Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipasarkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERKEBUNAN PASARAN

Perkebunan pasaran ialah penanaman sayur-

sayuran atau buah-buahan, atau kedua-duanya,

untuk dipasarkan. Kebun pasaran biasanya terdiri

daripada petak tanah yang besar, dengan kawasan

yang diuntukkan untuk sayur-sayuran yang berbeza.

Kebun pasaran membekalkan hasil yang segar

kepada orang ramai yang tinggal di bandar besar di

seluruh dunia. Pembaikan dalam pengangkutan dan

penggunaan penyejukan bagi mengekalkan

kesegaran sayur-sayuran dan buah-buahan, telah

mengurangkan pergantungan penduduk bandar

pada hasil tanaman tempatan. Banyak kebun pasaran

moden merupakan perniagaan besar, yang

membekalkan banyak kuantiti tanaman seperti salad

atau tomato.

UMUM 
AW BOON HAW

Aw Boon Haw (1893–1954), ahli perniagaan Cina,

yang menjadi terkenal di Singapura sebagai Tiger

Balm King , keluaran perubatan yang dipasarkan

oleh keluarganya atas jenama “Tiger”. Taman Tiger

Balm di Singapura dibina olehnya pada tahun 1937.

UMUM 
NOBEL, ALFRED BERNHARD

Nobel, Alfred Bernhard (1833–1896), ahli kimia

Sweden , yang mencipta dinamit dan mengasaskan

Hadiah Nobel (lihat Hadiah Nobel ). Semasa

mudanya, Nobel menjalankan eksperimen

menggunakan nitrogliserin di kilang bapanya. Dia

berharap untuk menjadikan bahan berbahaya ini

sebagai bahan letupan yang selamat dan berguna.

Nobel menyediakan bahan letupan nitrogliserin,

tetapi banyak kemalangan berlaku apabila bahan ini

dipasarkan yang menyebabkan Nobel menjadi

musuh awam selama beberapa tahun lamanya.

UMUM 
MAJUN

MAKJUN, sejenis makanan kesihatan tradisional orang  Melayu. Makjun dimakan oleh kaum wanita dan juga orang lelaki. Makjun dikeluarkan secara komersial dan dipasarkan dengan pelbagai jenama, misalnya Makjun Pak Tani, Makjun Khorzani dan Makjun Purba.

BUDAYAUbat-Ubatan
GETAH HUTANGETAH HUTAN, getah daripada tumbuh-tumbuhan liar di dalam hutan. Walaupun tidak mempunyai nilai komersil, getah hutan sangat berguna khususnya kepada masyarakat yang bergantung hidup pada sumber hutan. Mereka mengusahakan getah hutan untuk kegunaan sendiri dan hanya sebahagian kecil dipasarkan. SEJARAH DAN ARKEOLOGISumber/Bahan Alam
BERITA HARIAN

BERITA HARIAN,  akhbar harian berbahasa Melayu yang dicetak dan diterbitkan oleh The New Straits Times Press (M’sia) Bhd., Kuala Lumpur.  Akhbar ini mula diterbitkan di Singapura oleh Straits Times pada hari Isnin 1 Jun 1957, tetapi sejak 24 Julai 1957 akhbar ini diterbitkan di Kuala Lumpur.  Pengarangnya yang pertama ialah A. Samad Ismail.  Akbhar ini pada mulanya mengandungi lapan halaman dan dipasarkan dengan harga 15 sen.

SASTERAKitab

Kembali ke atas