Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijual

Puisi
 

Nanas dijual di pasar niaga,
     Ramai orang datang membeli;
Emas perak perhiasan dunia,
     Budi bahasa perhiasan diri.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Telah dijual maka dibeli.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, fikirkan dulu masak-masak buruk baiknya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kedaibangunan tempat barang-barang, makanan dll dijual; toko. ~ kain kedai tempat bermacam-macam jenis kain dijual. ~ kopi kedai tempat minuman (kuih dll) dijual. ~ minyak kedai tempat minyak dijual. ~ pajak kedai tempat barang-barang kemas dll digadai atau digadaikan. ~ runcit kedai tempat barang-barang dijual secara kecil-kecilan (runcit). berkedai 1 membuka kedai; berniaga di kedai: Sudah banyak orang Melayu yg ~ di sana. 2 membeli-belah di kedai; berbelanja di kedai. pekedai orang yg berkedai; orang yg berniaga atau berjual di kedai: ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecilan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kedaibangunan tempat barang-barang, makanan dll dijual; toko. ~ kain kedai tempat bermacam-macam jenis kain dijual. ~ kopi kedai tempat minuman (kuih dll) dijual. ~ minyak kedai tempat minyak dijual. ~ pajak kedai tempat barang-barang kemas dll digadai atau digadaikan. ~ runcit kedai tempat barang-barang dijual secara kecil-kecilan (runcit). berkedai 1. membuka kedai; berniaga di kedai: Sudah banyak orang Melayu yg ~ di sana. 2. membeli-belah di kedai; berbelanja di kedai. pekedai orang yg berkedai; orang yg berniaga atau berjual di kedai: ~ kecil pekedai yg berniaga secara kecil-kecilan.Kamus Pelajar
terjual1. sudah dijual: semua barang dagang­an di kedai itu habis ~; 2. sahaja hendak dijual;~ terbeli prb Mn apa yg dikehendaki drpd orang lain hendaknya berani pula dikerjakan sendiri;Kamus Dewan Edisi Keempat
pamer/pamér/; mempamerkan 1 menunjukkan serta menggayakan (pakaian dll): ~ pakaian fesyen baru. 2 menunjukkan kpd umum utk dijual, dipertandingkan dll: ~ lukisan kanak-kanak. pameran pertunjukan barang-barang utk dijual dll: ~ buku sedang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pamer /pamér/mempamerkan 1 menunjukkan serta menggayakan pakaian dll: ~ pakaian fesyen baru. 2 menunjukkan kpd umum utk dijual, dipertandingkan dll: ~ lukisan kanak-kanak. pameran pertunjukan barang-barang utk dijual dll: ~ buku sedang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamus Pelajar
rugi1. (dijual dll) lebih rendah drpd harga pokok, tidak mendapat keuntungan: jika suatu perniagaan itu ~, akan tibalah masa­nya modal utk menjalankan perniagaan itu habis; jatuh (menanggung, menderita) ~ tidak beroleh keuntungan; ~-~ untung walau­pun rugi ada baiknya juga; 2. kesusutan modal (kerana menjual lebih rendah drpd harga pokok): berjual beli getah pd masa ini akan mendatangkan ~; dia tidak sanggup lagi menanggung ~; ganti ~ = silih ~ wang dll sbg pengganti sesuatu yg rosak (hilang dll), pam­pas­­an; kira-kira untung ~ kira-kira yg me­nunjukkan untung dan rugi sesuatu per­niagaan; 3. tidak mendapat faedah (man­faat), tidak ada gunanya, sia-sia sahaja: ia berasa ~ datang menonton pertunjukan itu kerana apa yg disaksikannya adalah hasil seni yg amat murah; 4. sesuatu yg kurang baik (tidak berfaedah), mudarat: tidak ada ~nya kalau awak masuk belajar lagi di sekolah malam; 5. hilang, habis (wang dll): ia ~ kira-kira RM300 kerana menolong kawannya ber­kahwin; ~ barang (tempoh, tenaga, wang) habis barang (tempoh, tenaga, wang); ~ atas kertas kerugian akibat penurunan harga sesuatu sekuriti atau aset yg belum nyata kerana tidak dijual; ~ modal kerugian yg ditanggung drpd penjualan sesuatu sekuriti atau aset akibat drpd penurunan harga; ~ menen-tang laba, jerih menentang boleh prb harus bersusah payah (merugi dll) dahulu utk men-dapat sesuatu yg dikehendaki; berugi, merugi menanggung rugi: siapa pula lagi yg akan ingat kepadaku, akan suka be­rugi-rugi sebanyak ini; siapa yg mahu ~?; tak mahu ~ (merugi) tidak mahu mengeluarkan wang (tenaga dll) dgn cuma-cuma; apa guna ~ apa guna bersusah payah (mengeluarkan belanja dll); merugikan 1. menjadikan rugi, men­datang­kan rugi (kpd): pemogokan kereta api yg ber­­­jalan selama tiga bulan telah ~ per­usa­haan itu berpuluh-puluh juta ringgit; ber­juta-juta ringgit hasil petani telah di­rugikan oleh sistem padi kunca; 2. sengaja menjual lebih rendah drpd harga pokok, sengaja me­rugi: kerana menerima ceng­keram, petani-petani kita ~ hasil pertanian mereka; 3. mem­­bawa akibat dll yg kurang baik (kpd): dirasainya tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam; aku tidak sekali-kali ber­niat hendak ~ hidupmu; kerugian 1. mengalami (menanggung, men­derita) rugi: dlm masa enam bulan sahaja perniagaannya ~ sejumlah RM100 000; apa pun dasar yg dijalankan, kitalah juga yg ~ besar; 2. banyaknya atau jumlah perolehan yg kurang apabila dibandingkan dgn modal yg telah dibelanjakan, lwn keuntungan, rugi: berapa besar ~nya? 3. sesuatu yg merugikan (spt kerosakan dll): besarlah ~ yg akan me­nimpa mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
jualbp = berjual, menjual; ~ lagak me­nunjuk-nunjukkan lagak, (berlagak) som­bong; ~ mahal tidak mudah atau segera menerima atau menyetujui sesuatu; ~ murah a) menjual barang dgn potongan harga yg banyak; b) mudah atau lekas menerima atau menyetujui sesuatu; harga ~ harga barang tertentu yg dijual; berjual 1. mencari rezeki (nafkah, pen­da­patan, dsb) dgn memperniagakan sesuatu, berniaga: di Taiping banyak orang yg ~ nasi di tepi jalan; 2. Mn sudah (akan) dijual: kain-kain tiada ~ lagi; berjualan (bkn beberapa atau ramai bilangan peniaga) berniaga, berdagang: di situ ramai juga orang ~; menjual menukar barang dgn wang (memberi barang utk mendapat wang): seorang pegawai Inggeris pernah melihat buku itu dan di­mintanya aku ~ buku tersebut kepadanya; ~ akad menjual dgn perjanjian; ~ aksi Id = ~ lagak (tampang) terlalu berlagak mem­peragakan diri; ~ bangsa mengkhianati bangsa dan negara sendiri; ~ bicara = ~ omong Id pandai bercakap sahaja tetapi tidak berbuat apa-apa; ~ diri bp melacur; ~ kepala a) mem­buat sesuatu hanya utk faedah orang lain; b) menjadi askar sewaan; ~ lepas = ~ mutlak men­jual tanpa sesuatu perjanjian (tidak boleh ditebus lagi); ~ muka = ~ rupa mencari nafkah dgn menunjukkan rupa kpd orang ramai; ~ nama menggunakan nama orang utk ke­pentingan sendiri dll; ~ rugi menjual barang dgn menanggung rugi; ~ petai hampa = ~ tangkai cangkul sekah = ~ tangkai pangkur dedap prb percakapan yg tidak ada kebenarannya, omong kosong; dijual dahulu maka dibeli = telah dijual, maka dibeli prb difikirkan dahulu masak-masak, barulah dikerjakan; menjuali acap kali menjual, banyak barang yg dijual; menjualkan menjual sesuatu utk orang lain: jikalau nenek hendak ke dalam, tolonglah jual­kan beta cincin ini; terjual 1. sudah dijual: semua barang dagang­an di kedai itu habis ~; 2. sahaja hendak dijual;~ terbeli prb Mn apa yg dikehendaki drpd orang lain hendaknya berani pula dikerjakan sendiri; jualan 1. barang-barang yg dijual, dagangan: hasil tanamannya adalah utk ~; 2. berjualan; ~ garaj jualan barang-barang peribadi yg sudah digunakan, di kawasan rumah seseorang (biasanya di garaj); ~ lambak jualan pelbagai barang, biasanya dgn harga yg murah; ~ langsung jualan sesuatu barangan secara terus oleh pengedar kpd pengguna; ~ lelong jualan sesuatu barangan dgn harga yg sangat murah, biasanya si penjual memanggil-manggil pe­langgan; ~ murah jualan barang-barang dgn tawaran potongan harga yg agak banyak; ~ penghabisan stok jualan yg dilakukan utk menghabiskan stok barang di sesebuah kedai, pasar raya dsb, biasanya dgn harga yg lebih murah drpd harga biasa; ~ singkat (Eko) jualan saham yg dilakukan oleh penspekulasi utk saham yg tidak dimilikinya bagi tujuan men­dapatkan keuntungan; ~ tender jualan barang dsb dgn cara membuat tawaran harga; penjualan 1. perbuatan (kerja) menjual: ada kemungkinan ~ candu akan dihalalkan oleh kerajaan; 2. Id tempat menjual: ~ karcis (garam dll); penjual orang yg menjual sesuatu: ~ akhbar; ~ bangsa pengkhianat kpd nusa dan bangsa; menteri ~ ark pegawai negeri yg diberi tugas menjual candu.Kamus Dewan Edisi Keempat
rotisj makanan yg diperbuat drpd tepung gandum dll; ~ benggali bermacam-macam jenis roti yg biasanya dijual oleh orang India; ~ canai = ~ perata roti leper yg bentuknya bulat atau empat segi yg adunan tepungnya ditebar, dilipat lalu dimasak; ~ capati sj roti India; ~ jala roti spt jala yg dimakan dgn kuah; ~ kering biskut; ~ lapis sandwic; ~ paun roti tawar drpd tepung gandum dll yg biasanya dijual dlm ketulan satu paun; ~ perancis roti putih yg bentuknya panjang dan kulitnya berkerak; ~ tawar Id roti paun; ibu ~ sj bahan yg digunakan utk menaikkan adunan roti, yis.Kamus Dewan Edisi Keempat
lambakan1 longgok barang-barang yg tidak tersusun, longgokan. 2 sesuatu produk atau hasil ladang yg terdapat dlm jumlah yg sangat banyak (disebabkan tidak laku, tiada permintaan terhadapnya dsb) dan dijual dgn harga yg sangat rendah. 3 ist (longgokan) barang dr luar negara dlm jumlah yg banyak yg dijual dgn harga yg jauh lebih rendah drpd harga pasaran.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berbotoldiisi (dijual dsb) dlm botol; minuman ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas