Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dian] | ديان

Definisi : pelita yg dibuat drpd lilin; mendiani menerangi (dgn dian). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dian] | ديان

Definisi : ; burung kaki ~ sj burung, Tringa totanus eurhinus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dian] | ديان

Definisi : sj pelita drpd lilin yg berbentuk silinder (bulat torak) dll dan mempunyai sumbu di tengahnya; lilin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dian

Puisi
 

Sayang lalang berputih mata,
     Tujuh dian bertimbang besi;
Alangkah alang berpandang mata,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Apakah gunanya memasang dian di tengah hari,
     jika malam alangkah baiknya.

Bermaksud :

Perkara yang sudah diketahui orang tak perlu diterangkan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIAN

Dian ialah bahan yang dibuat daripada lilin atau

bahan yang sama yang dinyalakan untuk memberi

cahaya. Apabila dian dinyalakan, lilin dicairkan

oleh api dari sumbu. Lilin cair ini menyala dan

menghasilkan cahaya.

UMUM 
FOSSEY, DIAN UMUM 
PEDOMAN EJAAN DIAN

PEDOMAN EJAAN DIAN, sistem ejaan Jawi yang diperkenalkan oleh majalah Dian yang terbit di Kota Bharu, Kelantan.  Sistem ejaan ini diperkenalkan kerana sejak dalam Akta Bahasa 1963 yang menjadikan dan menetapkan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi bagi bahasa Melayu, ramai orang Melayu tidak dapat membaca tulisan Jawi.

BAHASABahasa
LILIN HAIWAN

Lilin haiwan digunakan bersendirian atau

diadunkan dengan lilin petroleum untuk membuat

dian, penggilap, dan keluaran-keluaran lain.

UMUM 
BUNGA RAMPAI

BUNGA RAMPAI, campuran beberapa jenis bunga harum yang digaul dengan hirisan daun pandan dan daun limau purut berserta pewangi seperti air mawar, minyak atar, serbuk cendana dan diukup dengan setanggi atau dian ukup.

BUDAYAKonsep
KAMUS INDONESIA-JERMAN

KAMUS INDONESIA-JERMAN, kamus dwibahasa yang disusun oleh Erich-Dieter Krause dan Rosemarie Simon-Bärwinkel yang diterbitkan pertama kali pada tahun 1990 oleh Penerbit Dian Rakyat, Jakarta dan cetakan keduanya pada tahun 1994. Hak cipta kamus ini dipegang oleh Langenscheidt Verlag Enzyklopädie Leipzig, Berlin, Mänchen.

BAHASAPenerbitan
SURAT KERTAS HIJAUSURAT KERTAS HIJAU, kumpulan puisi Sitor Situmorang. Surat Kertas Hijau diterbitkan pada tahun 1953 oleh Pustaka Rakyat, Jakarta.  Kumpulan puisi ini telah diulang cetak pada tahun 1978.  Cetakan ketiga pada tahun 1985 telah diterbitkan oleh Penerbit Dian Rakyat.  Surat Kertas Hijau merupakan kumpulan puisi Sitor Situmorang yang pertama terbit setelah dia merantau ke Eropah dari tahun 1950 hingga tahun 1952.SASTERAKarya
NYANYI SUNYI

NYANYI SUNYI, kumpulan puisi karya Amir Hamzah. Kumpulan puisi ini diterbitkan pertama kali oleh Balai Pustaka pada tahun 1937. Nyanyi Sunyi diterbitkan semula pada tahun 1963 oleh BI-Publication Limited, Kuala Lumpur dan pada tahun 1982 kumpulan ini diterbitkan pula oleh P.T. Dian Rakyat, Jakarta. Nyanyi Sunyi turut diterbitkan oleh Penerbit Fajar Bakti pada tahun 1991. Kumpulan puisi ini memuatkan 24 buah puisi yang bertemakan ketuhanan.

SASTERAKarya
KERIKIL TAJAM DAN YANG TERAMPAS DAN YANG PUTUS

KERIKIL TAJAM DAN YANG TERAMPAS DAN YANG PUTUS, kumpulan puisi Chairil Anwar. Cetakan pertama kumpulan ini setebal 54 halaman diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Rakyat pada tahun 1949. Kemudian ia telah banyak kali dicetak ulang dan cetakan kesebelas telah diterbitkan oleh penerbit Dian Rakyat, Jakarta setebal 56 halaman pada tahun 1991.

SASTERAKarya
DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI

DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI, buku daftar ejaan setebal 198 halaman, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988 yang memuatkan perkataan umum dan istilah bahasa Melayu dalam ejaan Rumi dengan padanan ejaan Jawi. Daftar ini bertujuan memenuhi kekurangan sumber rujukan dalam menyelesaikan beberapa masalah ketidakseragaman ejaan Jawi.

            Sistem ejaan Jawi yang berunsurkan sistem ejaan bahasa Arab yang menekankan huruf saksi (vokal): alif (), wau (), dan ya () telah mengalami perkembangan yang banyak. Antara sistem ejaan Jawi yang terkenal yang menjadi pedoman/panduan masyarakat ialah Sistem Ejaan P.Bm.P.B. Diraja, Sistem Ejaan Za’ba, Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan Sistem Ejaan Dian.

 

BAHASAKarya

Kembali ke atas