Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibolehkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quad latchselak kuadKejuruteraanTiadaSekumpulan empat flip-flop, dengan setiap satu daripadanya berkeupayaan menstor aras logik benar atau palsu, dan kesemuanya biasanya dibolehkan oleh talian kawalan tunggal. Apabila kesemua flip-flop dibolehkan, maklumat baru dapat distor pada setiap satu daripadanya.
bai‘ ja’izjual beli dibolehkanPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang boleh dilakukan dalam keadaan logik seperti akad yang wujud di bawah pelbagai akad apabila pihak berkontrak mempunyai pilihan untuk menggunakan akad yang bersesuaian mengikut pilihan mereka. Jual beli yang tidak logik tidak boleh dianggap sebagai suatu jual beli, seperti ingin menjual burung yang masih berterbangan di langit.
التصوف المالىpengurusan hartaAgama IslamFiqhPengurusan harta dibolehkan bagi mereka yang mempunyai keupayaan
mixed benchmarkukur rujuk percampuranEkonomiEkonomi IslamKriteria penentuan percampuran yang dibolehkan daripada aktiviti yang selaras dan tidak selaras dengan syarak. Aktiviti selaras dan tidak selaras dengan syarak ditentukan berdasarkan perolehan dan keuntungan sebelum cukai sesebuah syarikat. Terdapat beberapa tanda aras yang digunakan dalam ukur rujuk bagi menentukan peratus percampuran aktiviti yang selaras dan tidak selaras dengan syarak. Sekiranya kadar percampuran aktiviti yang tidak selaras syariah melebihi tanda aras yang ditetapkan, maka sekuriti syarikat tersebut akan diklasifikasikan sebagai sekuriti tidak patuh syarak. Terdapat beberapa ukur rujuk percampuran yang digunakan, iaitu ukur rujuk 5 peratus, ukur rujuk 10 peratus dan ukur rujuk 25 peratus. Sinonim tanda aras percampuran.
overcurrent relaygeganti arus lebihKejuruteraanTiadaGeganti litar buka apabila arus melebihi nilai yang dibolehkan.
free softwareperisian bebasTeknologi MaklumatTiadaPerisian yang lengkap dengan kod sumber dan diedarkan kepada pengguna. Pengguna dibolehkan menukar, menggunakan atau mengedar asalkan semua pindaan ditanda dengan jelas dan nama serta notis hak milik penulis asal tidak dibuang atau diubah suai.
contraindicationkontraindikasiPerubatanTiadaKeadaan yang menyebabkan rawatan tertentu tidak boleh dilakukan kerana boleh mendatangkan bahaya yang lebih besar kepada pesakit. Kontraindikasi boleh dikelaskan kepada mutlak dan relatif. Kontraindikasi mutlak ialah sesuatu rawatan yang tidak dibolehkan sama sekali dalam apa jua keadaan seperti penggunaan perencat reseptor beta pada pesakit asma. Manakala kontraindikasi relatif pula ialah sesuatu rawatan yang tidak dibolehkan tetapi digunakan juga sekiranya tiada pilihan rawatan lain.
inan sharingperkongsian inanEkonomiEkonomi IslamAkad perkongsian yang tidak mensyaratkan persamaan dalam sumbangan modal, pembahagian keuntungan dan tanggungjawab antara pihak yang berkongsi. Setiap pihak dibolehkan mempunyai modal dan tanggungjawab yang berbeza daripada rakan kongsinya. Pembahagian keuntungan ditentukan melalui persetujuan dalam akad, manakala pembahagian kerugian pula berdasarkan kadar modal yang disumbangkan. Sinonim syarikah inan.
authorised persons1. orang diberi kuasa 2. orang dibenarkanUndang-undangTiada1. Orang yang diberi hak untuk bertindak bagi menguatkuasakan peruntukan undang-undang. 2. Orang yang dibolehkan membuat sesuatu untuk dirinya.
pawn benefitmanfaat gadaianEkonomiEkonomi IslamFaedah yang diperoleh daripada barang gadaian. Pada prinsipnya pegadai tidak boleh mengambil sebarang manfaat daripada barang gadaian. Walau bagaimanapun, pegadai dibolehkan mengambil manfaat tersebut untuk menampung kos penjagaan barang gadaian. Contohnya, manfaat menggunakan kenderaan daripada gadaian kenderaan, manfaat susu daripada gadaian binatang, manfaat mendiami rumah daripada gadaian rumah dan manfaat menanam tanaman daripada gadaian tanah.
12

Kembali ke atas