Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah "limau nipis" digunakan sebagai terjemahan unutk "key lime"?Limau nipis boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu bagi ''key lime''.Lain-lain17.12.2020
Bolehkah istilah "insolvensi" digunakan sebagai terjemahan "insolvency", memandangkan bahawa terdapatnya Jabatan Insovensi di Malaysia? Terima kasih.Perkataan "insolvensi" tidak boleh digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan "insolvency". Padanan istilah yang betul bagi perkataan tersebut ialah "ketakmampuan bayar".Istilah28.10.2019
Salam sejahtera! Bolehkah "muzik tekno" digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk "techno music"? Sekian, terima kasih!Muzik tekno boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk techno music.Istilah12.08.2020
Salam DBP. Saya ingin bertanya terjemahan terbaik untuk "these among the things that we must have faith in." Bolehkah perkataan "diimani" digunakan sebagai terjemahan "faith in" dalam konteks rukun iman? Terima kasih, DBPPerkataan "diimani" boleh digunakan sebagai terjemahan "faith in".Penyemakan dan penterjemahan06.10.2015
Berdasarkan Tatabahasa Dewan, partikel -lah yang digunakan sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu megalami proses pendepanan. Oleh itu, adakah penggunaan partikel -lah dalam ayat di bawah betu, walaupun predikat tersebut tidak didepankanl? Kita hendaklah menyahut seruan pihak kerajaan untuk memakai topeng muka.Ayat ini betul, partikel -lah digunakan sebagai pelembut dalam ayat perintah. Dalam susunan biasa partikel -lah dalam predikat ayat seperti pakailah topeng muka.Tatabahasa19.04.2020
Assalamualaikum. contoh penggunaan perkataan asmaradanta,asmaradana dan asmaraloka.Adakah perkataan tersebut hanya digunakan sebagai penanda wacana dalam sesuatu ayat?Waalaikumussalam...
Perkataan tersebut bukan digunakan sebagai penanda wacana. Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat  lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, edisi Ketiga. 
Tatabahasa15.08.2020
Soalan saya berkenaan perkataan "debut" dalam pangkalan data Bahasa Melayu. Adakah ia boleh digunakan sebagai kata kerja dan kata nama? Contoh ayat: - Maaf, saya akan debut dahulu. (Debut sebagai kata kerja) - Penyanyi itu mempunyai rekod jualan album debut yang tertinggi. (Debut sebagai kata nama).Debut boleh digunakan sebagai kata nama dan kata kerja bergantung kepada makna dan konteks penggunaannya. Kata ini telah terakam dalam kamus terbitan DBP yang terkini. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 494) yang merakamkan kata tersebut berserta kata terbitannya, maklumat lain seperti ejaan Jawi, transkripsi fonetik, kelas kata, label laras bahasa, pecahan makna dan contoh penggunaannya.Makna27.06.2023
Bolehkah "garbarata" digunakan sebagai ejaan bahasa Melayu untuk "aerobridge"?Berdasarkan bidang Kejuruteraan Kapal Terbang, padanan istilah dalam bahasa Melayu memang tepat seperti yang berikut:

aerobridge - garbarata

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain17.07.2021
Maksud 'lani' yang digunakan sebagai padanan kepada 'spot' tetapi tiada takrifan dalam kamus.Maksud 'lani' ialah sekarang atau pada masa iniMakna07.10.2018
Salam sejahtera! Bolehkah "skrol" digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk "scroll" dari segi kata kerja? Sekian, terima kasih!Salam sejahtera,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan scroll ialah skrol. Skrol bermaksud gulungan kertas dan sebagainya yang padanya terdapat tulisan tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Terima kasih
Makna12.08.2020
12345678910...

Kembali ke atas