Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[diam.diam] | ديام٢

Definisi : dgn tidak memberitahu orang, secara senyap-senyap, secara sulit: dgn ~ sahaja dia keluar dr negeri Daha; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[diam.diam] | ديام٢

Definisi : 1 tidak memberitahu sesiapa pun; dgn atau secara sulit: Dia berkahwin ~ saja. 2 dgn diam: Budak itu disuruh duduk ~ sementara ibunya memasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diam-diam

Puisi
 

Bila maharaja diam di hutan,
     Tebu dan jagung rosak binasa;
Lama ditinggal wajah tuan,
     Rindu ditanggung setiap masa.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Diam-diam lepu.

Bermaksud :

Musuh yang pendiam jangan dipermudah-mudahkan. lepu = ikan laut.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
badung Bj Sm, Ir, Tbsejenis senjata seperti parang.Mak Ining tidak boleh duduk diam lagi. Lebih gamat lagi apabila dia mendengar Turagai sudah berhari-hari mengasah badung pusaka ayahnya. Mata badung itu sudah berkilat. Ramai yang beranggapan, Turagai sekarang sudah dirasuk syaitan.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
babat Mlsejenis anyaman tradisional Melanau yang diperbuat daripada kulit pelepah pokok rumbia.Aku hanya diam. Kupandang mak untuk menyokong pendirianku. Aku hampa kerana emak hanya asyik menganyam babat daripada lidi rumbia itu. Di sekelilingnya masih banyak lagi daun rumbia yang belum disentuh.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas