Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dié.strus] | ديئيستروس

Definisi : (diéstrus) (Bio) tempoh ketika tiada aktiviti pembiakan berlangsung bagi haiwan yg mempunyai beberapa kitar estrus dlm se­suatu musim membiak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diestrus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diestrusdiestrusVeterinarPraklinikalPeringkat keempat atau akhir dalam kitaran estrus. Diestrus merupakan peringkat rehat sebelum kitaran estrus seterusnya. Pada peringkat ini; ovari tidak aktif kecuali berlaku kebuntingan.
diestrusdiestrusPerubatanTiadaTempoh singkat di antara metestrus dengan proestrus dalam mamalia.
dioestrusdiestrusPertanianTiadaTiada
dioestrusdiestrusVeterinarTiadaTiada
dioestrusdiestrusBiologiEkologiJangka masa pendam apabila aktiviti pembiakan seks tidak berlaku. Dalam tempoh ini, hormon estrogen dikumpulkan untuk penyediaan estrus, dan pengovulan berikutnya. Keadaan ini sangat penting dalam menentukan kemandirian sesuatu populasi kerana organisma hanya akan membiak ketika keadaan sekitaran sesuai.
di(o)estrusdiestrusBiologiHistologi dan SitologiMasa di antara kala miang, apabila haiwan poliestrus tiada aktiviti mengawan.
luteal phasefasa luteumVeterinarPraklinikalSalah satu daripada dua fasa yang berlaku dalam kitaran estrus. Fasa luteum merangkumi peringkat metestrus dan diestrus.
oestrus cyclekitaran estrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu kitaran seks yang ditunjukkan oleh haiwan mamalia betina kecuali primat. Kitaran ini mempunyai beberapa fasa seperti proestrus, estrus, metestrus dan diestrus. Contoh haiwan yang mengalami kitaran estrus ialah kucing, kuda dan lembu.

Kembali ke atas