Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diatas


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berlapis-lapisterletak berderet-deret atau bertindih-tindih dgn yg lain, bersusun (satu diatas atau di sebelah yg lain): maka orang mengepung pun terlalu banyak rupa senjata ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
lapis I1. = lapisan susunan yg bertingkat­-tingkat atau bertindih-tindih dgn satu di atas atau di sebelah yg lain (bkn bumi, dinding, dll), petala: di bawah kulit binatang, terletak se~ lemak yg memanaskan badannya; maka mereka pun masuklah ke dlm kota yg tujuh ~ itu; 2. barisan atau deretan (yg bersaf-saf): tentera itu berbanjar beberapa ~; 3. kepingan atau barang nipis yg dilekapkan pd barang yg lain: ~ bahu baju; ~ emas barang yg disadur dgn emas; berlapis menggunakan lapis, memakai lapis: di pinggang perak ~, di dada bintang me­nabur; berlapis-lapis terletak berderet-deret atau bertindih-tindih dgn yg lain, bersusun (satu diatas atau di sebelah yg lain): maka orang mengepung pun terlalu banyak rupa senjata ~; berlapiskan menggunakan sesuatu sbg lapis; melapis 1. memberi lapis kpd, membuat berlapis; 2. bersusun-susun (satu di sebelah atau di atas yg lain); melapisi merupakan lapis kpd: dia berjalan di atas lantai yg dilapisi permaidani; melapiskan meletakkan berlapis, memberi berlapis: lipat tepi lapik ke dalam kemudian lapiskan dua; lapisan 1. susunan yg bertingkat-tingkat, lapis: biasanya ~ tanah di bawah permukaan sawah itu menjadi keras utk menahan air drpd meresap; 2. ki tingkatan dlm masyarakat, golongan: kekuatan orang Islam dr segenap ~ dapat digunakan utk menentang musuh; pelapisan perihal (proses atau perbuatan) melapisi atau melapiskan: ~ aluminium pd poliester yg disalut dgn kertas; pelapis 1. yg menjadi golongan atau tingkatan yg berikutan atau yg akan meneruskan atau mengambil alih sesuatu tugas dll: kelab ini juga bertujuan mewujudkan golongan ~ dlm barisan pemimpin badan penulis di negeri ini; pasukan ~; pemimpin ~; 2. sesuatu (bahan) yg melapisi: berbagai-bagai bahan boleh digunakan sbg ~ bahan pelindung yg telap air.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas