Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilafazkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya berkaitan akronim. berdasarkan Tatabahasa Dewan, akronim ialah gabungan perkataan huruf awal dan suku kata daripada satu rnagkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar contoh Bernama, Mara, ubahsuaii. berdasarkan satu kenyataan dalam Khidmat Nasihat DBP pada 2013 (rujuk lampiran) RTM, KPM, BPR turut disenaraikan dalam akronim. Saya agak keliru sedikit. Bukankah akronim harus diujarkan sebagai satu perkataan? Maka apakah beza akronim dan singkatan? Mohon prncerahan.Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata). Singkatan pula merupakan perkataan tertentu yang disingkatkan sewaktu menulisnya dan hendaklah berhati-hati supaya tidak mengelirukan makna. Contohnya KSU (Ketua Setiausaha), cm (sentimeter), kg (kilogram), KL (Kuala Lumpur), Nov. (November), bil. (bilangan), dgn. (dengan), dll. (dan lain-lain).
Lain-lain06.09.2015
Apakah sebutan baku untuk perkataan "laut" dan “buaian” ?"Laut" perlu dilafazkan sebagai satu bunyi kerana ia termasuk dalam kategori vokal berganding.

Manakala "buaian" cara sebutannya digabungkan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti aiau, dan oi dan ia dikategorikan sebagai diftong.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.


Lain-lain06.07.2021
bolehkah diftong diterima sebagai vokal bergandingDiftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut.Tatabahasa02.03.2013
Rentetan soalan no.9: Bagaimana dengan vokal berganding & konsonan bergabung

Encik Badarul,

Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. Konsonan bergabung dalam bahasa Melayu ialah gh, kh, ng, ny dan sy seperti dalam perkataan ghairah, khabar, nganga, nyanyi dan syarat.

 

Ejaan28.12.2010
boleh saya tahu maksud iman dan takwa berdasarkan Kamus Dewan Edisi Baharu(keempat) ?Iman bermaksud  keyakinan terhadap wujudnya Allah dengan hati, yang dilafazkan dengan kata-kata, dan dilaksanakan dengan amalan, manakala takwa bermaksud ketaatan mengerjakan perintah Allah.Makna16.02.2011
Salam. Adakah perkataan "ai" dalam perkataan 'aiskrim ' itu itu merupakan vokal berganding? Terima kasihDiftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut.

Perkataan ai dalam perkataan aiskrim merupakan vokal berganding.
Tatabahasa13.01.2014
apakah erti bahasa secara umumnya? dan apakah erti gender secara umumnya?Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Bahasa menjadi medium komunikasi antara manusia. Bahasa dilafazkan melalui simbol yang diterima pakai oleh sesuatu masyarakat. Bahasa boleh digunakan sama ada secara lisan dan tulisan. Kategori bahasa dalam masyarakat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti bahasa suku kaum, bahasa daerah dan bahasa kebangsaan. Bahasa merupakan identiti sesuatu masyarakat. Ini bertepatan dengan slogan ' Bahasa Jiwa Bangsa'. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku-buku berkaitan bahasa yang ada di pasaran. Gender ialah jantina atau dalam bidang Linguistik bermaksud golongan   jenis kata dalam tatabahasa seperti maskulin, feminin dan neuter.Makna09.08.2008
apakah padanan jawi untuk perkataan KLIA,MRSM,SMK, SJK(t) / sjk(c),SAM,SMP,RISDA,MARA,UIA,ADUN,UPSI

Padanan ejaan Jawi bagi singkatan (yang dilafazkan huruf demi huruf), ditulis dengan menggunakan sebutan atau nama huruf dalam abjad Rumi yang ditulis Jawi dan dibubuh tanda titik selepas setiap huruf tersebut: 

KLIA - کي.ּּاؠل.اءي.أي.

MRSM- عيم.ار.ايس.عيم.

SMK- ايس.عيم.کي.

SJK(t)- (.تي).  ايس.جيه.کي  

SJK(c)- (.سي).  ايس.جيه.کي  

SAM-ايس.أي.عيم.

SMP-.ڨي. ايس.عيم

UIA- يو.اءي.أي.

UPSI- يو.ڨي.ايس.أي.

Padanan ejaan Jawi bagi akronim nama khas atau akronim kata umum dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (yang dilafaz sebagai kata) boleh ditulis lengkap sebagai kata: 

RISDA-ريسدا

MARA- مارا

ADUN-ادون

Ejaan18.02.2022
maksud kosonan dan maksud vokalKonsonan ialah bunyi-bunyi bahasa penggalan yang dalam bahasa Melayu berciri tidak silabik atau tidak boleh menjadi puncak suku kata. Contohnya k,p dan m. Vokal pula ialah bunyi bahasa yang dihasilkan dengan getaran pita suara dan dilafazkan tanpa pengeseran. Contohnya aeiou. Vokal berciri silabik atau boleh menjadi puncak suku kata.Tatabahasa20.08.2009
Salam sejahtera. Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Kebanyakan orang mempunyai iman mereka sendiri. 2. Kita harus mempunyai iman. Terima kasih.Iman dalam konteks umum bermaksud ketetapan hati dan dalam konteks khusus (istilah agama) iman ialah keyakinan terhadap wujudnya Allah dengan hati, yang dilafazkan dengan kata-kata, dan dilaksanakan dengan amalan. Ayat contoh yang saudara berikan tidak gramatis. Contoh penggunaan iman, walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun imannya tidak bergoncang dan Orang-orang yang beriman akan selamat di dunia dan di akhirat.Tatabahasa03.10.2012
1234

Kembali ke atas