Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dimusnahkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIDICE

Lidice, nama sebuah kampung di Czechoslovakia

yang dimusnahkan oleh tentera Jerman dalam

tindakan membalas dendam semasa Perang Dunia

II. Lidice menjadi lambang kekejaman Nazi.

UMUM 
ATOMISME

Atomisme ialah pandangan falsafah yang

berkembang di Greece pada tahun 400-an S.M.

Atomis percaya bahawa unsur asas realiti ialah

atom – zarah jirim yang tidak boleh dibahagikan,

tidak boleh dimusnahkan, yang bergerak dalam

ruang. Mereka menyangka bahawa atom

mempunyai pergerakan asal, tetapi juga

berlanggar dan melantun. Akibat pergerakan ini,

dunia terbentuk, wujud untuk beberapa lama,

dan kemudiannya lenyap. Dunia ini dan objek

fizikal yang wujud di atasnya berbeza hanya dari

segi saiz, bentuk, dan kedudukan atomnya.

UMUM 
AZTEK

Aztek ialah Orang Asli Amerika yang

memerintah empayar yang besar di Mexico pada

tahun 1400-an dan awal tahun 1500-an. Aztek

mempunyai salah satu tamadun yang termaju di

Amerika. Mereka telah membina kota sebesar

kota di Eropah pada masa itu. Agama mereka

menuntut pengorbanan manusia. Empayar Aztek

telah dimusnahkan oleh penyerang Sepanyol,

yang menawannya pada tahun 1521. Tetapi, Aztek

meninggalkan kesan yang lama dan kekal

terhadap budaya Mexico.

UMUM 
KELADI

Keladi ialah tanaman makanan yang utama di

kebanyakan negara tropika. Bahagian yang boleh

dimakan pada tanaman keladi ini ialah ubinya.

Bahagian yang membesar daripada batang pokok

ini hidup di dalam tanah dan menyimpan makanan

untuk tanaman itu. Ubi tersebut mengandungi

banyak kanji dan air, dan sedikit gula. Sesetengah

ubi mengandungi racun yang boleh menyebabkan

penyakit jika ia tidak dimusnahkan semasa

memasak. Ubi sesetengah keladi jenis liar

menghasilkan sebatian yang disebut saponin yang

boleh digunakan untuk membuat kortison dan

jenis dadah tertentu yang lain.

UMUM 
OSLO

Oslo (pend. 449 220) ialah ibu negara dan bandar

terbesar di Norway. Oslo juga merupakan pusat

ekonomi, industri dan kebudayaan yang utama bagi

negara ini, dan juga salah satu bandar pelabuhan

utama Norway. Oslo terletak di pantai tenggara, di

tanjung tinggi di Fiord Oslo yang terkenal. Bandar ini

terletak kira-kira 130 kilometer ke utara Skagerrak,

salah satu cabang Laut Utara [lihat Norway (peta)].

Dari tahun 1624 hingga tahun 1925, Oslo dikenali

Christiania sebagai penghormatan kepada Raja

Christian IV, yang merancang untuk membina semula

bandar itu selepas dimusnahkan dalam suatu

kebakaran.

UMUM 
MIMOSA

Mimosa ialah nama bagi sekumpulan pokok, pokok

renek, dan herba yang mempunyai daun bak bulu

pelepah. Mimosa tumbuh terutamanya di kawasan

panas dan tropika. Pokoknya sama dengan akasia. Biji

atau buahnya tumbuh dalam lenggai yang leper.

Bunganya yang kecil berwarna putih, samar,

lavender, atau ungu. Mimosa tumbuh di seluruh Asia,

Afrika, Australia, Caribbean, Mexico, dan di beberapa

bahagian Amerika Syarikat. Sesetengah Mimosa peka

terhadap sentuhan. Daun tumbuhan peka terlipat

apabila disentuh. Ini melindunginya daripada

dimusnahkan oleh hujan lebat dan dapat

mengelakkannya daripada dimakan oleh haiwan

ragut.

Pengelasan saintifik. Mimosa tergolong dalam famili

kacang pis, Leguminosae. Ia membentuk genus Mimosa.

Semalu ialah M. pudica.

UMUM 

Kembali ke atas