Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dia.bé.tés] | ديابيتيس

Definisi : (diabétés) keadaan yg dicirikan dgn perembesan dan perkumuhan air kencing yg berlebihan, penyakit kencing manis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dia.bé.tés] | ديابيتيس

Definisi : /diabétés/ ist keadaan yg dicirikan oleh perembesan dan perkumuhan air kencing yg berlebihan; kencing manis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diabetes


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diabetesdiabetesMakanan dan PemakananPemakananIstilah umum yang merujuk kepada penyakit bercirikan pembuangan air kencing secara berlebihan (poliuria) seperti penyakit diabetes melitus, diabetes insipidus dan diabetes gestasi.
diabetesdiabetesPerubatanTiadaIstilah umum yang merujuk pada penyakit yang dicirikan dengan pembuangan air kencing yang berlebihan (poliuria), misalnya penyakit diabetes melitus dan diabetes insipidus. Jika digunakan bersendirian, istilah ini bermaksud diabetes melitus.
type 1 diabetesdiabetes jenis 1GerontologiTiadaDiabetes melitus yang biasanya bermula secara mengejut, sebelum pesakit berumur 25 tahun. Sinonim juvenile diabetes.
type 2 diabetesdiabetes jenis 2GerontologiTiadaDiabetes melitus yang biasanya muncul pada orang dewasa, yang berumur lebih daripada 40 tahun. Sinonim maturity onset diabetes.
juvenile diabetesdiabetes juvenilPerubatanTiadaDiabetes melitus teruk yang biasanya bermula secara mengejut, sebelum pesakit berumur 25 tahun. Penyakit ini diakibatkan oleh kekurangan insulin lalu menyebabkan paras glukosa plasma sukar dikawal. Ketoasidosis juga sering terjadi. Pengawalan penyakit ini memerlukan suntikan insulin setiap hari. Penggunaan agen hipoglisemia oral dan pengawalan diet tidak berkesan untuk mengalal penyakit ini. Sin: diabetes bersandarkan insulin.
juvenile diabetesdiabetes juvenilPerubatanTiadaDiabetes melitus kronik, yang biasanya bermula secara mengejut, sebelum pesakit berumur 25 tahun, disebabkan oleh kekurangan insulin, lalu menyebabkan glukosa plasma sukar dikawal.
brittle diabetesdiabetes rapuhPerubatanTiadaDiabetes yang susah dikawal. Keadaan hipoglisemia serta asidosis bergilir ganti tanpa sebab yang nyata.
alloxan diabetesdiabetes aloksanPerubatanTiadaKeadaan yang menyerupai diabetes yang terjadi selepas suntikan aloksan
juvenile diabetesdiabetes juvenilGerontologiTiadaLihat type 1 diabetes.
gestational diabetesdiabetes gestasiMakanan dan PemakananPemakananSejenis penyakit diabetes yang dihidapi oleh wanita semasa mengandung. Penyakit ini disebabkan oleh tubuh mempunyai paras glukosa yang tinggi dan akan kembali ke paras normal selepas bersalin. Keadaan ini menyebabkan bayi yang lahir mempunyai berat badan berlebihan berbanding dengan bayi normal.
12345678910...

Kembali ke atas