Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibolehkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah dibolehkan memulakan ayat dengan perkataan UNTUK seperti ayat ini: Untuk markah terperinci sila rujuk borang rubrik. Adakah lebih tepat sekiranya "Sila rujuk borang rubrik untuk markah terperinci" Mohon penjelasan, terima kasih.Ayat yang betul ialah "Sila rujuk borang rubrik untuk melihat markah terperinci"Tatabahasa15.07.2019
Adakah dibolehkan penggunaan perkataan inggeris yang dimelayukan seperti Ekplorasi dan Kompetensi, contoh: Eksplorasi Air Bawah Tanah; kompetensi pegawai. Terima kasih.Perkataan “eksplorasi” dan “kompetensi” telah terakam sebagai entri dalam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat;  oleh itu, boleh digunakan.Istilah28.06.2018
Adakah dibolehkan memulakan sesuatu ayat dengan perkataan "Manakala"?Manakala" ialah kata hubung dan boleh digunakan pada permulaan ayat dengan syarat ada kesinambungan wacana dengan ayat yang sebelumnya.Tatabahasa12.03.2014
1. Apakah terjemahan yang sesuai untuk ‘skinny jeans’? 2. Apakah penggunaan betul untuk ‘ia’? Adakah ia hanya merujuk pada manusia sahaja? Atau dibolehkan untuk merujuk perkara yang tidak hidup? Seperti almari/kereta/tumbuh-tumbuhan? Juga, adakah perkataan ia dibolehkan untuk kata ganti haiwan?1. Terjemahan yang boleh digunakan ialah jean ketat.
2. Menurut Tatabahasa Dewan, ia ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk benda/subjek yang dibicarakan. 
Penyemakan dan penterjemahan14.01.2019
Penggunaan KGND ia dibolehkan untuk rujukan bukan manusia? ex: Lembu itu makan rumput.Ia makan dari pagi hingga petang.Perkataan "ia" merupakan kata ganti nama orang ketiga, sama seperti "dia", "mereka" dan "-nya". kata ganti nama diri ini tidak boleh digunakan untuk binatang.Tatabahasa28.05.2011
penggunaan bagaimana di tengah-tengah dibolehkan ke?
Menurut data kami, perkataan bagaimana tidak boleh digunakan di bahagian tengah kerana perkataan tersebut merupakan kata tanya.
Lain-lain05.12.2018
Assalamualaikum, penggunaan bahasa pasar (bp) adakah dibolehkan untuk tujuan penterjemahan komik atau buku fiksyen/bukan fiksyen? Seperti penggunaan perkataan "kat", "sorang" dan sebagainya.Pada pandangan kami, dalam penghasilan karya kreatif, penggunaan bahasa percakapan tidak digalakkan. Pembaca perlu didedahkan dengan bahasa Melayu yang sopan dan standard supaya dapat menggunakan bahasa yang betul dalakehidupan seharian.Tatabahasa03.07.2013
Salam. Dalam industri penyarikataan, adakah "tapi/tetapi" dibolehkan digunakan di awal ayat? Sari kata merupakan transkripsi/terjemahan ayat percakapan. Apabila "namun" digunakan di tempat "tapi" dalam sari kata perbualan harian, bunyinya sungguh canggung. Kalau guna "akan tetapi", masih canggung, malah terlalu panjang pula kerana sari kata ada had aksara per baris dan per saat. Mohon nasihat.Bidang sari kata juga tertakluk pada rumus tatabahasa. Tetapi tergolong dalam kategori kata hubung dan hadir pada pertengahan ayat. Contohnya, Ahmad lulus ujian itu tetapi adiknya gagal. Berbeza dengan namun yang berfungsi sebagai penanda wacana yang menghuraikan pernyataan berbeza daripada ayat sebelumnya. Kami berpandangan dalam konteks yang dinyatakan kata namun lebih sesuai digunakan.Tatabahasa22.08.2021
assalamualaikum, saya ingin bertanya samada penggunaan 'dek' dibolehkan dalam penulisan sesebuah karangan. seperti yang kita ketahui, dek berfungsi sebagai kata tugas.

Dek ialah kata tugas dan bersinonim dengan oleh kerana, sebab, lantaran.

Tatabahasa28.05.2010
Salam, 1. Adakah penggunaan 'si" di dalam ayat dibolehkan? Misalnya: terdapat dua orang raja. Mereka ialah adik-beradik. Si abang merupakan raja yang memerintah negeri Pinang. Manakala si adik pula memerintah negeri bayu.Si ialah kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melakukan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ penjual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh. Harap maklum. Tatabahasa28.07.2008
1234567

Kembali ke atas