Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[din] | دين

Definisi : Ar agama; hari ~ = Yaumiddin hari kiamat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata din


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIN TOKMINA SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SALAH AL-DIN AL-AYYUBI (532–589 H. / 1137–1193M.)

SALAH AL-DIN AL-AYYUBI (532–589 H. / 1137–1193M.), digelar al-Malik al-Nasir dan pemimpin

tentera Islam yang terkenal. Nama penuhnya ialah

Yusuf ibn Ayyub ibn Shadiy ibn Marwan ibn

Ya‘qub al-Duwiniy, al-Takritiy al-Mawlid Abu

Muzaffar, Salah al-Din al-Ayyubi. Ayahnya Najm al-

Din berasal dari Duwin, sebuah negeri di

Azerbaijan di bahagian Aran dan al-Karaj. Dia

berasal daripada keturunan al-Rawadiyyah dan

juga daripada Kabilah al-Huzbaniyyah yang

merupakan antara kabilah Kurdis yang terbesar.

Kabilah al-Huzbaniyyah yang diketuai oleh

Mujahid al-Din Bahruz, iaitu ketua pengawal

tentera Iraq yang tiba di Tikrit setelah

kekuatannya tersusun lengkap dan kabilahnya

memberi khidmat kepadanya dalam keadaan

inilah lahirnya Salah al-Din.

UMUM 
NUWAYRIY, SHIHAB AL-DIN AL-

Nuwayriy, Shihab al-Din al- (677–733 H./1279–

1333 M.), penulis ensiklopedia. Nama sebenarnya

ialah Shihab al-Din Ahmad ibn Abd al-Wahab al-

Bakriy al-Nuwayriy. Dia lahir di Qus, kawasan tanah

tinggi di Mesir. Namanya dinisbahkan kepada

Nuwayrah iaitu nama salah sebuah kampung Bani

Suwayf di Mesir. Bapa Nuwayriy ialah penulis

terkenal di jabatan kerajaan. Anak Nuwayriy

bekerja sebagai ketua penulis di pejabat tentera di

Tarablus, Syam.

UMUM 
SHARBINIY, SYAMS AL-DIN AL-

Sharbiniy, Syams al-Din al ( ? – 977 H. / ? –1569 M.),

ahli fiqh mazhab Syafi‘i, ahli tafsir dan juga

pakar nahu. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn

Ahmad al-Sharbiniy al-Qahiriy yang lebih dikenali

dengan nama al-Khatib al-Sharbiniy Syams al-Din.

Dia lahir di Kaherah dan berguru dengan para

sarjana Mesir pada zamannya. Dia mengeluarkan

fatwa dan mengajar ilmunya semasa guru-gurunya

masih hidup. Orang sezamannya memperakui

kebaikan, kelebihan dan kezuhudannya dalam hal

keduniaan.

Antara buku karangannya ialah al-Siraj al-Munir

fi al-I‘anah ‘ala Ma‘rifat ba‘du Ma‘aniy Kalam Rabina

al-Hakim al-Khabir, al-Fath al-Rabbaniy fi Hilliy Alfaz

Tasrif ‘Izz al-Din al-Zanjaniy dan Sharh Minhaj al-

Din li al-Jurjaniy fi Sha‘biy al-Iman.

UMUM 
ZIRIKLIY, KHAYR AL-DIN AL-

Zirikly, Khayr al-Din al- (1310 H–1396 H/ 1793 M–1976 M)

ialah sasterawan, penyair, dan

pengarang. Nama penuhnya ialah Khayr al-Din ibn

Mahmud ibn Muhammad ibn ‘Ali ibn Faris al-Zirikliy

al-Dimashqi. Dia lahir di Beirut. Ibu bapanya

berasal dari Damsyik. Dia dibesarkan dan

mendapat pendidikan di Damsyik serta berguru

dengan para ulama di sana. Kemudian, dia

menumpukan perhatian dalam bidang sastera dan

berjaya menerbitkan majalah mingguan yang

bertajuk al-Asma’i.

UMUM 
SUBKIY, TAJ AL-DIN AL-

Subkiy, Taj al-Din al- (727–771 H. / 1327–1370

M.), ahli sejarah yang ulung, yang sangat mahir

dalam ilmu fiqh dan usul fiqh al-Syafi’i. Nama

penuhnya ialah ‘Abd al-Wahab ibn Ali ibn ‘Abd al-

Kafiy al-Subkiy. Al-Subkiy diambil sempena nama

Subuk, iaitu salah sebuah perkampungan dalam

wilayah al-Manufiah di Mesir. Al-Subkiy juga adalah

saudara kandung Baha al-Din. Di digelar sebagai

Ketua Kadi Taj al-Din. Al-Subkiy lahir di Kaherah dan

menuntut ilmu daripada alim ulama di sana.

Kemudian, dia mengembara ke Damsyik bersama

ayahnya. Di Damsyik, al-Subkiy menuntut ilmu

daripada ulama-ulama besar antaranya ialah ayahnya

sendiri Ali ibn ‘Abd al-Kafiy, al-Hafiz al-Mazziy dan

al-Dhahabiy. Shamsu al-Din ibn al-Naqib telah

mengizinkannya untuk mengeluarkan fatwa.

Walaupun ketika itu usianya belum mencapai 18

tahun, al-Subkiy telahpun mengeluarkan fatwa.

Jawatan terakhir yang disandang ialah ketua kadi di

Syam. Dia telah mengarang beberapa buah kitab.

Antaranya ialah Sharh Mukhtasar Ibn al-Hajib, Sharh

Minhaj al-Baydawiy tentang Usul Fiqh yang

dinamakan al-Ibhaj Sharh al-Manhaj, Al-Qawa‘id al-

Mushtamalah ‘ala al-Ashbah wa al-Naza ‘ir Tabaqat

al-Shafi‘iyyah al-Kubra wa al-Wusto wa al-Sughra-al-

Tarshih fi-Ikhtiyarat Walidihi Jam‘u al-Jawami` Fi Usul

al-Fiqh dan syarahnya dinamakan Man‘a al-Mawani’.

Al-Subkiy meninggal dunia di Damsyik.

UMUM 
DHAHABIY, SYAMS AL-DIN AL-

Dhahabiy, Syams al-Din al- (673–748 H/1275–

1347 M), imam hafiz, ahli hadith, penghafiz, dan

ahli sejarah Islam. Nama penuhnya ialah Shams

al-Din Abu ‘Abdullah Muhammad ibn Ahmad ibn

‘Uthman ibn Qaymaz.

UMUM 
QASIMIY, JAMAL AL-DIN AL-

Qasimiy, Jamal al-Din al- (1283–1332 H./1866–

1913 M.) ialah ulama besar yang memerangi

bid‘ah dan menyeru kebenaran. Nama sebenarnya

ialah Abu al-Faraj Muhammad Jamal al-Din ibn

Sa‘id.

UMUM 
ABU AL-FIDA’, ‘IMAD AL-DIN ISMA‘IL

Abu al-Fida’, ‘Imad al-Din Isma‘il (672 H.–732 H.

/1273 M.–1331 M.), ahli sejarah, geografi dan

sasterawan. Nama penuh ‘Imad al-Din Isma‘il Abu

al-Fida’ ialah Isma‘il ibn Ali ibn Mahmud ibn

Muhammad ibn ‘Umar ibn Shahnashah ibn Ayyub.

Bapanya pernah memerintah Hamat. Dia pernah

bersama-sama bapanya menyertai Perang Salib

ketika usianya 12 tahun. Abu al-Fida’ banyak

menceburkan diri dalam beberapa bidang lasak

seperti ketenteraan di samping memberi perhatian

khusus dalam bidang sejarah dan sastera.

UMUM 
QARAFIY, SHIHAB AL-DIN AL-

Qarafiy, Shihab al-Din al- (? –684 H./? –1285

M.), tokoh ilmu fiqh Mazhab Malikiy dan salah

seorang tokoh ilmu usul. Nama penuhnya ialah

Ahmad ibn Idris ibn ‘Abd al-Rahman, Abu al-’Abbas

Shihab al-Din al-Sanhajiy al-Qarafiy. Al-Qarafiy lahir

di Bahnasa, Mesir. Keluarganya berasal dari

Sanhajah, Maghribi.

UMUM 
123456

Kembali ke atas