Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dip.lo.mat] | ديڤلومت

Definisi : 1. pegawai kanan (duta dll) yg di­lantik utk mewakili negaranya dlm hu­bungan antarabangsa; 2. orang yg mahir berurus dgn seseorang tanpa menyinggung perasaannya: suruhanjaya itu telah juga menyediakan rangka perjanjian tentang keutamaan dan hak para ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dip.lo.mat] | ديڤلومت

Definisi : 1 orang yg dilantik utk mewakili negaranya dlm perhubungan rasmi dgn negara lain (spt duta, atase): Malaysia telah menghantar dua orang ~nya ke Manila. 2 orang yg berdiplomasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diplomat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan, soalan saya adalah seperti berikut. 1) Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke Pulau Redang terpikat oleh keindahan dasar lautnya. Adakah terpikat oleh betul? ataupun terpikat dengan lebih sesuai dalam ayat ini? 2) Adakah maksud peribahasa 'seperti pahat dengan penukul' bantu-membantu antara satu sama lain? 3) Ibu tahu bahawa abang tidak akan melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Adakah tahu bahawaw betul? 4) Yang turut hadir di majlis perkahwinan itu ialah diplomat-diplomat asing. Adakah ayat ini betul? 5) Perlu ditekankan bahawa penghasilan sesuatu produk ialah kualitinya. Adakah ayat ini betul? 6) Samantha berpaling muka apabila melihat saya, mengapa? Adakah ayat ini betul? 7) Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kerja ini berapa lama? Adakah ayat ini betul? 8) Kita bukan sahaja perlu berani tetapi juga perlu menghadapi cabaran semasa pendakian nanti. Adakah ayat ini betul? Terima kasih.

Contoh ayat berikut betul: 1) Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke Pulau Redang terpikat oleh keindahan dasar lautnya. 3) Ibu tahu bahawa abang tidak akan melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. 4) Yang turut hadir dalam majlis perkahwinan itu ialah diplomat-diplomat asing. 5) Perlu ditekankan bahawa penghasilan sesuatu produk ialah kualitinya. 6) Samantha berpaling muka apabila melihat saya, mengapa? 7) Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kerja ini berapa lama? 8) Kita bukan sahaja perlu berani tetapi juga perlu menghadapi cabaran semasa pendakian nanti.  2) Maksud peribahasa 'seperti pahat dengan penukul' ialah bantu-membantu antara satu sama lain, juga betul.  

Tatabahasa14.08.2021

Kembali ke atas