Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipasarkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
generic productbarangan generikKomunikasiKorporatBarangan yang dipasarkan tanpa menonjolkan jenama. Harga barangan ini lebih murah berbanding barangan yang berjenama. Walau bagaimanapun, mutu barangan ini tidak semestinya rendah berbanding barangan berjenama. Pengedar besar biasanya mengenal pasti barangan yang terbaik dalam kalangan barangan generik ini untuk dibeli dan diletakkan jenama pengedar tersebut untuk dipasarkan. Contohnya, bahan pencuci dan barangan makanan seperti minyak masak.
downstream activityaktiviti hiliranPertanianAgroteknologiAktiviti yang melibatkan pemprosesan produk mentah supaya dapat dipasarkan dengan harga yang lebih tinggi dan menjana lebih nilai kepada produk tersebut. Contohnya, untuk industri kelapa sawit, produk mentah ialah buah kelapa sawit yang dihasilkan daripada aktiviti huluan. Seterusnya, buah kelapa sawit diperah untuk mengeluarkan minyaknya. Pemerahan minyak ini merupakan satu aktiviti hiliran. Minyak ini boleh dipasarkan terus kepada pengguna dengan harga yang lebih tinggi daripada buah kelapa sawit mentah. Aktiviti hiliran boleh dilanjutkan dengan pemprosesan minyak kelapa sawit untuk menghasilkan produk-produk lain seperti sabun, marjerin dan bahan kosmetik.
global productkeluaran sejagatPentadbiranTiadaKeluaran yang dipasarkan ke seluruh dunia dengan menggunakan jenama yang sama. Contohnya coca-cola, levi's dan sebagainya.
finished productkeluaran siapKesenianTiadaBarangan yang telah siap dan boleh dipasarkan.
packingpembungkusan; lembaran bawah; pemadatanGeografiTiada2. Pembungkusan: Proses membungkus barangan sebelum dipasarkan atau dieksport.
food canningmengetin makananGeografiTiadaPerihal proses pengetinan bahan makanan bertujuan untuk dipasarkan di dalam dan luar negara.
drug developmentperkembangan ubatPerubatanTiadaJalinan peristiwa penghasilan ubat daripada penemuannya sehingga dipasarkan dan digunakan secara meluas. Jalinan ini termasuklah kajian yang dijalankan ke atas binatang dan manusia, proses memaklumatkan hasil kajian, proses pelesenan dan kaji selidik pascapasaran. Penghasilan sesuatu ubat biasanya memakan masa yang panjang dan memerlukan belanja yang banyak.
beta testujian betaTeknologi MaklumatTiadaFasa ujian akhir sebelum sesuatu produk dipasarkan secara rasmi. Ujian beta selalunya dibuat di hadapan pelanggan. Lihat juga ujian alfa
surplus linelini surplusinsuransTiadaRisiko atau sebahagian risiko yang tidak boleh dipasarkan melalui broker atau ejen asal dalam kawasan urus niaganya. Oleh itu, risiko ini ditawarkan kepada insurer asing (am).
retrospective validationpengesahsahihan retrospektifHerbaPeraturan dan PemasaranProses pengesahsahihan produk yang telah dipasarkan untuk memastikan kualiti dan keselamatan produk. Pengesahsahihan retrospektif melibatkan pemeriksaan terhadap keseluruhan proses pengilangan produk.
1234567

Kembali ke atas