Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
unitunitKuantiti yang digunakan sebagai piawai untuk ukuran, timbangan atau sukatan dalam sesuatu sistem. Contohnya, meter ialah unit bagi panjang, saat bagi masa, dan kilogram bagi jisim.Menengah Rendah
tapakbaseSisi atau muka yang digunakan sebagai rujukan untuk tinggi atau altitud sesuatu bentuk geometri. Lihat ContohMenengah Rendah
unit ukuranunit of measurementKuantiti yang digunakan sebagai piawai pengukuran. Contohnya, minit ialah unit ukuran bagi masa, meter ialah unit ukuran bagi panjang dan kilogram ialah unit ukuran bagi jisim.Menengah Atas
modalcapitalWang atau harta benda yang digunakan sebagai asas untuk memulakan perniagaan.Sekolah Rendah
indeks hargaprice index"Ukuran statistik yang digunakan untuk membandingkan perbezaan harga berdasarkan tempoh masa tertentu sebagai asas. Formula bagi mengira indeks harga ialah: dengan I ialah indeks harga, P1 ialah harga tahun semasa dan P0 ialah harga tahun asas.Menengah Atas

Kembali ke atas