Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[diam.diam] | ديام٢

Definisi : dgn tidak memberitahu orang, secara senyap-senyap, secara sulit: dgn ~ sahaja dia keluar dr negeri Daha; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[diam.diam] | ديام٢

Definisi : 1 tidak memberitahu sesiapa pun; dgn atau secara sulit: Dia berkahwin ~ saja. 2 dgn diam: Budak itu disuruh duduk ~ sementara ibunya memasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diam-diam

Puisi
 

Bila maharaja diam di hutan,
     Tebu dan jagung rosak binasa;
Lama ditinggal wajah tuan,
     Rindu ditanggung setiap masa.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Diam-diam lepu.

Bermaksud :

Musuh yang pendiam jangan dipermudah-mudahkan. lepu = ikan laut.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
tacit collusionkolusi diam-diam; kolusi tersembunyipakatan senyappakatan senyapSains Politik
zero speedposisi diamkelajuan sifarkelajuan sifarAeroangkasa
still cameramanjurukamera diamjurukamera pegunjurukamera pegunKomunikasi Massa
idler armlengan diamlengan pemelakulengan pemelakuKejuruteraan
idler armlengan diamlengan pemelakulengan pemelakuKejuruteraan
the silent majoritymayoritas diammajoriti senyapmajoriti senyapSains Politik
angle of reposesudut diamsudut rehatsudut rehatPertanian
video still camerakamera diam videokamera pegun videokamera pegun videoTeknologi Maklumat

Kembali ke atas