Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.pu.te.ra.kan] | دڤوتراکن

Definisi : dilahirkan (anak): baginda ~ di Istana Anak Bukit pd 28 November 1927; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.pu.te.ra.kan] | دڤوتراکن

Definisi : dilahirkan: Baginda telah ~ pd hari Khamis malam Jumaat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diputerakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berikan maksud Hari Keputeraan Baginda dan maksud diputerakan?1. Maksud Hari Keputeraan Baginda ialah hari ulang tahun kelahiran dan 2. maksud diputerakan pula ialah dilahirkan (anak): Contoh ayat: baginda ~ di Istana Anak Bukit pd 28 November 1927;Lain-lain28.07.2010
Tunku Abdul Rahman Al-Haj ialah Perdana Menteri Malaysia yang pertama. __________ diputerakan di Alor Star, Kedah. Soalan: manakah pilihan jawapan yang sesuai beliau @ baginda. Terima kasih.Tunku Abdul Rahman Al-Haj ialah Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Baginda diputerakan di Alor Star, Kedah. Tatabahasa05.08.2008
diputrakan /diputrikan adakah diputerikan untuk perempuan?diputerakan -lahirkan lelaki diputerikan - tidak oleh digunakan, guna dilahirkan sahajaLain-lain03.04.2007
mana ayat yang betul dari segi bahasanya. 1) Putera Bongsu raja itu dilahirkan di ... 2) Putera bongsu raja itu diputerakan di ... adakah huruf 'b' pada perkataan bongsu itu huruf kecil atau huruf besar?Sekiranya Bongsu merupakan nama putera tersebut, huruf 'b' ditulis dengan huruf besar 'Bongsu'. Walau bagaimanapun, sekiranya bongsu merujuk kepada anak yang paling muda (kedudukan anak dalam keluarga) huruf 'b' ditulis dalam huruf kecil 'bongsu'.Ejaan30.03.2011

Kembali ke atas