Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.gi.tal] | ديݢيتل

Definisi : (Komp) beroperasi dgn menggunakan angka atau aksara lain utk mewakili data; mendigitalkan menukarkan (data dsb) kpd bentuk digital supaya dapat diproses secara langsung oleh komputer; pendigitalan proses (perihal, perbuatan dsb) mendigitalkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.gi.tal] | ديݢيتل

Definisi : berhubungan dgn angka utk sistem tertentu; beroperasi dgn menggunakan angka dsb utk mewakili data. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[di.gi.tal] | ديݢيتل

Definisi : berhubungan dgn angka utk sistem tertentu; beroperasi dgn menggunakan angka dsb utk mewakili data. mendigitalkan menukarkan data dsb kpd bentuk digital supaya dpt diproses oleh komputer. pendigitalan proses atau perbuatan mendigitalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata digital


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Digital watermarking jika di terjemahkan dalam Bahasa Malaysia yang manakah lebih tepat: 1. penandaan genang digital 2. penandaan air digital 3. tanda tangan digital atau 4. teknik penanda airIstilah bahasa Melayu untuk "digital watermarking" ialah tera air digital atau peneraan air digital.Istilah20.04.2017
Selamat sejahtera, saya ingin mendapatkan terjemahan bagi: 1) Digital communication and collaboration 2) Digital health and welfare - Physical and psychological well-being in a digital world 3) Digital rights and responsibility - Requirements and freedoms extended to everyone in a digital world 4) Digital security and privacy Terima kasih.

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Penyemakan dan penterjemahan15.06.2020
Apa istilah dalam Bahasa Melayu untuk perkataan "Digital Vault?" Adakah ia Peti Besi Digital atau Kekubah Digital?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah digital vault ialah peti besi digital. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah08.11.2023
Apakah terjemahan bagi istilah "digital natives"?Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk digital native. Padanan bahasa Melayu untuk digital ialah digital. Perkataan native mempunyai beberapa istilah bahasa Melayu, iaitu tempatan, asli , asal, semula jadi dan natif.Penyemakan dan penterjemahan12.07.2013
Tuan, Perpustakaan Negara Malaysia sedang meminda Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan. Jabatan Peguam Negara tidak bersetuju menggunakan istilah Born Digital tetapi meminta takrifan diberikan dalam Bahasa Melayu yang sama maksud dengannya. Mohon pandangan tuan berkaitan terma Bahasa Melayu yang boleh digunakan, adakah "Terbitan yang wujud dalam bentuk digital" atau terma lain. Sebab "wujud dalam bentuk digital" juga boleh dimaksudkan digitalization/pendigitalan iaitu wujud dalam bentuk digital hasil dari penukaran format bahan fizikal. SekianBerdasarkan konteks penerangan tersebut, born - digital merupakan 'asal digital'.
Walau bagaimanapun, istilah ini dikategorikan dalam kelas kata adjektif yang memerlukan perkataan lain untuk membentuk istilah dalam kelas kata nama, iaitu seperti padanan yang berikut:

born-digital material - bahan asal digital
born-digital record - rekod asal digital
born-digital archive - arkib asal digital

Konsep 'pendigitalan' berbeza dengan konsep 'asal digital'. Bahan atau rekod asal berbentuk fizikal dan penukaran format dari fizikal ke digital menjadikannya satu proses 'pendigitalan'. Manakala, bahan atau rekod 'asal digital' pula sememangnya telah dijana secara digital dan hasilnya juga dalam bentuk digital tanpa perlu dicetak secara fizikal.
Lain-lain21.07.2021
Bagi halatuju "Malaysia To Realise Golden Digital Decade", adakah penggunaan yang lebih sesuai sama ada "Dekad Digital Keemasan" atau "Dekad Keemasan Digital". Mohon bantuan dan pencerahan jua.

Cadangan terjemahan bagi "Golden Digital Decade" ialah “Dekad Digital Menyerlah”.

Walau bagaimanapun, padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam ayat atau bidang tertentu.

Penyemakan dan penterjemahan05.09.2023
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Mohon jasa baik tuan untuk mencadangkan istilah yang sesuai untuk "digital natives" seperti contoh ayat "If we want our students to be digital natives in a digital world, they must be able to..." Terima kasih.Jawapan yang betul ialah warga natif digital.Istilah04.02.2021
Mohon dapatkan terjemahan bagi ‘Humanising Digital Education’. Adakah Menginsankan Pendidikan Digital adalah betul? terima KasihTerjemahan bagi Humanising Digital Education dalam bahasa Melayu, iaitu "Menginsankan Pendidikan Digital" betul.Lain-lain13.12.2021
Tuan, Pertanyaan saya pada 21/07/2021 berkaitan "Born-digital" tiada dalam rekod Portal Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Adakah sudah ada istilah melayu yang bersesuaian dengan padanan "Born-digital". Sekian.Kami mencadangkan istilah "born-digital" diterjemahkan sebagai "asal digital". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Istilah24.08.2021
digital impression, ridership & viewership in Malay?Sila berikan konteks penggunaan perkataan dan ayat untuk diberikan padanan bahasa Melayu.Makna04.05.2020
12345678910...

Kembali ke atas