Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dirahsiakan

Peribahasa

Satu pintu kalau tertutup,
     sepuluh pintu lagi terbuka.

Bermaksud :

Sesuatu perkara yang tak dapat dirahsiakan lagi; berbagai-bagai macam jalan dan usaha mencari rezeki.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penterjemahan BahasaSemakan kami terhadap baris yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut: "Ketiadaan nama dalam maklum balas SB diutamakan dan dijamin oleh SB sistem dalam talian. Jawapan akan dirahsiakan dan tidak boleh dikesan oleh pesertaPenyemakan dan penterjemahan26.05.2014
Tuan/Puan, Mohon kerjasama untuk mengesahkan terjemahan untuk "makes public" di bawah adalah betul atau salah. Sumber: If the Sponsor makes public any study results your identity will remain confidential. Sasaran: Jika Penaja mendedahkan apa-apa hasil kajian, identiti anda akan kekal dirahsiakan. Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan "make public" diterjemahkan sebagai "mendedahkan", "membocorkan", "memaklumkan" atau "memberitahu". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan25.06.2021
perkataan sekarang dan kini adakah ia mempunyai maksud yang sama?Sekarang bermakna waktu bukan yg telah lalu dan bukan yg akan datang; waktu ini: ~ juga kita pergi. Kini pula ialah sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa.Makna16.08.2010
Bolehkah diperjelaskan perbezaan antara STRATEGI dengan STRATEGIK.Untuk membezakan kata strategi dan kata strategik, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah:

strategi kata nama
1 perancangan yang dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor atau aspek, dan disertai oleh persediaan yang rapi dan teliti untuk mencapai matlamat atau tujuan yang diingini.
Contoh penggunaan:
a. Strategi yang berkesan dapat membantu meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.
b. Dalam diam, dia memikirkan beberapa strategi bagi mengatasi pesaingnya.

2 ilmu merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, penaklukan dsb:
Contoh penggunaan:
Ada ketikanya strategi perang perlu dirahsiakan.

3 taktik atau kaedah dalam peperangan untuk menyerang musuh:
Contoh penggunaan:
Kemenangan dalam sesuatu peperangan terletak pada strategi dan bukannya pada ramainya tentera yang terlibat.

4 bahasa basahan
siasat atau muslihat untuk mencapai sesuatu maksud.

strategik kata adjektif
1 (berkenaan kedudukan sesuatu) baik, elok atau sesuai letaknya:
Contoh penggunaan:
a. Poster dipasang di lokasi yang strategik untuk publisiti yang lebih luas.
b. Kedudukan Melaka yang strategik dari segi perdagangan dan keselamatan 
membantu perkembangannya sehingga terkenal di Timur dan Barat.

2 dalam keadaan berhubungan atau berdasarkan strategi:
Contoh penggunaan:
Perancangan strategik merupakan salah satu pendekatan pengurusan untuk mencapai kecemerlangan organisasi.

Setiap kata mempunyai makna dan kelas kata yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya.

Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.
Makna19.09.2023

Kembali ke atas