Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ok.si.da] | ديوکسيدا

Definisi : (Kim) oksida yg mengandungi dua atom oksigen: karbon ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.ok.si.da] | ديوکسيدا

Definisi : oksida yg mempunyai dua atom oksigen dlm satu molekul dan kedua-dua atom itu terikat pd unsur lain: karbon ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dioksida


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
air kapurlimewaterLarutan kalsium hidroksida yang digunakan untuk mengesan kehadiran gas karbon dioksida. Apabila gas karbon dioksida dilalukan ke dalam air kapur, keladak putih kalsium karbonat akan terbentuk.Menengah Rendah
air kapurlime waterLarutan akueus kalsium hidroksida yang digunakan untuk mengesan kehadiran gas karbon dioksida. Apabila karbon dioksida dilalukan ke dalam air kapur, keladak putih kalsium karbonat akan terbentuk.Menengah Atas
hujan asidacid rainHujan yang terbentuk disebabkan air hujan mengandungi asid nitrik dan asid sulfurik. Pembentukannya disebabkan pencampuran air hujan dengan gas cemar udara seperti gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida yang melarut dalam air hujan.Menengah Rendah
ais keringdry iceKarbon dioksida pepejal yang memejalwap pada tekanan biasa. Ais kering disediakan secara penyejatan karbon dioksida cecair yang dilakukan dengan cepat.Menengah Atas
hujan asidacid rainHujan yang terbentuk apabila gas sulfur dioksida, karbon oksida dan nitrogen dioksida terlarut di dalamnya.Menengah Atas
karbon dioksidacarbon dioxideGas yang terdapat dalam atmosfera, tidak berwarna dan tidak mempunyai bau. Gas ini terhasil semasa proses respirasi, pereputan dan pembakaran sebatian organik. Karbon dioksida digunakan dalam alat pemadam api, minuman bergas, aerosol dan sebagai bahan penyejukbekuan.Menengah Rendah
ais keringdry iceKarbon dioksida pepejal yang memejalwap pada suhu -78°C (195 K) pada tekanan piawai. Ais kering disediakan secara penyejatan karbon dioksida cecair yang dilakukan dengan cepat. Ais kering berfungsi sebagai bahan penyejuk.Menengah Rendah
titik pampasancompensation pointTakat keamatan cahaya apabila jumlah karbon dioksida yang dikeluarkan semasa respirasi sama dengan jumlah karbon dioksida yang digunakan dalam fotosintesis, dan jumlah oksigen yang digunakan semasa respirasi sama dengan jumlah oksigen yang dikeluarkan semasa fotosintesis.Menengah Atas
penunjuk hidrogen karbonathydrogen carbonate indicatorPenunjuk yang digunakan untuk menguji kehadiran gas karbon dioksida. Penunjuk ini akan bertukar warna daripada merah kepada kuning yang menunjukkan kehadiran karbon dioksida.Menengah Rendah
kesan rumah hijaugreen house effectFenomena yang disebabkan oleh peningkatan suhu bumi akibat pemerangkapan haba dan karbon dioksida. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kepekatan karbon dioksida yang tinggi dalam atmosfera.Menengah Rendah
12345

Kembali ke atas