Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dia.log] | ديالوݢ

Definisi : 1. kata-kata yg dituturkan oleh watak-watak dlm drama atau fiksyen: pengucapan ~ sesetengah pelakonnya masih lemah; 2. karya sastera dlm bentuk perbualan; 3. perbincangan atau perundingan antara dua pihak yg bertelingkah kepentingannya: satu majlis ~ diadakan antara penduduk kam­pung dgn wakil rakyat mereka; kami mengadakan ~ dgn pengusaha hotel, pe­mandu-pemandu teksi, malah tuan-tuan punya kedai emas juga; berdialog mengadakan dialog, bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka: mereka ~ dgn wakil-wakil dr Kementerian Perdagangan mengenai masalah harga minyak petrol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dia.log] | ديالوݢ

Definisi : 1 percakapan; perbicaraan (dlm lakonan dll): ~ mereka terlalu panjang. 2 tulisan dlm bentuk percakapan: Drama ialah tulisan atau karya dlm bentuk ~. 3 pertukaran pendapat dan soal jawab mengenai sesuatu: Mereka akan mengadakan ~ kerana ada pihak yg tidak puas hati dgn keputusan itu. berdialog 1 bercakap; berbicara (dlm lakonan dll). 2 bertukar-tukar pendapat dan bersoal jawab mengenai sesuatu: Mereka terus ~ mengenai isu yg hangat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dialog


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prompter's copynaskah pembisikKesusasteraanTiadaNaskhah yang digunakan oleh pembisik untuk membantu mengingatkan dialog-dialog para pelakon ketika persembahan sesebuah drama sedang berlangsung.
actorpelakonKomunikasiTiadaOrang yang muncul dalam persembahan di layar perak, televisyen, radio, pentas dan sebagainya yang melakonkan watak-watak tertentu mengikut ketetapan skrip atau arahan daripada pengarah dengan menggunakan dialog-dialog dan pergerakan yang dirancang.
man-machine dialogdialog manusia-mesinKomputerTiadaTiada
dialog systemsistem dialogKomputerTiadaTiada
dialog boxkotak dialogPendidikanTiadaKomponen skrin yang membolehkan pengguna membuat pertanyaan atau mendapatkan maklumat tentang sesuatu sistem.
dialoguedialogKesusasteraanTiadaPerbualan, perbahasan atau perbincangan antara watak dengan watak yang lain dalam sesuatu karya sastera. Contohnya, dalam drama dan teater. Dialog merupakan aspek penting untuk mengungkapkan perwatakan dan menggerakkan plot dalam sesebuah drama, fiksyen atau dalam sesetengah puisi naratif seperti balada. Contoh dialog dalam drama ialah dialog antara Socrates dengan anak muridnya dalam karya Plato berjudul Dialogues. Contoh karya dialog dalam sastera Arab ialah Ya Ibn Adam: Hiwar bayn Rajulayn oleh Mikha�il Na�imah, dan dalam sastera Parsi ialah Khayma-yi Shabbazi oleh Sadiq Chubak.
dramatik pausehentian dramatikKomunikasiTiadaTeknik pengucapan yang dilakukan dengan menghentikan dialog untuk sementara waktu bagi menegaskan makna dialog dan emosinya sebelum menyambungkan dialog seterusnya. Hentian ini boleh berlaku beberapa kali dalam satu dialog. Teknik ini mampu meningkatkan kesan dramatik dalam sesuatu adegan.
one-linerdialog sebarisKesenianDrama dan TeaterDialog yang diucapkan secara ringkas. Dialog ini diucapkan sebaris oleh watak dan tujuannya adalah untuk menimbulkan kesan lucu.
curtain linedialog penutupKesenianDrama dan TeaterDialog yang diucapkan oleh watak yang memberikan kesimpulan kepada keseluruhan cerita sesebuah drama. Dialog ini biasanya diucapkan pada penghujung atau pada detik-detik sebelum berakhirnya sesebuah drama.
dubbing scriptskrip lakabanKomunikasiTiadaSkrip yang mengandungi dialog terjemahan daripada dialog asli pada filem. Skrip ini mengandungi penceritaan yang akan dirakamkan untuk memadukan suara dengan gambar pada filem.
12345678910...

Kembali ke atas