Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ngin] | ديڠين

Definisi : 1. tidak panas (hangat), sejuk: hari masih pagi, cuaca belum begitu terang dan hawa ~ sekali; 2. ki tidak meriah (sambutan keramaian dsb): sambutan perayaan Hari Kebangsaan pd tahun ini agak ~ jika di­bandingkan dgn tahun yg sudah-sudah; 3. ki tidak mengambil berat (bkn layanan), tidak mesra (bkn perhubungan dsb), sepi: sejak akhir-akhir ini, Jamaludin bersikap ~ ter­hadapnya; hubungan ~ hubungan (antara orang, negara, dll) yg tidak erat dan mesra; 4. ki basi (bkn berita, cerita, dsb), kasip; 5. menghilang (bkn kemarahan), reda; perang ~ perselisihan dgn tidak menggunakan ke­kerasan senjata; ~ hati tidak riang (berminat, bersemangat, dll); ~ kepala berfikiran tenang dan waras; ~-~ panas sekejap dingin sekejap panas; ~ tangan selalu berhasil membuat pekerjaan (spt bertanam, mengubat, dll); nasi tak ~ ping­gan tak retak prb perihal cermatnya me­lakukan sesuatu; mendingin 1. menjadi (terasa) dingin: apa­bila hari berlanjut malam, hawa turut pula ~; 2. Mn tidak berapa sihat, kurang sihat; tidak menghangat ~ prb tidak ambil peduli; mendingini 1. = mendinginkan men­jadi­kan dingin: terasa olehku air matanya ~ pipiku; 2. ark berubat (utk menyihatkan badan); mendinginkan 1. menjadikan (membuat supaya) dingin: klorin juga boleh menjadi cecair jika dipadatkan dan didinginkan; 2. ki menyejukkan, menenangkan (kemarahan, fikiran, dll): dia hendak ~ otak serta mem­perlihatkan dia orang yg terpandang dan terhormat; kedinginan 1. kesejukan, kena sejuk: dia meraba-raba mencari selimut utk me­lin­dungi diri drpd ~; 2. keadaan yg dingin: mereka menyalakan tungku pemanas bilik utk mengimbangi ~ yg bermaharajalela itu; pendinginan perihal atau perbuatan men­dinginkan; pendingin 1. alat (perkakas, bahan, dsb) utk mendinginkan: air batu kering sangat-sangat berguna sbg ~ kerana tidak me­ning­gal­kan cecair; ~ udara alat utk men­dingin­kan udara; lemari ~ Id peti ais (air batu); 2. ki lekas marah, pemarah: Mariam merasai seleranya telah berubah, perutnya kerap kali mulas, dia pemalas, ~ dan bangunnya ter­lambat dr biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.ngin] | ديڠين

Definisi : 1 tidak panas; sejuk: Hawa di Bukit Fraser sangat ~ pd waktu pagi. 2 tidak meriah (bkn keramaian dll); tidak mengambil berat (peduli dll); basi (bkn berita, cerita); reda (bkn marah dl): Saya tidak seronok mengunjungi dia kerana sambutannya ~ saja. mendingin menjadi dingin; terasa dingin. mendinginkan 1 menjadikan (menyebabkan) dingin. 2 menyejukkan; menenangkan (kemarahan dll): Anak itu pandai ~ kemarahan ayahnya. kedinginan 1 kena sejuk; kesejukan: Ia menggeletar ~. 2 keadaan dingin: Nyala unggun api itu dpt mengurangkan ~ malam. pendinginan perbuatan atau hal mendinginkan. pendingin alat (perkakas) utk mendinginkan: Alat ~ bilik ini sudah rosak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dingin

Puisi
 

Nasi dingin digonggong semut,
     Dibawa belayar ke Singapura;
Badan dingin tarik selimut,
     Bantal peluk ganti adinda.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Nasi tak dingin,
     pinggan tak retak.

Bermaksud :

Cermat melakukan sesuatu pekerjaan. Biasa dijadikan gurindam; engkau tak ingin, aku tak hendak.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cool season croptanaman musim dinginPertanianAgronomi

 Berkaitan tanaman di kawasan iklim suhu sederhana yang mengalami musim dingin, musim bunga, musim panas dan musim luruh. Tanaman musim dingin adalah tanaman yang sesuai ditanam dalam suhu yang agak rendah, iaitu pada musim bunga atau musim luruh, dan kurang sesuai ditanam pada musim panas. Contoh tanaman musim dingin ialah bawang, ubi kentang, kobis, brokoli dan kacang pis. Tanaman ini lebih sesuai pada suhu kurang daripada 24oC dan tahan terhadap keadaan fros atau suhu yang di bawah tahap beku (0oC). Di kawasan tropika, tanaman musim dingin hanya boleh ditanam di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands.

secondary coolantbahan dingin sekunderKejuruteraanTiadaBahan dingin yang digunakan untuk memindahkan haba dari litar pendingin primer reaktor nuklear.
cook-chillmasak-dinginMakanan dan PemakananMakananKaedah pengawetan makanan yang telah lengkap dimasak akan disejukkan dengan cepat pada suhu 3°C dan selalunya dilakukan di dapur berpusat. Dengan menggunakan kaedah masak-dingin ini, makanan boleh disimpan tidak lebih dari tiga hari sebelum dipanaskan semula untuk sedia dimakan. Contoh makanan masak-dingin ialah makanan panas yang dihidangkan di dalam kapal terbang.
cold-air drainagealiran angin dinginLandskapTiadaLaluan angin dingin yang sering melintasi sesuatu kawasan tertentu di tempat beriklim sederhana.
primary coolant circuitlitar bahan dingin primerKejuruteraanTiadaSistem edaran bahan dingin primer.
downward coolant flowaliran bahan dingin ke bawahKejuruteraanTiadaPengaliran bahan dingin yang menghasilkan keadaan yang sejuk di bahagian atas teras reaktor.
secondary coolant circuitlitar bahan dingin sekunderKejuruteraanTiadaSistem untuk mengedarkan bahan dingin bagi memindahkan haba daripada litar pendingin primer dalam reaktor nuklear.
moderator coolantbahan dingin penyederhanaKejuruteraanTiadaBahan yang dijadikan secara serentak sebagai penyederhana dan bahan dingin.
liquid-metal cooled reactorreaktor dingin logam cairKejuruteraanTiadaReaktor nuklear yang menggunakan logam atau aloi cair sebagai bahan dingin.
granular-graphite-cooled reactorreaktor dingin grafit butirKejuruteraanTiadaReaktor nuklear yang menggunakan butiran grafit sebagai penyederhana dan bahan dingin.
12345678910...

Kembali ke atas