Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KLOVER

Klover ialah tanaman yang berharga yang

digunakan sebagai makanan haiwan ternakan dan

untuk memperkaya tanah. Ia mengandungi banyak

protein dan mineral. Klover digunakan sebagai

rumput ternak, dan untuk membuat rumput kering,

dan silaj.

UMUM 
KLOROFORM

Kloroform ialah sejenis cecair pekat tanpa

warna yang digunakan sebagai pelarut dalam

menghasilkan farmaseutikal, pencelup, dan racun

serangga. Kloroform juga digunakan sebagai

bahan awal untuk menghasilkan fluorokarbon (lihat

Fluorokarbon).

UMUM 
MINYAK JARAK

Minyak jarak ialah minyak tidak berwarna yang

digunakan sebagai julap. Minyak yang baru adalah

jernih dan melekit. Minyak jarak merengsakan

dinding usus dan menyebabkannya berfungsi. Jika

digunakan terlalu kerap, ia boleh menyebabkan

sembelit. Minyak jarak digunakan sebagai ubat,

tetapi banyak proses perindustrian menggunakan

kebanyakan bekalan minyak ini.

UMUM 
SESENDAL

Sesendal ialah silinder berongga yang

digunakan sebagai lapik boleh tanggal dalam

bahagian-bahagian bergerak pada mesin dan alat

elektrik. Dalam jentera, sesendal mungkin

digunakan sebagai bering bagi gandar atau pangsi

untuk mengurangkan geseran dan haus. Ia juga

mungkin digunakan untuk menyambungkan paip

dengan aksesori paip yang lebih besar saiznya.

Sesendal bagi jentera biasanya dibuat daripada

plastik, gangsa, atau logam Babbit atau logam

antigeseran yang lain. Dalam bahagian-bahagian alat

elektrik, sesendal mungkin digunakan untuk

menebat sambungan litar.

UMUM 
PISAU

Pisau alat memotong yang digunakan sebagai

perkakas makan, peralatan, atau senjata. Pisau

terdiri daripada pemegang dan mata pisau. Mata

pisau diperbuat daripada keluli dan kebanyakan

pemegang pula diperbuat daripada kayu keras

atau plastik. Bahan pemegang yang lain, termasuk

tanduk rusa dan tulang.

UMUM 
SYEKEL

Syekel ialah unit mata wang Israel. Perkataan syekel

pada asalnya bermakna satu unit berat. Syekel telah

digunakan sebagai pemberat oleh orang Babylon,

Phoenicia, dan Yahudi Kuno. Kitab Bible kerap

merujuk kepada syekel Yahudi. Beratnya kira-kira 218

grain, atau kira-kira 14 gram. Syekel pertama kali

digunakan sebagai wang dalam bentuk ketulan emas

dan perak. Orang Yahudi mencipta duit syiling syekel

yang pertama sekitar tahun 66 M. Duit syiling syekel

perak bernilai setengah dan suku juga telah dicipta.

UMUM 
KESTURI

Kesturi ialah bahan yang digunakan sebagai

ramuan dalam banyak minyak wangi yang mahal.

UMUM 
KAMOMIL

Kamomil ialah sekumpulan tumbuhan kecil yang

kadangkala digunakan sebagai herba ubatan.

Kamomil yang paling biasa ditanam ialah kamomil

biasa , atau kamomil jagung, dan kadangkala kamomil

Inggeris atau kamomil Rom.

UMUM 
AMBAL DAN PERMAIDANI

Ambal dan permaidani ialah fabrik yang

digunakan sebagai hamparan. Ia menambah

kecantikan, keselesaan, dan kehangatan kepada

bilik dan ia membantu menyerap bunyi. Ambal

hanya menutupi sebahagian daripada lantai bilik

dan tidak dilekatkan. Permaidani menutupi

keseluruhan lantai dan dipakukan atau dilekatkan.

UMUM 
OKER

Oker ialah sejenis tanah yang dikisar menjadi

serbuk halus dan digunakan sebagai pigmen bagi

minyak linsid atau beberapa jenis minyak lain

untuk membentuk cat lukisan. Warnanya

pelbagai, daripada kuning pucat kepada merah

kecoklatan. Sesetengah oker berwarna kuning

berubah menjadi merah apabila dipanaskan.

Oker terdiri daripada oksida besi yang dicampur

dengan tanah liat dan pasir.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas