Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.di.kan]/[di.di/.kan] | ديديقن

Definisi : 1. kaedah mendidik: salah ~ boleh merosakkan anak-anak apabila mereka besar kelak; 2. yg dididik (diajar, dilatih, dll): masa depan bagi kanak-kanak ~ sekolah Melayu kini terjamin; 3. = pendidikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.di.kan]/[di.di/.kan] | ديديقن

Definisi : 1 cara mendidik: ~ yg salah dpt menyesatkan penuntut-penuntut sekolah. 2 hasil mendidik; yg dididik: Murid-muid ~ sekolah agama sangat bagus tatatertibnya. 3 latihan; ajaran: Kekurangan ~ dlm bidang agama menyebabkan banyak remaja yg tidak bermoral. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(1)Masalah remaja yang berlaku pada masa ini berpunca daripada kurangnya didikan agama daripada ibu bapa.(2) Ibu bapa sekarang tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup. (3)Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan. (4)Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan anak-anak tersebut tidak mengenal apa itu baik dan apa itu buruk. (5) Anak-anak tersebut tidak tahu membezakan antara betul dengan salah dan membandingkan antara halal dengan haram. (6) Oleh sebab itu, anak-anak tersebut membabitkan diri dalam kegiatan yang tidak berfaedah.(7) Misalnya, anak yang tidak memupunyai didiak agama akan berfoya-foya di kafe siber dan pusat permainan video selepas pulang dari sekolah. (8) Sepatutnya, masa ini digunakan untuk menunaikan solat dan membaca buku-buku agama. (9)Pendek kata, kecetekan didikan agama dalam kalangan anak-anak merupakan salah satu faktor masalah remaja. AYAT 4,5- saya tidak dapat pasti sama ada ayat itu betul atau salah. DBP, SAYA MENGGUNAKAN SEMINGGU UNTUK MELATIH KARANGAN INI. Tolong semak peranggan ini.

1. Masalah dalam kalangan remaja pada masa ini berpunca daripada kurangnya didikan agama daripada ibu bapa.

2. Ibu bapa kini tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup.

3. Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan daripada mendidik anak-anak.

4. Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan tidak mengenal apa itu baik dan apa itu buruk.

5. Anak-anak tersebut tidak tahu membezakan antara betul dengan salah dan antara halal dengan haram.

6. Oleh sebab itu, anak-anak mudah terdorong melakukan kegiatan yang tidak berfaedah.

7. Anak yang mempunyai kurang didikan agama lebih gemar berfoya-foya di kafe siber dan pusat permainan video selepas pulang dari sekolah.

8. Sepatutnya, kesempatan ini digunakan untuk menunaikan solat dan melakukan kegiatan berfaedah seperti membaca buku.

9. Pendek kata, kecetekan didikan agama merupakan salah satu faktor masalah dalam kalangan remaja.

Tatabahasa14.04.2011
Ayat yang manakah betul? a) Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita melakukan perbuatan yang terkutuk. b) Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan perbuatan yang terkutuk. Terima kasihAyat yang gramatis, Didikan agama dan moral dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan perbuatan yang terkutuk.Tatabahasa16.03.2012
Adakah ayat ini betul? Remaja yang tidak mendapat didikan agama dan moral tidak berupaya membezakan antara intan dengan kaca.Remaja yang tidak mendapat didikan agama dan moral tidak berupaya membezakan antara intan dengan kaca, ayat ini tidak gramatis (kurang tepat).Tatabahasa17.04.2015
"Harta-benda tidak dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga jika tidak diikuti dengan didikan agama." adakah perkataan yang digunakan di atas mengandungi kesalahan atau tiada kesalahan?"Harta-benda tidak dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga jika tidak diikuti dengan didikan agama." Ayat ini betul.Tatabahasa08.08.2011
Selamat sejahtera, Acara itu disertai oleh kanak-kanak pelbagai kaum daripada/dari taman didikan kanak-kanak atau tadika.(Bagi saya kata sendi nama yang betul "dari" kerana merupakan tempat. Jawapan yang diberikan oleh Encik Mat Ariffin bin Ismail ,"daripada".Ayat yang betul ialah “Acara itu disertai oleh kanak-kanak daripada pelbagai kaum dari taman didikan kanak-kanak atau tadika”. Dalam ayat tersebut, kata sendi “dari” digunakan kerana taman didikan kanak-kanak atau tadika merujuk tempat.Tatabahasa14.10.2022
-PENGETAHUAN AGAMA YANG (LUAS) -DIDIKAN AGAMA YANG (SEMPURNA) Bagi pegangan agama, apakah kata adjektif yang patut digunakan? (A) PEGANGAN AGAMA YANG KUKUH atau (B) PEGANGAN AGAMA YANG TEBAL atau (C) PEGANGAN AGAMA YANG LUAS Apakah jawapanya? Jika kesemuannya salah, sila beritahu saya kata adjektif yang sesuai.Kata adjektif yang sesuai bagi frasa "pegangan agama" ialah "kukuh". Kata adjektif "luas" pula sesuai untuk frasa "pengetahuan agama".Tatabahasa21.04.2011
Untuk karangan masalah sosial (punca ialah kekurangan didikan agama daripada ibu bapa), bolehkan DBP bagi sedikit huraian dan contoh? Saya langsung tidak tahu buat kerana saya lemah dalam karangan. Sebagai calon SPM, saya berasa bimbang akan keputusan Bahasa Malaysia. Semasa tidak tahu menulis karangan, saya hanya terus menterjemah BAHASA CINA kepada BAHASA MALAYSIA. Maka, saya mendapat keputusan yang rendah dalam subjek ini.Karangan yang baik mestilah menjelaskan tajuk. Ada struktur iaitu pengenalan, isi dan penutup. Pengenalan hendaklah ringkas dan mengandungi ayat tesis utama. Manakala satu isi disusun dalam satu perenggan. Penutup karangan hendaklah menggulung isi-isi yang telah dibincangkan. Maklumat lanjut boleh didapati daripada buku-buku rujukan berkaitan karangan, manakala huraian dan contoh berkaitan dengan tajuk boleh rujuk artikel yang banyak dibincangkan dalam akhbar dan majalah yang berkaitan tajuk berkenaan.Lain-lain10.04.2011
APA BEZA ANTARA “TADIKA” DENGAN “TABIKA”?

Tadika ialah akronim bagi taman didikan kanak-kanak manakala tabika ialah akronim bagi taman bimbingan kanak-kanak. Takrif tadika dan tabika dalam Kamus Dewan Perdana:

tadika pusat pendidikan awal anak-anak yg berumur empat hingga enam tahun sebelum memasuki alam persekolahan yg sebenar. Tadika ialah akronim bagi taman didikan kanak-kanak:tadika Islam; tadika swasta.

 

tabika pusat pendidikan awal kanak-kanak yg berumur empat hingga enam tahun sebelum masuk ke alam persekolahan yg sebenar. Tabika ialah akronim bagi taman bimbingan kanak-kanak: tabika KEMAS; tabika perpaduan.

Ejaan21.05.2023
maksud latihanAntara makna latihan ialah pelajaran atau didikan utk memahirkan (membiasakan), ajaran yg diterima. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna19.10.2009
Bolehkah "sementelahan" digunakan pada pangkal ayat? Contohnya: Sementelahan, ibu bapa perlulah memberikan didikan agama dan moral kepada anak-anak.Sementelahan ialah kata nama dan kata nama boleh hadir pada awal ayat.Tatabahasa21.04.2015
12

Kembali ke atas