Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dia.ri] | دياري

Definisi : buku yg mengandungi rakaman harian ten­tang pengalaman atau pemerhatian pe­ribadi, buku harian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dia.ri] | دياري

Definisi : buku (catatan) harian ttg perkara yg berlaku atau yg akan dilakukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diari


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah penjodoh bilangan bagi "diari"? T.Q.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "diari" bermaksud "buku yang mengandungi rakaman harian tentang pengalaman atau pemerhatian peribadi, buku harian. Oleh itu, penjodoh bilangan yang sesuai ialah "buah". Contohnya "sebuah diari".Tatabahasa28.02.2015
Boleh tolong terangkan yang mana satu bukan metafora? a. diulit riang b. halaman diari c. naungan nusa d. bumi merdeka

Jawapannya a. diulit riang

Tatabahasa23.07.2010
Maksud 'blog' dalam bahasa Melayu?Laman web yang membolehkan pengguna menulis dan menyimpan diari, catatan, cadangan atau komentar dalam ruang siber. Blog biasanya menggambarkan personaliti, pendirian dan pandangan seseorang pengarang. Sinonim laman blog.Makna11.08.2019
Salam saya Nurul Hsima Binti Zainal dari Kolej MARA Seremban. Saya ingin menjalankan kajian tentang novel Diari Seorang Guru nukilan S. Hawa yang diterbitkan oleh Alaf 21. Saya tidak berjaya mendapatkan mana-mana maklumat tentang penulis tersebut. Oleh itu saya ingin meminta jasa baik DBP untuk mendapatkan maklumat, biodata ataupun nomboor dan alamat yang saya boleh gunakan untuk menghubungi penulis. saya juga ingin meminta maaf kerana sebelum ini saya telah mendaftar dan bertanya soalan menggunakan alamat e-mel nurulhasimaz@yahoo.com tetapi alamat itu tidak boleh digunakan. Jasa baik DBP amat dihargai. Sekian Terima KasihUntuk mendapatkan maklumat tentang penulis S.Hawa, saudara boleh menghubungi editor Penerbit Alaf 21 dengan membuka laman web penerbit berkenaan iaitu www.alaf21.com.myLain-lain16.08.2010
Assalamualaikum. Saya Nurul Hasima Zainal yang merupakan seorang pelajar di Kolej MARA Seremban. Saya ingin mengadakan kajian terhadap novel Diari Seorang Guru oleh S. Hawa yang diterbitkan oleh Alaf 21 cetakan 1997. Walaubagaimanapun saya tidak menemui apa-apa biodata mengenai penulisnya S. Hawa. Oleh itu saya ingin meminta jasa baik DBP untuk mendapatkan biodata penulis ataupun alamat atau emel dan apa-apa sahaja yang membolehkan saya untuk menghubungi penulis. Terima Kasih.Salam. Soalan ini sama dengan soalan sebelumnya dan telah dijawab.Lain-lain15.08.2010
Tuan, Adakah kata hubung perlu menggunakan huruf kecil jika digunakan sebagai sebahagian daripada tajuk sesebuah buku atau makalah lain? Contoh: Kisah Si Arnab dengan Kura-kura. Diari Ibu dan Anak Siapa yang Cantik? Terima kasih.Kata dengan serta dan dalam konteks ayat tersebut ialah kata sendi nama dan kata sendi nama yang menjadi sebahagian daripada tajuk ditulis dengan huruf kecil.Ejaan30.12.2013
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan 'blog'. Apakah definisi sebenar perkataan tersebut? Bolehkah kita anggap aplikasi seperti Whatsapp atau Telegram sebagai 'blog'? Terima kasih. ConnellyBlog merupakan laman web yang membolehkan pengguna menulis dan menyimpan diari, catatan, cadangan atau komentar dalam ruang siber. Blog biasanya menggambarkan personaliti, pendirian dan pandangan seseorang pengarang. Oleh itu, blog bukanlah aplikasi seperti WhatsApp atau Telegram.Makna07.08.2021
1. Kini telefon bimbit berkamera mula mendapat perhatian pengguna. 2. Telefon bimbit berkamera berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual. 3. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas. 4. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar tidak terkejar oleh pengguna. 5. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik. 6. Telefon bimbit moden turut bertindak sebagai PDA iaitu umpama diari digital bergerak yang menjaga rutin anda setiap hari. Tuan, apakah kata hubung yang sesuai digunakan untuk menggabungkan ayat-ayat di atas supaya menjadi 3 ayat saja?1. Kini telefon bimbit berkamera yang berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual mula mendapat perhatian pengguna. 
2. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas sehinggakan tidak terkejar oleh pengguna. 
3. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik turut bertindak sebagai PDA, iaitu  diari digital bergerak yang menjaga rutin hidup anda setiap hari.
Tatabahasa14.05.2020

Kembali ke atas