Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ni.ha.ri] | دينيهاري

Definisi : (hari, waktu) fajar belum menyingsing, lebih kurang pukul 3-5 pagi, pagi-pagi benar: pertempuran itu mula berlaku pd waktu petang dan melarat hingga waktu ~; hulu ~ lebih kurang pukul 3.30 pagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinihari

Puisi
 

Berderai tiung di Linau,
     Punai turun dinihari;
Bercerai kasih bujang panau,
     Makan nasi sesuap sehari.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud dihindariMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna dinihari ialah fajar belum menyingsing, lebih kurang pukul 3-5 pagi, pagi-pagi benar. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna12.04.2009
Saya ingin perincian waktu yang tepat dalam bahasa Melayu. Contohnya waktu pagi dari jam berapa hingga jam berapa, petang, malam, dinihari dan sebagainya. Hal ini kerana terdapat kekeliruan ketara terutama dalam penentuan waktu tengah hari seperti 1.30 petang, 7.00 petang dan lain-lain.Penggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi. Lain-lain03.03.2012
boleh tolong nyatakan contoh kata sendi nama menunjukkan masa.Berikut merupakan kata sendi nama yang menunjukkan masa:
1. pada = ...pada tengah malam yang sunyi.
2. dari = ...dari kurun ke-18.
3. ke = ... dari pagi ke petang
4. sejak= ... sejak dua tahun yang lalu
5.hingga/sampai = ...berjaga hingga pagi/ ...mengaji al-Quran sampai dinihari.
Tatabahasa12.03.2013
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya apakah perbezaan kata sendi nama "hingga" dan kata hubung pancangan keterangan "hingga"? Bagaimanakah penggunaan yang betul bagi kedua-dua jenis kata ini? Saya menghadapi masalah untuk membina ayat bagi kata sendi nama "hingga" dan kata hubung pancangan keterangan "hingga". Terima kasih.Perkataan hingga mempunyai dua fungsi, iaitu sebagai kata sendi nama dan kata hubung.

Kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu dan tempat. Contohnya, Mereka mengaji al-Quran hingga dinihari.


Perkataan hingga yang berfungsi sebagai kata hubung dalam ayat keterangan yang menghuraikan dengan lebih lanjut ayat induk. Ayat keterangan yang menggunakan kata hubung hingga dalam ayat keterangan akibat. Keterangan akibat ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Contohnya, Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.
Tatabahasa16.06.2016
Salam...Boleh tak sekiranya saya mendapatkan senarai perkataan yang mesti dirapatkan semasa menulisnya.Ini adalah kerana saya sering keliru dan was - was semasa mengajar penulisan kepada murid - murid saya..Terima kasih..

Bentuk kata majmuk yang penggunaannya telah mantap sebagai satu perkataan yang utuh dan dieja bercantum ialah:  

antarabangsa               setiausaha                 beritahu                     sukarela            bumiputera                   uruhanjaya                jawatankuasa             tandatangan            kakitangan                    tanggungjawab         kerjasama                   warganegara            olahraga                        pesuruhjaya              matahari 

Terdapat juga perkataan yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang bukan kata majmuk secara lazimnya dieja bercantum, contohnya:i)  Kata nama: peribadi, peribahasa, dinihari, perikemanusiaan ii)  Kata adjektif : sukacita, dukacita iii)  Kata sendi nama: kepada, daripada iv)  Kata hubung: apabila, manakala, padahal, darihal, barangkali, kadangkala, apakala, walhal. v)  Kata tanya: bagaimana, kenapa.              

Tatabahasa12.05.2011
ingin memahami dengan lebih mendalam mengenai penggunaan kata tugas "daripada". Contoh: Dia mengeluar pen daripada poket. (Adakah poket itu ialah tempat jadi... harus letakkan kata tugas "dari". Ataupun poket itu, sumber - jadi ayat itu betul?). Tolong jelaskan hukum "daripada dan dari" dengan jelas. Terima kasih

Sendi Nama "daripada"

Umumnya diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan manusia, unsur abstrak, perbandingan, sumber atau asal sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan. Menurut funsi tersebut, penggunaan SN daripada ini dapat dibahagikan kepada enam bahagian seperti yang berikut:

1. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata yang menyatakan manusia, dengan unsur manusia sebagai punca atau "tempat" datangnya sesuatu.

Contohnya: Aku tidak tahu daripada siapa dia mewarisi paras yang secantik itu.

2. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan sesuatu unsur yang abstrak.

Contohnya: Apabila Janaki telah baik daripada sakitnya, dia datang mengunjungi aku.

3. Menunjukkan perbandingan atau tahap yang didahulukan dan dikemudiankan.

Contohnya: Dia lebih pendiam daripada dulu.

4. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan penceraian sedikit daripada banyak atau menyatakan sebahagian daripada semua.

Contohnya: Enam orang daripada mereka mati disambar petir.

5. Menunjukkan perbezaan atau kelainan.

Contohnya: Cara hidupkau berbeza daripada cara hidupku.

6. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan maksud sumber atau asal.

Contohnya: Kulihat sebuah rumah kecil yang diperbuat daripada tanah.

 

Sendi Nama "dari".

Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan araha, tempat atau waktu.

Contoh:

1. Hilmy keluar dari dalam bilik itu.

2. "Lama dah kak, dari pagi tadi".

3. Aku melangkah keluar dari rumahnya.

4. Dia betah sekali duduk bersila dari waktu sesudah sembahyang Isyak sampailah menjelang dinihari

 

 Yang betul: Dia mengeluar pen dari poket.

Poket dianggap tempat bukan sumber.

Tatabahasa22.08.2009

Kembali ke atas