Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dilarang

Puisi
 

Ramai orang naik pedati,
     Saya seorang berkuda tunggangan;
Ramai orang menurut hati,
     Saya seorang dilarang jangan.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapakah “dilarang meletak kenderaan” betul dan “dilarang meletakkan kenderaan” salah? Bolehkah nyatakn sebab?Kedua-dua ayat tersebut betul, tetapi ayat "Dilarang meletakkan kenderaan..." perlu dilengkapkan dengan unsur penerang (Buku Tatabahasa Dewan, ms. 394).

Contohnya: Dilarang meletakkan kenderaan di petak ini. 
Tatabahasa05.06.2023
DILARANG MELAKUKAN SEBARANG AKTIVITI YANG TIDAK BERMORAL DAN MAKSIAT DIKAWSAN INIUntuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain06.09.2016
Assalamualaikum. Di bawah saya sertakan beberapa contoh ayat. Mohon tuan betulkan pada ayat-ayat yang memiliki kesalahan tatabahasa. 1.Dilarang membawa masuk motosikal atau kereta. Con: kawasan yang tidak dibenarkankan parkir. 2.Dilarang membuang sampah merata rata gunakan tong sampah disediakan. 3. Dilarang membawa anjing atau binatang peliharaan. (sesuaikah sekiranya binatang diganti dengan ternakan) 4.Dilarang memetik/memusnahkan atau memindah pokok bunga. ( sesuai atau tidak jika memusnahkan diganti dengan merosakkan) 5. Anda sedang diperhatikan, sesiapa yang melanggar tata kelakuan di atas adalah melakukan kesalahan. Terima Kasih. ISMAIL HASHIM ismazubl@gmail.com1. Dilarang meletak motosikal atau kereta di sini. 
2. Dilarang membuang sampah merata-rata. Gunakan tong sampah yang disediakan.
3. Dilarang membawa haiwan peliharaan. 
4. Dilarang menyentuh dan merosakkan pokok bunga. 
5. Anda sedang diperhatikan. Sesiapa yang melanggar peraturan di atas, anda dianggap telah melakukan kesalahan.
Tatabahasa28.02.2015
Assalamualaikum tuan. Antara ayat berikut, yang mana satukah yang paling tepat? 1. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir, walau dilarang oleh para sahabat. 2. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir walau dilarang oleh para sahabat. 3. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir, walaupun dilarang oleh para sahabat. 4. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir walaupun dilarang oleh para sahabat. Terima kasih saya dahulukan. Ayat yang betul ialah Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir, walaupun dilarang oleh para sahabat. Tatabahasa02.09.2021
Salam 1Bahasa, 1. Ayat larangan: a. DILARANG MELETAKKAN KENDERAAN DI SINI atau b. DILARANG LETAK KENDERAAN DI SINI 2. Kita hendaklah berbelanja secara hemat ATAU Kita hendaklah berbelanja secara berhemat Mohon pencerahan tuan tentang ayat 1 dan ayat 2 di atas. Terima kasih.Ayat yang lebih gramatis "meletakkan" dan "berhemat".Tatabahasa28.02.2014
Mohon disemak : " Orang awam dilarang menggunakan tempat letak kenderaan berbumbung yang dikhaskan untuk pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Papar sahaja" Terima kasih.Orang awam dilarang menggunakan tempat letak kenderaan berbumbung yang dikhaskan untuk pegawai dan kakitangan  Majlis Daerah Papar sahaja. Ayat ini betul.Tatabahasa19.09.2014
Tuan'Puan; Apakah padanan yang sesuai bagi "restricted" - "dilarang" dalam ayat di bawah: Sumber: Your samples will not be used in restricted human biomedical research involving human-animal combinations. Sasaran: Sampel anda tidak akan digunakan dalam penyelidikan bioperubatan manusia yang dilarang yang melibatkan gabungan manusia dan haiwan. Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.Cadangan ayat "Sampel anda tidak akan digunakan dalam penyelidikan bioperubatan manusia yang dilarang melibatkan gabungan manusia dan haiwan" adalah betul dalam penggunaan bahasa Melayu. 
Penyemakan dan penterjemahan04.06.2021
Mohon semak adakah penggunaan bahasa Dilarang Merokok Atau Mengewap No Smoking Or Vaping Terima kasih"No Smoking or Vaping" boleh diterjemahkan sebagai Dilarang Merokok dan Menghisap e-RokokMakna16.07.2019
Salam sejahtera, mohon khidmat nasihat berkenaan ayat yang sesuai digunakan di kain rentang. yang manakah lebih sesuai digunakan. 1. Dilarang membuang sampah ke dalam sungai atau 2. Dilarang membuang sampah di kawasan sungai konteks ayat adalah sebagai larangan kepada orang awam untuk tidak membuang sampah di sungai. sekian dan terima kasih.Kedua-dua ayat yang diberikan betul dan boleh digunakan untuk melarang orang awam daripada membuang sampai di dalam sungai dan kawasan di sekitarnya.  Tatabahasa06.04.2022
Adakah ayat ini betul? Kalau salah mengapa salah?Di bawah 18 tahun dilarang memasuki kedai ini. Terima kasih.Ayat tersebut tidak gramatis kerana tiada pelaku (subjek). Ayat mudah yang lengkap ialah ayat yang mempunyai subjek dan predikat. Ayat tersebut hanya terdiri daripada predikat sahaja. - Remaja/Kanak-kanak di bawah 18 tahun dilarang memasuki kedai iniEjaan09.08.2006
123456

Kembali ke atas