Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[din.ding] | دينديڠ

Definisi : 1. penutup (penyekat) ruang, ba­ngunan, bilik, dll yg dibuat drpd kayu, bata, dll; sebuah gambar tergantung di ~; lampu ~ lampu yg disangkutkan di dinding; 2. sesuatu yg menyerupai dinding: ~ abdomen; ~ kambi papan (kayu) pd kaki dinding; ~ sel selaput yg menyelaputi sel; ~ tepas dinding yg dibuat drpd pelepah daun kumbar; ~ teretas, tangga terpasang prb bukti yg cukup utk menyatakan sesuatu hal; jadi ~ tasak peti permainan prb orang harapan raja dan orang besar-besar; berdinding, berdindingkan menggunakan (memakai) dinding: rumah panjang itu beratapkan daun bertam dan ~ kulit kayu; mendinding 1. memasang (melekatkan) din­ding: ayah saya tidak ada, dia pergi ~ rumah Pak Ngah Talib; 2. berupa dinding, spt dinding: bukit-bukit yg dipenuhi hutan tebal ~ ke sebelah barat kampung saya; mendindingi merupakan dinding (utk me­nyekat, melindungi, menahan, menutup, me­rintang, dll), menjadi dinding pd: pokok bunga di sekeliling perigi itu ~ orang yg mandi drpd pelihatan orang ramai; pakatan SEATO ditubuhkan utk ~ kemaraan kuasa Komunis; mendindingkan menggunakan sesuatu spt dinding; ~ tangan meletakkan tangan di atas dahi supaya tidak silau dll; terdinding tersekat oleh dinding, tersekat, terlindung: jikalau iman tidak teguh, segala godaan syaitan mungkin tidak ~ lagi; pendindingan perihal atau perbuatan men­dinding(i) atau mendindingkan; pendinding penutup, penyekat, penghalang, pelindung: agama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yg sebenar, tetapi juga merupakan ~ drpd godaan hawa nafsu; doa ~ doa utk melindungi diri drpd mara bahaya; kain ~ miang, wang ~ malu prb berbuat (menggunakan) sesuatu biarlah kena pd tempatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[din.ding] | دينديڠ

Definisi : 1 penutup keliling rumah, bilik, ruang dll yg dibuat drpd papan (tembok, pelupuh dsb): ~ rumahnya dibuat drpd kayu yg mahal. 2 sesuatu yg menyerupai dinding 1: ~ abdomen. ~ sel kulit tipis (selaput) yg menyelaputi sel. berdinding menggunakan atau mempunyai dinding: Rumah itu belum ~ tetapi sudah ada penghuninya. berdindingkan ada sesuatu sbg dinding: Pondok itu beratapkan rumbia, ~ buluh. mendinding 1 memasang dinding: Kerja ~ dijalankan pd sebelah pagi. 2 menjadi sbg dinding (penyekat, pelindung dsb): Mereka tidak dpt lari lagi kerana terjebak di antara gaung yg ternganga di sebelah kiri dan bukit yg ~ di sebelah kanan. mendindingi merupakan dinding (utk melindungi, menyekat, menutup dll): Pokok besar itu ~ kami drpd panas cahaya matahari. mendindingkan memasang sesuatu sbg dinding; menggunakan sesuatu spt dinding: Mereka ~ zink-zink di kawasan itu utk mengadakan pertunjukan. ~ tangan meletakkan tangan di dahi atau pd atas mata supaya tidak silau. terdinding tersekat oleh dinding; terlindung. pendindingan perbuatan (hal dsb) mendinding, mendindingi atau mendindingkan. pendinding penyekat; penutup; penghalang; pelindung: doa ~ doa utk melindungi diri drpd bahaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinding

Puisi
 

Rumah besar dinding pelupuh,
     Hulu jarang hilir jarang;
Mana hati tidakkan rusuh,
     Di hulu sayang di hilir sayang.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Jadi dinding lasak peti manian.

Bermaksud :

Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wall (cavity)dinding (kaviti)PergigianTiadaPermukaan yang menegak di dalam kaviti. Dalam dinding kaviti terdapat beberapa jenis dinding iaitu dinding bukal, dinding lingual, dinding proksimal dan dinding aksial. Jenis dinding ini bergantung kepada lokasi dinding tersebut di dalam kaviti. Lihat gambar.(rujuk buku Sturdevant m/s 279)
cavum pelviskavum pelvisPerubatanTiadaRongga di antara dinding-dinding pelvis.
cardiac muscleotot kardiumSosiologiTiadaOtot khusus yang membina dinding-dinding jantung.
cardiac muscleotot kardiumPentadbiran PerniagaanTiadaOtot khusus yang membina dinding-dinding jantung.
jib barrowkereta tolakKejuruteraanTiadaKereta tolak yang mempunyai pelantar tanpa dinding-dinding sisi, yang biasanya digunakan di faundri dan bengkel.
free nuclear divisionpembelahan nukleus bebasKejuruteraanTiadaPembelahan yang tidak diiringi oleh pembentukan dinding-dinding sel.
half court linegaris tengahSukanTiadaSatu garisan di lantai yang selari dengan dinding-dinding sisi yang membahagikan bahagian yang sama. Garisan itu bertemu dengan garis servis pendek di tengah-tengah untuk membentukkan satu T.
mean free pathlintasan bebas minFizikAkustikPutaran jarak lintasan akustik di antara dinding-dinding pemantul dalam bilik tertutup.
meander scarparut likuGeografiTiadaLiku terpenggal, di mana tasik ladam yang terbentuk telah mengalami penimbunan melalui nendatan dinding-dinding alur dan juga melalui pertumbuhan tumbuh-tumbuhan tetapi bentuk liku asal masih boleh dicamkan.
meander scarparut likuGeologiTiadaLiku terpenggal, di mana tasik ladam yang terbentuk telah mengalami penimbunan melalui nendatan dinding-dinding alur dan juga melalui pertumbuhan tumbuh-tumbuhan tetapi bentuk liku asal masih boleh dicamkan.
12345678910...

Kembali ke atas