Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.sa.na] | د سان

Definisi : tempat yg jauh (dr orang yg ber-cakap): mereka telah sampai ~ pukul tujuh pagi; ~ sini di merata-rata tempat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sana (kata tugas)
Bersinonim dengan situ, sanan, nun, jauh, sayup, saujana, senun;,
Kata Terbitan : di sana, ke sana, kesanakan,

Puisi
 

Di sini gunung di sana gunung,
     Sama dengan Gunung Sebandi;
Di sini bingung di sana bingung,
     Sama dengan penerang hati.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Di mana bumi (= tanah) dipijak,
     di sana (= di situ) langit dijunjung.

Bermaksud :

Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada soalan tentang tatabahasa:- Penggunaan di sana dan di situ. Apa perbezaan untuk kata tunjuk di sana dan di situ. Kalau untuk kanak-kanak tadika, boleh ke kita tunjukkan - Buku di sana. Buku tersebut berada tak jauh dari kita. Atau kena tukar kepada di situ. Buku di situ. Ini untuk pembelajaran bagi di sana & di sini.Kata “di situ” merujuk kepada tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara manakala “di sana” pula merujuk kepada tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. Kami mencadangkan “di sana” ditukar kepada “di situ” jika merujuk kepada benda yang berada tidak jauh dengan orang berbicara. Cadangan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannyaLain-lain30.03.2022
di sana dan situ atau di sana dan di situJawapan yang betul ialah di sana dan di situ.Tatabahasa22.10.2014
Saya panas di sana jadi saya datang untuk duduk di sini. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Saya duduk di sini kerana di sana panas." atau "Di sana panas, jadi saya duduk di sini."Lain-lain07.12.2022
Saya mengenalkan banyak kawan di sana. Ayat ini betul?Ayat ini salah.  Ayat yang betul ialah "Saya mengenali banyak kawan di sana".  "Mengenalkan" itu bermaksud membuatkan seseorang kenal akanTatabahasa10.11.2014
Mohon pencerahan: a) "Sampai di sana nanti, saya akan menghubungi ibu dengan segera," nada suara Risena sedikit berubah melihat ibunya kerisauan. b) "Sampai di sana nanti, saya akan menghubungi ibu dengan segera." Nada suara Risena sedikit berubah melihat ibunya kerisauan.

Ayat kedua (b) yang tepat kerana terdapat dua ayat yang berbeza konteksnya, pertama dialog dan kedua situasi ketika itu. 

Tatabahasa19.09.2011
Tuan, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, bukan : 1.=bukannya. Antara ayat, "Bukannya mudah hendak menyesuaikan diri dengan adat resam orang-orang di sana." dengan, "Bukan mudah hendak menyesuaikan diri dengan adat resam orang-orang di sana."; Adakah terdapat perbezaan dari segi penekanan maksud atau penekanan terhadap mana-mana (subjek atau objek) dengan menggantikan perkataan 'bukan' dengan 'bukannya'? Sekiranya ada, apakah yang ditekankan dalam ayat ini dan mengapa? Atau tiada apa-apa perbezaan langsung? Terima kasih.Perkataan "nya" dalam konteks yang tersebut berfungsi sebagai penegas, boleh hadir atau digugurkan dalam ayat tersebut.Tatabahasa07.01.2015
Cikgu, bentuk yang terdapat di bawah yang manakah betul? 1. Sila taip "Khidmat Nasihat Tatabahasa" lalu mendaftarkan satu akaun di sana. 2. Sila taip "Khidmat Nasihat Tatabahasa lalu daftarkan satu akaun di sana. (Perlukah perkataan "daftar" memakai imbuhan? Jika ya, kenapa? Jika tak perlu, kenapa?)Dalam ayat suruhan kata kerja menerima akhiran -kan seperti daftarkan dan bersihkan.Tatabahasa11.05.2014
"Abang mahu kau dan keluarga membina hidup baru di sana," ujar Abang Rusli. Tuan, soalan saya ialah membina 'hidup baru' atau 'hidup baharu'?Frasa yang lebih tepat ialah "hidup baharu" kerana baharu dalam ayat tersebut berfungsi sebagai kata adjektif. Baru lazimnya berfungsi sebagai kata bantu seperti dalam ayat dia baru sampai.Tatabahasa30.06.2012
Alina baharu sahaja balik daripada berkursus di Langkawi dan dia mendapat banyak pengalaman di sana. bolehkah tolong saya cari satu kesalahan tatabahasa dan satu kesalahan penggunaan istilah atau kata dalam ayat di atas?...Alina baharu sahaja balik daripada berkursus di Langkawi dan dia mendapat banyak pengalaman di sana. - ayat ini betulTatabahasa19.04.2010
apakah perbezaan bertaburan dan berhamburanDalam Kamus Dewan bertaburan sama maksudnya dengan berhamburan, iaitu berselerak di sana sini.Tatabahasa29.05.2013
123456789

Kembali ke atas