Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ngin] | ديڠين

Definisi : 1. tidak panas (hangat), sejuk: hari masih pagi, cuaca belum begitu terang dan hawa ~ sekali; 2. ki tidak meriah (sambutan keramaian dsb): sambutan perayaan Hari Kebangsaan pd tahun ini agak ~ jika di­bandingkan dgn tahun yg sudah-sudah; 3. ki tidak mengambil berat (bkn layanan), tidak mesra (bkn perhubungan dsb), sepi: sejak akhir-akhir ini, Jamaludin bersikap ~ ter­hadapnya; hubungan ~ hubungan (antara orang, negara, dll) yg tidak erat dan mesra; 4. ki basi (bkn berita, cerita, dsb), kasip; 5. menghilang (bkn kemarahan), reda; perang ~ perselisihan dgn tidak menggunakan ke­kerasan senjata; ~ hati tidak riang (berminat, bersemangat, dll); ~ kepala berfikiran tenang dan waras; ~-~ panas sekejap dingin sekejap panas; ~ tangan selalu berhasil membuat pekerjaan (spt bertanam, mengubat, dll); nasi tak ~ ping­gan tak retak prb perihal cermatnya me­lakukan sesuatu; mendingin 1. menjadi (terasa) dingin: apa­bila hari berlanjut malam, hawa turut pula ~; 2. Mn tidak berapa sihat, kurang sihat; tidak menghangat ~ prb tidak ambil peduli; mendingini 1. = mendinginkan men­jadi­kan dingin: terasa olehku air matanya ~ pipiku; 2. ark berubat (utk menyihatkan badan); mendinginkan 1. menjadikan (membuat supaya) dingin: klorin juga boleh menjadi cecair jika dipadatkan dan didinginkan; 2. ki menyejukkan, menenangkan (kemarahan, fikiran, dll): dia hendak ~ otak serta mem­perlihatkan dia orang yg terpandang dan terhormat; kedinginan 1. kesejukan, kena sejuk: dia meraba-raba mencari selimut utk me­lin­dungi diri drpd ~; 2. keadaan yg dingin: mereka menyalakan tungku pemanas bilik utk mengimbangi ~ yg bermaharajalela itu; pendinginan perihal atau perbuatan men­dinginkan; pendingin 1. alat (perkakas, bahan, dsb) utk mendinginkan: air batu kering sangat-sangat berguna sbg ~ kerana tidak me­ning­gal­kan cecair; ~ udara alat utk men­dingin­kan udara; lemari ~ Id peti ais (air batu); 2. ki lekas marah, pemarah: Mariam merasai seleranya telah berubah, perutnya kerap kali mulas, dia pemalas, ~ dan bangunnya ter­lambat dr biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.ngin] | ديڠين

Definisi : 1 tidak panas; sejuk: Hawa di Bukit Fraser sangat ~ pd waktu pagi. 2 tidak meriah (bkn keramaian dll); tidak mengambil berat (peduli dll); basi (bkn berita, cerita); reda (bkn marah dl): Saya tidak seronok mengunjungi dia kerana sambutannya ~ saja. mendingin menjadi dingin; terasa dingin. mendinginkan 1 menjadikan (menyebabkan) dingin. 2 menyejukkan; menenangkan (kemarahan dll): Anak itu pandai ~ kemarahan ayahnya. kedinginan 1 kena sejuk; kesejukan: Ia menggeletar ~. 2 keadaan dingin: Nyala unggun api itu dpt mengurangkan ~ malam. pendinginan perbuatan atau hal mendinginkan. pendingin alat (perkakas) utk mendinginkan: Alat ~ bilik ini sudah rosak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dingin

Puisi
 

Nasi dingin digonggong semut,
     Dibawa belayar ke Singapura;
Badan dingin tarik selimut,
     Bantal peluk ganti adinda.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Nasi tak dingin,
     pinggan tak retak.

Bermaksud :

Cermat melakukan sesuatu pekerjaan. Biasa dijadikan gurindam; engkau tak ingin, aku tak hendak.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
cooladj 1. moderately cold, dingin, agak sejuk: the ~ waters of the lake, air tasik yg dingin; ~ weather, cuaca dingin; to be kept in a ~ place, mesti disimpan di tempat yg dingin; 2. providing a feeling between warm and cold, menyamankan: she wore a ~ dress, dia memakai baju yg menyamankan; 3. not friendly or welcoming, dingin: to give so. a ~ reception, memberi sso sambutan yg dingin; her manner was ~ and distant, sikapnya dingin dan tdk peramah; 4. calm, tenang: he has a ~ head, dia berfikiran tenang; ~, calm, and collected, dapat mengawal perasaan; keep ~, bertenang: he kept ~ during the crisis, dia bertenang semasa krisis itu; 5. (of colour) menyejukkan mata, sejuk; 6. (colloq), (of sum of money) genap: a ~ million, sejuta genap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frigidadj 1. very cold, dingin: the ~ zones around the poles, zon-zon dingin di sekitar kutub; 2. lacking warmth, dingin: her attitude towards them was ~, sikapnya thdp mereka dingin; 3. (of woman) sexually cold, dingin; (tech) frigid.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coldlyadv (dgn) dingin: he looked ~ at me, dia memandang saya dgn dingin; she behaved ~ towards him, dia berkelakuan dingin terhadapnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cooln (cool air), (udara) /dingin, agak sejuk/; (cool place) tempat yg /dingin, agak sejuk/: they went for a walk in the ~ of the evening, mereka pergi berjalan-jalan pd waktu petang yg dingin; we sat in the ~ of the forest to rest, mereka duduk-duduk di tempat yg dingin di hutan itu utk berehat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
air-cooledadj dingin udara: ~ transformer, pengubah dingin udara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
water-cooledadj dingin air: a ~ engine, enjin dingin air.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chillyadj 1. cold, sejuk, dingin: ~ weather, cuaca yg sejuk; a ~ night, malam yg sejuk; I feel ~, saya berasa sejuk; 2. (fig.) dingin: a ~ welcome, sambutan yg dingin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chilledadj made cold, sejuk, dingin: ~ meat, daging dingin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cold shouldern; get the ~, sso bersikap dingin thdp sso: I tried to be friendly but I kept getting the ~ from my colleagues, saya mencuba utk berbaik-baik tetapi rakan sekerja saya terus bersikap dingin thdp saya; give so. the ~, bersikap dingin thdp sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
icinessn (fig.) edinginan, dingin: the ~ of her tone, nada suaranya yg dingin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456789

Kembali ke atas