Frasa "selain itu", "tambahan pula" dikira sebagai dua perkataan. Ejaan "jawapan" ialah yang betul bukan "jawaban".   

Tatabahasa22.10.2010
Assalamu'alaikum. Saya ingin meminta kerjasama untuk mengalih bahasa seperti di bawah: 1. Meanwhile all our rights are reserved 2. Covering Senior General Manager (beliau memangku dan membuat dua tugas serentak di samping tugas hakiki beliau)Cadangan terjemahan adalah seperti yang berikut: 

1. Sementara itu, semua hak cipta adalah terpelihara

2. Memangku Pengurus Besar Kanan
Lain-lain10.07.2020
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Di samping itu,ibu bapa menghantar anak-anak ke tuisyen dengan mendengar cakap jiran atau kawan.Ibu bapa juga berbuat demikian apabila menampak anak jiran pergi ke tuisyen.Mereka pun mencontohi perbuatan jiran untuk menunjukkan mereka pun mampu menghantar anak ke kelas tuisyen.Dalam persaingan antara ibu bapa dengan jiran,anak-anak menjadi mangsa.Anak-anak terpaksa akur kepada cakap ibu bapa dan pergi ke kelas tuisyen.Perbuatan ibu bapa ini dapat dikatakan“gajah sama gajah berganding,pelanduk mari di tengah-tengah".Untuk lebih lebih memahami binaan ayat dan penggunaan perkataan yang betul, sila bertanya kepada guru di sekolah dan banyakkan berbincang dengan rakan pelajar. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing pelajar dengan rinci dan jelas. Kami juga tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei atau tulisan, sekalipun dihantar satu demi satu.1">Tatabahasa29.09.2015
123456

Kembali ke atas