Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.sél] | ديسيل

Definisi : (disél) 1. = enjin ~ = mesin ~ sj enjin pembakaran dalam yg nyalaannya dihasilkan oleh bahang drpd gas yg dimampatkan; lokomotif ~ Id kereta api berenjin diesel; 2. = minyak ~ minyak galian yg digunakan sbg bahan api oleh enjin diesel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.sél] | ديسيل

Definisi : /disél/ 1 = enjin ~ enjin pembakaran dalam yg menggunakan tenaga haba dr udara yg dimampatkan utk membakar bahan api dlm silinder. 2 = minyak ~ minyak drpd penyulingan petroleum yg rendah suhu pembakarannya (digunakan dlm enjin diesel). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diesel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Minyak Diesel atau minyak diesel. Adakah ianya nama khas atau nama am ? 2. Ejaan yang betul. Adakah Walau bagaimanapun atau walaubagaimana pun ? 3. Tadbir urus atau urus tadbir ?1. minyak diesel

2. walau bagaimanapun

3. Yang betul ialah tadbir urus bagi padanan "governance".
Ejaan12.02.2015
Saya ingin mendapatkan pengesahan sama ada perkataan "diesel" di dalam bahasa melayu adalah diesel atau disel. Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah diesel.Ejaan20.07.2010
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Three Car Monorail Train 2.Virtual Silent Track Monorail Train 3.Diesel Cog Locomotive 4. Flywheel Railcars 5.Shunting Vehicles 6.Articulated Railway Passenger Car Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1.Three Car Monorail Train – Tren Monorel Tiga Gerabak

2.Virtual Silent Track Monorail Train – Tren Monorel Trek Senyap Maya

3.Diesel Cog Locomotive – Lokomotif Roda Gigi Diesel

4. Flywheel Railcars – Relkar Roda Tenaga

 5.Shunting Vehicles – Kenderaan Pirau

6.Articulated Railway Passenger Car – Gerabak Penumpang Kereta Api Bersendi

Istilah17.05.2016
permainan silang kata klu minyak untuk engin diesel ada 5 konsonen bermula dengan huruf d dan akhir dengan huruf v...Untuk makluman sdr perkhidmatan KNDBP tidak meliputi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan, tugasan pelajar, dan sebagainya. walau bagaimanapun, sdr dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan  dalam talian di laman web DBP.Lain-lain10.02.2009
apakah perbezaan antara dihapus, dihapuskan dan terhapus. Contoh, Kerajaan akan memberikan subsidi diesel kepada golongan nelayan sekiranya subsidi bahan api _______. A) terhapus B) dihapus C) dihapuskan jawapan manakah betul, sila jawab. Terima kasih!Yang betulnya ialah dihapuskan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna terhapus ialah  menjadi hapus, telah dihapuskan. Jawapan kepada soalan tersebut ialah 'C'.Tatabahasa03.10.2008

Kembali ke atas