Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.sél] | ديسيل

Definisi : (disél) 1. = enjin ~ = mesin ~ sj enjin pembakaran dalam yg nyalaannya dihasilkan oleh bahang drpd gas yg dimampatkan; lokomotif ~ Id kereta api berenjin diesel; 2. = minyak ~ minyak galian yg digunakan sbg bahan api oleh enjin diesel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.sél] | ديسيل

Definisi : /disél/ 1 = enjin ~ enjin pembakaran dalam yg menggunakan tenaga haba dr udara yg dimampatkan utk membakar bahan api dlm silinder. 2 = minyak ~ minyak drpd penyulingan petroleum yg rendah suhu pembakarannya (digunakan dlm enjin diesel). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diesel


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ENJIN DIESELPeratus setana C16 H34 dalam campuran setana dan -metil naftalena C11H10.KEJURUTERAANKonsep
DIESEL, RUDOLF

Diesel, Rudolf (1858–1913) ialah jurutera

mekanik Jerman; membangunkan mesin

pembakaran dalam yang menggunakan minyak

sebagai bahan api.

UMUM 
ENJIN DIESEL

Enjin diesel ialah sejenis enjin pembakaran

dalam yang sebahagian besarnya digunakan

untuk kerja berat.

UMUM 
PANCITAN BAHAN API

Pancitan bahan api ialah sistem untuk

menyuntik bahan api ke dalam silinder enjin petrol

atau diesel. Ia menggantikan karburetor apabila

digunakan pada enjin petrol.

UMUM 
BOT TUNDA

Bot tunda merupakan bot kecil berkuasa tinggi

yang mengendalikan kapal besar. Bot tunda

beroperasi di laut, sungai dan terusan, juga di selat

dan pelabuhan. Ia digerakkan oleh kuasa daripada

stim, diesel, atau enjin diesel-elektrik.

UMUM 
KETTERING, CHARLES FRANKLIN

Kettering, Charles Franklin (1876–1958)

ialah jurutera dan pencipta Amerika. Dia membuat

reka bentuk dan memajukan pelbagai keluaran

industri seperti penghidup sendiri kereta, set

pencahayaan ladang, petrol etil, laker cepat kering,

enjin diesel dua kitar untuk kereta api dan enjin

kereta mampatan tinggi.

UMUM 
SALURAN PAIP

Saluran paip ialah sistem paip yang digunakan

untuk menyalurkan bahan tertentu dalam jarak

yang jauh. Saluran paip memainkan peranan yang

penting dalam operasi dan ekonomi masyarakat

moden. Saluran paip menyalurkan air untuk

kegunaan isi rumah, perniagaan dan perusahaan,

mengangkut gas asli, petroleum, dan juga hasil

petroleum seperti minyak petrol, minyak tanah,

dan minyak diesel. Saluran paip juga membawa

sisa perusahaan dan air limbahan, abu dari batu

arang, bijih besi, dan batu kapur untuk kegunaan

perusahaan.

UMUM 
MINYAK GAS

Minyak gas adalah satu pecahan (bahagian)

apabila petroleum dipisahkan melalui penyulingan.

Minyak gas didapati lebih kurang pada

“pertengahan” penyulingan. Ia lebih berat daripada

petrol dan parafin, dan lebih ringan daripada

sulingan lube , yang dijadikan minyak pelincir dan

lilin. Nama minyak gas diperoleh daripada

penggunaan minyak ini dalam pengeluaran bahan

api gas. Minyak gas ditukarkan kepada pecahan

petroleum yang lebih ringan, seperti petrol dan

bahan kimia. Ia juga digunakan untuk minyak

diesel dan minyak bahan api. Lihat juga Petroleum

(Penapisan petroleum).

UMUM 

Kembali ke atas