Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. di tempat itu: ia duduk dan me­nyandarkan badannya ~; 2. bp awak, engkau, kamu; 3. pd waktu (ketika, masa) itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : di tempat itu: Tadi dia ada di ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di situ

Puisi
 

Kalau hendak main keriku,
     Kaca remuk dalam puan;
Kalau tidak jadi di situ,
     Hati remuk kerana tuan.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Ijuk sebelembang,
     tali di situ keluan di situ.

Bermaksud :

Pencarian yang tiada memadai. sebelembang = seberkas.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat di bawah betul? Pemandangan di situ sangat indah nian / sangat indah sekali?Ayat yang tepat ialah Pemandangan di situ sangat indah, Pemandangan di situ indah sekali dan Pemandangan di situ indah nian.Tatabahasa18.02.2019
Ayat-ayat berikut yang manakah betul? Tolong membuat penerangan. Kata bilangan jamak & kata adjektif 1 Banyak ikan yang besar belaka ditemui di situ. 2 Ikan-ikan yang besar belaka ditemui di situ. 3 Ikan yang besar-besar belaka ditemui di situ. 1 Semua jurulatih di situ garang belaka. 2 Jurulatih-jurulatih di situ garang belaka. 3 Jurulatih di situ garang-garang belaka. 1 Saya dan keluarga di sini sihat belaka. 2 Saya dan keluarga di sini sihat-sihat belaka.

Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata adjektif pula ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif dikenali juga sebagai kata sifat.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
Adakah penggunaan "belaka" dalam ayat-ayat di bawah betul? Ayat yang manakah salah? a) Kain yang dijual di situ cantik-cantik belaka. b) Kain yang dijual di situ cantik-cantik. c) Kain yang dijual di situ cantik belaka.Ayat yang gramatis ialah kain yang dijual di situ cantik-cantik dan kain yang dijual di situ cantik belaka. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sebelumnya.Tatabahasa26.09.2012
Saya ada soalan tentang tatabahasa:- Penggunaan di sana dan di situ. Apa perbezaan untuk kata tunjuk di sana dan di situ. Kalau untuk kanak-kanak tadika, boleh ke kita tunjukkan - Buku di sana. Buku tersebut berada tak jauh dari kita. Atau kena tukar kepada di situ. Buku di situ. Ini untuk pembelajaran bagi di sana & di sini.Kata “di situ” merujuk kepada tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara manakala “di sana” pula merujuk kepada tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. Kami mencadangkan “di sana” ditukar kepada “di situ” jika merujuk kepada benda yang berada tidak jauh dengan orang berbicara. Cadangan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannyaLain-lain30.03.2022
Adakah ayat di bawah betul? Pemandangan di situ sangat indah nian.Frasa yang betul ialah Pemandangan di situ sangat indah atau Pemandangan di situ indah nian.Lain-lain16.11.2010
penggunaan tanda baca: a)"Jangan lalu di situ. Itu kawasan larangan," kata Cikgu Kamal. b)"Jangan lalu di situ! Itu kawasan larangan!" kata Cikgu Kamal. mana yang betul?Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Jangan lalu di situ! Itu kawasan larangan," kata Cikgu Kamal.Tatabahasa08.07.2013
Yang mana betul.di mana ada gula ,di situ ada semut atau dimana ada semut,di situ ada gulaPeribahasa yang betul  ialah di mana ada gula, di situ ada semut.Makna24.09.2018
Barang yang dijual di situ adalah pelbagai/ kepelbagaian. Mana satu yang betul?Ayat yang gramatis, pelbagai barang dijual di situ.Makna06.05.2017
Salam sejahtera. Mohon sedikit penjelasan berkaitan dengan suku kata. Jika KVVK (buat), berapa suku kata terdapat di situ? Contoh lain, KVVKK (buang), berapa suku kata di situ? Terima kasih.Salam sejahtera,

Buat - mengandungi 2 suku kata, iaitu bu + at
Buang - juga mengandungi 2 suku kata, iaitu bu + ang

Untuk makluman, terdapat dua jenis suku kata, iaitu suku kata terbuka, suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman.
Tatabahasa09.09.2015
di sana dan situ atau di sana dan di situJawapan yang betul ialah di sana dan di situ.Tatabahasa22.10.2014
12345678910...

Kembali ke atas