Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ok.si.da] | ديوکسيدا

Definisi : (Kim) oksida yg mengandungi dua atom oksigen: karbon ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.ok.si.da] | ديوکسيدا

Definisi : oksida yg mempunyai dua atom oksigen dlm satu molekul dan kedua-dua atom itu terikat pd unsur lain: karbon ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dioksida


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULFUR DIOKSIDA

Sulfur dioksida ialah gas beracun tidak berwarna,

dan mempunyai bau yang menusuk hidung. Sulfur

dioksida terbentuk secara semula jadi daripada

aktiviti gunung berapi dan daripada pereputan jirim

organik. Ia boleh dibuat dengan membakar sulfur

atau memanaskan sebatian sulfur logam. Ia juga

dilepaskan ke dalam atmosfera oleh loji penapisan

minyak, kilang dan loji kuasa elektrik yang membakar

batu arang atau minyak. Dalam udara yang dihidu

manusia, bahan ini boleh merengsakan mata dan

sistem pernafasan. Ia juga mungkin larut dalam titisan

air untuk membentuk hujan asid, yang boleh

mendatangkan mudarat atau membunuh hidupan liar

dan merosakkan bangunan. Hujan asid juga mungkin

terbentuk apabila sulfur dioksida di udara bertukar

menjadi sulfur trioksida. Banyak kerajaan

mengehadkan amaun sulfur dioksida yang boleh

dilepaskan oleh industri ke dalam udara.

UMUM 
KARBON DIOKSIDA

Karbon dioksida ialah gas yang tidak berwarna

dan tidak berbau. Ia wujud dalam atmosfera

banyak planet termasuk atmosfera bumi.

UMUM 
SILIKA

Silika ialah silikon dioksida, iaitu sebatian kimia

yang terdiri daripada silikon dan oksigen. Formula

kimianya ialah SiO². Silika wujud banyak dalam

mineral pembentuk batu-batu yang dikenali sebagai

silikat, yang membentuk sebahagian besar daripada

kerak bumi dan mantel (lihat Bumi [Bahagian luar dan

bahagian dalam bumi]). Silikat seperti amfibol,

feldspar, mika, dan piroksen terdiri daripada silika

yang berpadu dengan pelbagai unsur kimia. Kuarza

dan beberapa mineral lain terdiri daripada

keseluruhannya silika.

UMUM 
AIS KERING

 Ais kering ialah karbon dioksida pepejal. Nama

ais kering merujuk kepada hakikat bahawa bahan

ini berubah bentuk daripada pepejal kepada gas

tanpa terlebih dahulu menjadi cecair.

UMUM 
MALAKIT

Malakit ialah bijih kuprum yang hijau lagi cantik.

Bijih ini terdiri daripada kuprum oksida, karbon

dioksida, dan air. Rumus kimianya ialah

2CuO.CO2.H 2O. Malakit berbentuk berlapis-lapis

dengan warna yang berbeza-beza, daripada hijau

epal hingga kepada kelabu-hijau gelap.

UMUM 
OKSIDA

Oksida ialah sebatian kimia yang terdiri daripada

oksigen dengan beberapa unsur lain. Oksida

biasanya terbentuk apabila unsur teroksida.

Contohnya, pembakaran karbon yang ada dalam

batu arang atau kayu mengeluarkan karbon

dioksida (CO 2 ) dan karbon monoksida (CO).

Pembakaran adalah pengoksidaan cepat. Karbon

dioksida juga terbentuk melalui proses

pengoksidaan perlahan dalam sel haiwan, dan

dihembus keluar daripada paru-paru. Pengaratan

besi ialah pengoksidaan perlahan. Karat

mengandungi ferik oksida (Fe 2 O 3 ).

UMUM 
SERBUK PENAIK

Serbuk penaik ialah serbuk putih yang

digunakan untuk menjadikan kek dan biskut naik .

Tukang masak menambahkannya kepada adunan

tepung sebelum membakarnya. Bahan kimia dalam

serbuk penaik bertindak balas dengan udara dan

cecair (biasanya air atau susu) untuk membentuk

gas karbon dioksida. Gelembung karbon dioksida

terperangkap dalam adunan tepung. Gelembung

ini mengembang apabila ia dipanaskan dan

menjadikan adunan naik.

UMUM 
SODA BIKARBONAT

Soda bikarbonat (NaHCO3), juga dikenali

sebagai serbuk penaik atau natrium bikarbonat

ialah pengalkali perut dan melegakan kerengsaan

kulit. Soda bikarbonat adalah sumber karbon

dioksida dalam serbuk penaik dan sesetengah

pemadam api.

Lihat juga Serbuk penaik.

UMUM 
RESPIRASI

Respirasi ialah proses bagi manusia dan lain-lain

benda hidup mendapatkan dan menggunakan

oksigen. Kecuali mikroorganisma tertentu, semua

benda hidup memerlukan oksigen untuk hidup.

Respirasi juga melibatkan penyingkiran karbon

dioksida, iaitu gas yang dikeluarkan apabila sel

menggunakan oksigen.

UMUM 
PARU-PARU

Paru-paru ialah organ pernafasan utama

mamalia, burung, reptilia dan kebanyakan amfibia

dewasa. Tugas utama paru-paru adalah menukar gas.

Apabila darah mengalir melalui paru-paru, ia

mengambil oksigen dari udara dan membebaskan

karbon dioksida. Badan memerlukan oksigen untuk

membakar makanan bagi mendapatkan tenaga dan

ia menghasilkan karbon dioksida sebagai bahan

buangan. Rencana ini membincangkan paru-paru

manusia, tetapi paru-paru haiwan lain berfungsi

dengan cara yang sama.

UMUM 
12

Kembali ke atas