Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimestikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat menyambut 'Bulan Bahasa Kebangsaan'..bilakah agaknya semua rakyat digalakkan\dimestikan berbahasa Malaysia dalam segala bentuk urusan sosial rasmi atau tidak rasmi pada BBK ini? Bilakah kita akan mendengar pemimpin2 politik menunjukkan sifat\sikap Cinta bertutur dlm Bahasa Malaysia dalam perhimpunan agung BN(MCA atau MIC)?Bahasa kebangsaan ialah bahasa pengantar utama yang digunakan oleh sesebuah negara. Dalam konteks ini, bahasa kebangsaan bagi Malaysia ialah bahasa Melayu yang digunakan bagi segala maksud rasmi seperti yang diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan dan Peluasan) 1983. Fungsi bahasa kebangsaan adalah sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan sebagainya. Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan adalah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Sewajarnyalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau keturunan punya rasa sayang dan cinta akan bahasa kebangsaan. Kami ucapkan syabas atas semangat cintakan bahasa dan kekuatan jati diri bahasa pada diri saudara.Lain-lain02.10.2010
saya mohon teguran sama ada wujud kesalahan atau sebaliknya berkenaan ayat yang saya bina ini ; 1. "KLIEN YANG BERURUSAN DIMESTIKAN MEMAKAI MASK/PENUTUP MULUT" 2. " SILA PASTIKAN JARAK ANDA 1 METER " sekian terima kasih.Salam sejahtera,

1. PELANGGAN DIWAJIBKAN MEMAKAI PELITUP MUKA SEMASA BERURUSAN DI KAUNTER. ATAU PELANGGAN DIWAJIBKAN MEMAKAI PELITUP MUKA KETIKA BERURUSAN.

2. SILA PASTIKAN JARAK ANDA 1 METER ANTARA PELANGGAN LAIN
Tatabahasa13.05.2020
Adakah perkataan uniform dan seragam mempunyai maksud yang sama?Salam sejahtera,

Perkataan uniform dan seragam membawa maksud yang sama. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mencari makna dan perkataan dalam bahasa Melayu yang betul.

[u.ni.fom] | اونيفورم

Definisi : pakaian seragam (dipakai oleh askar, polis, dll): pelajar-pelajar sekolah kerajaan dimestikan memakai ~ sekolah; beruniform memakai uniform, berpakaian seragam. (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Sekian, terima kasih.
 
Makna04.03.2020

Kembali ke atas