Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
marmarmarbleKalsium karbonat yang berketumpatan tinggi, yang terbentuk daripada batu kapur. Ia digunakan sebagai kemasan lantai dan dinding, manakala serpihannya digunakan sebagai sumber karbon dioksida.Menengah Atas
penyahgaramandesalinationProses penyingkiran garam dari air laut atau tanah untuk tujuan tertentu. Proses ini membolehkan air laut digunakan sebagai minuman, sementara tanah yang berkenaan dapat digunakan sebagai kawasan tanaman tertentu.Menengah Rendah
kertas litmuslitmus paperKertas untuk menguji sesuatu larutan sama ada asid atau alkali. Kertas litmus biru digunakan sebagai penunjuk kimia kehadiran asid dalam sesuatu bahan. Kertas litmus merah digunakan sebagai penunjuk kimia kehadiran alkali dalam sesuatu bahan. Lihat RajahSekolah Rendah
fenolftaleinphenolphthaleinSebatian organik yang digunakan sebagai penunjuk asid-bes. Sebatian ini tidak mempunyai warna dalam larutan berasid, dan berwarna merah jambu dalam larutan berbes.Menengah Atas
nikelnickelLogam yang warnanya seperti warna perak dan digunakan sebagai campuran dalam aloi. Lihat RajahSekolah Rendah
larutan metilena birumethylene blue solutionLarutan organik yang digunakan sebagai bahan pewarna dan penunjuk dalam analisis volumetri.Menengah Atas
marmarmarbleMineral kalsium karbonat yang diperoleh daripada batu kapur, digunakan sebagai kemasan lantai dan dinding.Menengah Rendah
unit piawaistandard unitUnit seragam berdasarkan Sistem Antarabangsa yang digunakan sebagai unit asas pengukuran. Contohnya, meter, kilogram dan saat.Sekolah Rendah
plumbumleadUnsur logam berwarna kelabu, mulur, lembut, tahan kakis, dan digunakan sebagai bahan untuk membuat bateri storan, aloi pengimpal, penyalut kabel dan sebagainya. Unsur ini berada dalam kumpulan 14 jadual berkala.Menengah Rendah
malakitmalachiteSejenis mineral berbentuk hablur dan berwarna hijau terang. Malakit digunakan sebagai sumber kuprum, batu perhiasan dan pewarna.Menengah Rendah
123456

Kembali ke atas