Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[din.ding] | دينديڠ

Definisi : 1. penutup (penyekat) ruang, ba­ngunan, bilik, dll yg dibuat drpd kayu, bata, dll; sebuah gambar tergantung di ~; lampu ~ lampu yg disangkutkan di dinding; 2. sesuatu yg menyerupai dinding: ~ abdomen; ~ kambi papan (kayu) pd kaki dinding; ~ sel selaput yg menyelaputi sel; ~ tepas dinding yg dibuat drpd pelepah daun kumbar; ~ teretas, tangga terpasang prb bukti yg cukup utk menyatakan sesuatu hal; jadi ~ tasak peti permainan prb orang harapan raja dan orang besar-besar; berdinding, berdindingkan menggunakan (memakai) dinding: rumah panjang itu beratapkan daun bertam dan ~ kulit kayu; mendinding 1. memasang (melekatkan) din­ding: ayah saya tidak ada, dia pergi ~ rumah Pak Ngah Talib; 2. berupa dinding, spt dinding: bukit-bukit yg dipenuhi hutan tebal ~ ke sebelah barat kampung saya; mendindingi merupakan dinding (utk me­nyekat, melindungi, menahan, menutup, me­rintang, dll), menjadi dinding pd: pokok bunga di sekeliling perigi itu ~ orang yg mandi drpd pelihatan orang ramai; pakatan SEATO ditubuhkan utk ~ kemaraan kuasa Komunis; mendindingkan menggunakan sesuatu spt dinding; ~ tangan meletakkan tangan di atas dahi supaya tidak silau dll; terdinding tersekat oleh dinding, tersekat, terlindung: jikalau iman tidak teguh, segala godaan syaitan mungkin tidak ~ lagi; pendindingan perihal atau perbuatan men­dinding(i) atau mendindingkan; pendinding penutup, penyekat, penghalang, pelindung: agama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yg sebenar, tetapi juga merupakan ~ drpd godaan hawa nafsu; doa ~ doa utk melindungi diri drpd mara bahaya; kain ~ miang, wang ~ malu prb berbuat (menggunakan) sesuatu biarlah kena pd tempatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[din.ding] | دينديڠ

Definisi : 1 penutup keliling rumah, bilik, ruang dll yg dibuat drpd papan (tembok, pelupuh dsb): ~ rumahnya dibuat drpd kayu yg mahal. 2 sesuatu yg menyerupai dinding 1: ~ abdomen. ~ sel kulit tipis (selaput) yg menyelaputi sel. berdinding menggunakan atau mempunyai dinding: Rumah itu belum ~ tetapi sudah ada penghuninya. berdindingkan ada sesuatu sbg dinding: Pondok itu beratapkan rumbia, ~ buluh. mendinding 1 memasang dinding: Kerja ~ dijalankan pd sebelah pagi. 2 menjadi sbg dinding (penyekat, pelindung dsb): Mereka tidak dpt lari lagi kerana terjebak di antara gaung yg ternganga di sebelah kiri dan bukit yg ~ di sebelah kanan. mendindingi merupakan dinding (utk melindungi, menyekat, menutup dll): Pokok besar itu ~ kami drpd panas cahaya matahari. mendindingkan memasang sesuatu sbg dinding; menggunakan sesuatu spt dinding: Mereka ~ zink-zink di kawasan itu utk mengadakan pertunjukan. ~ tangan meletakkan tangan di dahi atau pd atas mata supaya tidak silau. terdinding tersekat oleh dinding; terlindung. pendindingan perbuatan (hal dsb) mendinding, mendindingi atau mendindingkan. pendinding penyekat; penutup; penghalang; pelindung: doa ~ doa utk melindungi diri drpd bahaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinding

Puisi
 

Rumah besar dinding pelupuh,
     Hulu jarang hilir jarang;
Mana hati tidakkan rusuh,
     Di hulu sayang di hilir sayang.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Jadi dinding lasak peti manian.

Bermaksud :

Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan kata sendi nama bagi ayat-ayat berikut yang mana betul? a. Iklan ditampal di dinding- dinding bangunan atau dipasang di tepi tepi-tepi jalan. b. Iklan ditampal pada dinding-dinding bangunan atau dipasang di tepi-tepi jalan.Ayat yang lebih gramatis ialah "Iklan ditampal pada dinding-dinding bangunan atau dipasang di tepi-tepi jalan."Tatabahasa05.03.2014
gambar tertampal di dinding /pada dinding?Gambar tertampal pada dinding - pada digunakan kerana menunjukkan keterangan tempat.Tatabahasa24.06.2011
1) Apa beza antara tembok dengan dinding? 2) Tembok papan atau dinding papan?Tembok ialah dinding yang dibuat daripada batu bata dan lain-lain, manakala dinding ialah penutup (penyekat) ruang, bangunan, bilik dan lain-lain. Berdasarkan huraian tembok adalah sebahagian daripada bentuk atau binaan dinding. Frasa yang betul dinding papan.Tatabahasa27.07.2016
mengapa disangkut pada dinding bukan di dinding"Disangkut pada dinding" betul kerana kata sendi nama pada digunakan dalam beberapa situasi tertentu. Salah satunya ialah sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 275.  Tatabahasa07.06.2009
di dinding atau pada dinding ? di aras atau pada aras? di perlawanan akhir atau pada perlawanan akhir ?Frasa yang betul ialah ... di dinding, ...di bawah aras,... pada perlawanan akhir.Tatabahasa31.03.2013
Salam sejahtera. 1. Ali menggantung gambar di dinding. 2. Ali menggantung gambar pada dinding. 3. Gambar yang tergantung di / pada dinding itu ialah gambar datuk saya. Ayat yang mana betul ?Ayat yang betul ialah;

1. Ali menggantung gambar pada dinding.
2.Gambar yang tergantung pada dinding itu ialah gambar datuk saya.
Tatabahasa14.05.2013
Assalam, mohon penjelasan drpd pihak encik tentang konteks penggunaan "di" dan "pada", contoh: "Dua orang murid perempuan melukis jalur gemilang di dinding bangunan sekolah mereka." mana yg betul? 'di dinding' atau 'pada dinding' - terima kasih -Yang betul ialah "pada dinding".Tatabahasa18.08.2016
1. di meja atau pada meja? 2. di hati atau pada hati ? 3. di dinding atau pada dinding ? 4. di kerusi atau pada kerusi ?Di atas meja, di/dalam hati, pada dinding dan di atas kerusi .Tatabahasa10.07.2012
Dinding rumah Pak Abu yang_____itu telah ditampal dengan simen. a. Retak b. Rekah sama ada kedua-dua jawapan ini diterima?Rekah dan retak, kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa03.05.2014
Jam di dinding. Jam pada dinding. Mana satu yang betul.
Salam sejahtera.... Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, waktu, masa atau zaman. Manakala kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Jadi, jawapan yang tepat ialah Jam pada dinding.
Tatabahasa04.12.2012
12345678910...

Kembali ke atas