Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipasarkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bilakah buku "Tatabahasa Dewan Edisi Semakan" akan dipasarkan?Buku tersebut belum dapat dipastikan tarikh sebenar untuk dipasarkan.Lain-lain22.09.2007
1)Produk itu telah dipasarkan secara berluas di seluruh negara. 2)Peristiwa letupan reaktor nuklear di Chernobyl telah menyedari semua pihak agar lebih berhati-hati dalam aspek keselamatan. 3)Semua makanan di bawah tudung saji itu pagi tadi dihidangkan oleh ibu. TOLONG BETULKAN.1. Produk itu telah dipasarkan secara meluas di seluruh negara.
2. Peristiwa letupan reaktor nuklear di Chernobyl telah menyedarkan semua pihak agar lebih berhati-hati dalam aspek keselamatan.
3. Semua makanan di bawah tudung saji itu dihidangkan oleh ibu pagi tadi.
Tatabahasa21.07.2012
1. Adakah terdapat sebarang peraturan mewajibkan label dan bungkusan produk yang dipasarkan di Malaysia menggunakan bahasa Melayu/Malaysia? 2. Bolehkah label dan bungkusan produk hanya menggunakan bahasa Inggeris? Diharapkan pihak DBP dapat memberikan komen dan pandangan mengenai perkara ini secepat mungkin. Terima kasih.Sila rujuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri saudara/ saudari untuk mengetahui sebarang peraturan bagi melabel membungkus produk. Untuk makluman saudara/ saudari, DBP hanya mengesahkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam iklan. Harap maklum.Lain-lain13.08.2007
Salam sejahtera Tuan; 1. Bilakah buku teks baharu Bahasa Melayu Tahun 1 akan dipasarkan? 2. Dari manakah saya dapat memperoleh maklumat yang terkini tentang pembelajaran terbaharu tahun 1 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu? 3. Bolehkah saya dapatkan isi kandungan terkini bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1? Sekian, terima kasih! Bantuan daripada pihak amat dihargai!
  1. Buku teks  baharu Bahasa Melayu  sedang dalam proses penerbitan, dan dijangka akan di pasarkan sebelum sesi persekolahan tahun 2011.
  2. Kurikulum yang berkaitan dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Sdr dicadangkan menghubungi pihak yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  3. Perkara ini di luar bidang tugas pihak kami. Sdr dicadangkan menghubungi pihak yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Lain-lain24.06.2010
Antara dua ayat di bawah, yang manakah betul susunan tatabahasanya? Situasinya adalah, satu produk yang baru ingin dipasarkan. 1) Kini, untuk 6 tahun ke atas. 2) Kini, dalam 6 tahun ke atas.Frasa yang lebih tepat ialah "Kini, untuk 6 tahun dan ke atas".Tatabahasa19.09.2012
Apakah yang dimaksudkan dengan sastera kanak-kanak dan adakah ia berkait dengan pembentukan emosi kanak-kanak?Sastera kanak-kanak ialah satu kategori sastera yang ditulis, diterbitkan atau dipasarkan untuk bacaan kanak-kanak.  Nancy Anderson mendefinisikan 6 katogori bagi sastera kanak-kanak.  Untuk bacaan lanjut saudara boleh mendapatkannya dari Wikipedia.Lain-lain11.09.2008
Assalamualaikum... Saya Pn Mazni telah mengeluarkan Buku Agama Panduan Solat dan ingin mendapatkan pengesahan tulisan jawi serta isi kandungan buku tersebut serta No Pendaftaran ISBN. Bagaimana cara dan procedure yang telah ditetapkan oleh DPB bagi pengeluar buku persendirian utk dan utk dipasarkan. Harap pihak DBP dapat memberikan maklumat yg dapat membantu sy menyelesaikan masalah ini. Perhatian dan kerjasama Pihak DBP amat dihargai dan didahului dgn ribuan terima kasih... wassalam Pn Mazni 0126606864

Waalaikummussalam,

Dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan khidmat penilaian, penyuntingan dan pemasaran untuk buku yang diterbitkan oleh orang perseorangan atau pihak lain. Nombor ISBN pula dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Kami cadangkan puan  menghubungi pihak Perpustakaan Negara Malaysia untuk maklumat selanjutnya mengenai ISBN.

Lain-lain28.03.2011

Kembali ke atas