Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dia.lék] | دياليک

Definisi : (dialék) satu bentuk bahasa yg di­gunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll): ~ Kelantan; ~ Kedah; ~ sosial (Lin) variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dia.lék] | دياليک

Definisi : /dialék/ bahasa yg digunakan hanya di daerah-daerah tertentu saja; loghat: ~ Kelantan dan ~ Negeri Sembilan ialah dua ~ yg berlainan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dialek


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIALEK MELAYU ORANG ASLIDIALEK MELAYU ORANG ASLI, dialek yang dituturkan oleh Orang Asli di Malaysia sebagai bahasa ibunda. Dialek ini terbahagi kepada empat, iaitu dialek Orang Hulu (Jakun), dialek Temuan, dialek Orang Kanak, dan dialek Orang Seletar. Perlu ditegaskan bahawa kekurangan penyelidikan tentang dialek Melayu Orang Asli mengakibatkan keraguan tentang jumlah dan ciri-ciri dialek tersebut.BAHASABahasa
DIALEK MELAYU ORANG LAUT BAHASAKonsep
DIALEK MELAYU BERAUDIALEK MELAYU BERAU, dialek yang dituturkan oleh lebih kurang 40 000 orang di Propinsi Kalimantan Timur, Indonesia. Dialek ini belum pernah diselidiki dengan wajar seperti kebanyakan dialek Melayu di Pulau Borneo. Maklumat dialek itu sangat penting untuk rekonstruksi bahasa Melayu purba serta untuk memahami jaringan dialek Melayu di Pulau Borneo. Seperti dalam beberapa dialek di Pulau Borneo, dalam dialek Melayu Berau (DMB) hanya terdapat tiga fonem vokal, iaitu i, a, u. Hal ini disebabkan rentensi vokal tinggi pada semua posisi. Jadi o dan e tidak wujud dalam DMB; lihat, umpamanya, ‘orang’ dan ‘olak’ tetap urang dan ulak serta ‘lebar’ dan ‘sentak’ tetap libar dan sintak. Namun, selain rentensi itu, sudah terjadi inovasi pula. Dalam DMB, bunyi purba * disatukan dengan *a; ertinya * (pepet) dan *a tidak dibezakan. Maka, melalui retensi terdapat hanya dua vokal tinggi (*i dan *u) serta melalui inovasi * hilang. Fonologi DMB sememangnya hanya berisikan tiga vokal.BAHASABahasa
DIALEK MELAYU KEDAHDIALEK MELAYU KEDAH, dialek yang umumnya digunakan di utara Semenanjung Malaysia, khasnya di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak Utara. Walaupun meliputi empat negeri, dialek ini lazimnya dinamakan dialek Melayu Kedah (DMK) kerana negeri Kedah merupakan kawasan yang paling luas mempunyai penutur dialek ini. Oleh sebab kawasannya luas, dialek ini dibahagikan kepada beberapa subdialek, iaitu subdialek Perlis-Pulau Langkawi, Kedah Pesisiran, Kedah Utara dan Pulau Pinang.BAHASABahasa
DIALEK MELAYU DI SULAWESIDIALEK MELAYU DI SULAWESI, dialek yang dituturkan oleh penduduk Pulau Sulawesi, Indonesia. Dialek ini bersaing dengan 60 bahasa daerah yang terdapat di Pulau Sulawesi. Sekurang-kurangnya ada dua dialek Melayu, masing-masing dengan sejarah dan fungsi berbeza-beza. Di sekitar bandar Ujung Pandang (yang dahulu dikenal sebagai Makasar) dan di seluruh Sulawesi Selatan, dialek Melayu Makasar digunakan sebagai bahasa perhubungan antara berbagai-bagai golongan etnik. Lebih kurang 1500 km ke utara di sekitar bandar Manado dan di seluruh Sulawesi Utara, dialek Melayu Menado berfungsi sebagai bahasa perhubungan. Malahan di Semenanjung Utara Sulawesi dialek Melayu Menado sudah berperanan sebagai bahasa ibunda bagi beratus ribu orang Minahasa.BAHASABahasa
DIALEK MELAYU DI SELANGORDIALEK MELAYU DI SELANGOR, dialek yang dituturkan di negeri Selangor. Dialek ini mempunyai pelbagai ragam. Kepelbagaian ini berkait rapat dengan keadaan penuturnya yang terdiri daripada penutur pendatang dari pelbagai kawasan dialek Melayu  lain di Semenanjung. Sebagai tempat pertembungan pelbagai penutur dialek Melayu, maka tentu sahaja sukar bagi kita untuk memastikan ragam yang manakah yang mencirikan dialek asli Melayu Selangor sebenar. Terjadinya keadaan seperti ini ada hubungannya dengan kedudukan negeri Selangor yang pada awal sejarahnya merupakan pusat pentadbiran, pusat budaya dan pusat perniagaan bagi Semenanjung Malaysia.BAHASABahasa
DIALEK MELAYU DI NUSA TENGGARADIALEK MELAYU DI NUSA TENGGARA, dialek yang digunakan di wilayah yang terbentang lebih1000 km dari Pulau Lombok di sebelah barat hingga Pulau Timor di sebelah timur, mengikuti alur gunung berapi yang membentuk pelbagai pulau. Di kepulauan yang luas itu, terdapat tiga dialek Melayu iaitu dialek Lombok, Larantuka dan Kupang. Walaupun ketiga-tiganya dituturkan di kepulauan yang sama, sejarah, latar belakang dan ciri-ciri setiap dialek itu adalah berbeza. Kesemuanya dituturkan sebagai bahasa ibunda oleh golongan minoriti tetapi nampaknya hanya dialek Kupang sahaja yang berfungsi sebagai bahasa perhubungan di kawasan tertentu.BAHASABahasa
DIALEK MELAYU DI SUNGAI PERAKDIALEK MELAYU DI SUNGAI PERAK, satu ragam dialek Melayu yang mempunyai ciri-ciri linguistik tersendiri yang dituturkan di kawasan yang terletak di pinggir Sungai Perak. Dari segi penyebaran geografinya, kawasan ini termasuklah Kampung Gajah di sebelah selatan, Bota, dan sehinggalah ke pekan Parit di sebelah utara. Selain dikenal sebagai dialek Melayu Sungai Perak (DMSP), dialek ini juga biasa disebut sebagai dialek Parit. Pada umumnya, nama dialek Parit itu lebih dikenal ramai dan sering digunakan untuk merujuk ragam dialek Melayu yang dituturkan di daerah ini.BAHASABahasa
DIALEK MELAYU BRUNEIDIALEK MELAYU BRUNEI, dialek Melayu yang digunakan oleh penutur yang mungkin tidak melebihi 180 000 orang, meskipun dialek itu dituturkan sebagai bahasa pertama di Negara Brunei Darussalam dan di beberapa daerah Malaysia berhampiran, yakni di Sarawak, Sabah dan Labuan. Dialek itu terbahagi kepada sekurang-kurangnya tiga subdialek, yakni varian Bandar Seri Begawan, varian Kampung Ayer dan varian Kedayan.BAHASABahasa
DIALEK MELAYU HULU TERENGGANUDIALEK MELAYU HULU TERENGGANU, dialek yang dituturkan oleh penduduk lebih kurang 60 buah kampung di Hulu Terengganu sebagai bahasa ibunda mereka. Kesemua kampung itu terletak di Lembangan Sungai Terengganu, iaitu di bahagian hulu kampung Kuala Telemong. Selain penutur dialek Hulu Terengganu (DHT), di daerah Hulu Terengganu itu terdapat juga penutur dialek lain, terutamanya di Kuala Berang, dan di Mukim Penghulu Diman, yang sebenarnya terletak di kawasan sistem pengairan Sungai Marang, bukan Sungai Terengganu. BAHASABahasa
123456

Kembali ke atas