Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.rék.to.ri] | ديريکتوري

Definisi : (diréktori) (Komp) fail yg mengan­dungi maklumat spt nama, sifat, dan ke­dudukan fail yg terkandung di dlm cakera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.rék.to.ri] | ديريکتوري

Definisi : /diréktori/ ist fail yg mengan- dungi maklumat spt nama, sifat, dan kedudukan fail yg terkandung dlm cakera komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata direktori


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud DIREKTORI?

Saudara,

Perkataan direktori bermaksud i.  fail yg mengandungi maklumat spt nama, sifat, dan kedudukan fail yg terkandung di dlm cakera.  ii.  panduan: telephone ~, panduan telefon.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Inggeris Melayu Dewan.

Makna19.12.2009
Apakah maksud bahan almanak dan direktori?

Sekiranya sdr merujuk Kamus Dewan, kata almanak ialah 1. kalendar tahunan yg mengandungi senarai hari bulan dgn maklumat lain (spt terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan, dll); ~ nautika buku tahunan yg memberikan maklumat tentang bulan, air pasang surut, matahari dsb; 2. buku yg berisi penanggalan (daftar hari bulan) dan karangan yg perlu diketahui umum.

2.   Kata direktori ialah fail yang mengandungi maklumat spt nama, sifat, dan kedudukan fail yang terkandung di dalam cakera.

Makna19.06.2009
Assalamualaikum. Boleh saya tahu bagaimana saya boleh berhubung dengan Bahagian Buku Teks KPM?Salam,

Maklumat Bahagian Buku Teks KPM

Dimaklumkan bahawa bama Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia yang baharu ialah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan.

Maklumat direktori bahagian tersebut boleh dilayari melalui https://direktori.moe.gov.my/

Alamat:

Pesiaran Bukit Kiara, Bukit Damansara,
50604 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

No. Telefon: 03-2081 7777
No. Faksimile: 03-2081 7788
E-mel: bstp@moe.gov.my

Sekian, terima kasih.
Lain-lain15.12.2021
Saya ingin bertanya apakah maksud "Root" untuk istilah IT. Contoh ayatnya dalam bahasa Inggeris adalah seperti berikut: "Root permission is required to uninstall applications in the phone device." Terima kasih.Dalam data rujukan kami, istilah bahasa Melayu bagi "root" ialah akar seperti penggunaan istilah "root directory" dipadankan sebagai "direktori akar". Selain itu, terdapat istilah "root server" yang dipadankan sebagai  "pelayan punca" dalam bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang sistem maklumat.Istilah09.11.2013
Salam..Saya Wan Mohd Helmy daripada DPWT ingin mohon kerjasama tuan (admin) untuk uar-uarkan iklan di bawah kepada semua penulis dalam laman FB tuan.. Terima kasih tuan. ----------------------------------------------------------------------------- Mohon para penulis yang berasal dari Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selatan Thai untuk mengisi maklumat diri di dalam laman blog ini kerana kami sedang mengumpul maklumat untuk penerbitan Direktori Penulis Timur Edisi Kedua... Sila layari http://direktoripenulis.blogspot.com/ untuk butiran lanjut. Kerjasama tuan/ puan dalam hal ini amat kami hargai. Sekian, terima kasih.Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Buat pengetahuan tuan pegawai kami Encik Azimin Daud dari bahagian Komunikasi Korporat telahpun mengambil tindakan proaktif dengan meletakkan iklan tersebut di Facebook DBP, Facebook BKK dan Kerabat DBP. Sekian, harap maklum terima kasih.Lain-lain27.03.2014
assalamualaikum.saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang tokoh atan long. dan boleh sila terangkan apakah yang dimaksudkan beliau ialah ahli pena seumur hidup, dan boleh terangkan lagi tentang anugerah pencapaian beliau serta karya beliau yang terkenal dan digunakan hingga kini. terima kasih. kerjasama pihak DBP amat saya hargai.Tidak ada maklumat tentang Prof. Dr. Atan Long dalam Direktori Karyawan, DBP. Sedikit maklumat yang ada dalam pangkalan data kami, beliau merupakan seorang pendidik dan penulis, dan banyak hasil tulisan beliau disiarkan dalam akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia serta majalah terbitan DBP. Untuk maklumat lanjut, sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=atan+long&d=3.Lain-lain04.03.2014
Mohamad Shahamir Bissaid Nov 1st, 2:33am Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Mohamad Shahamir BIssaid , AEE130020 , Jabatan Sejarah Universiti Malaya, sedang melakukan kajian mengenai Sejarah Serangan dan Penangkapan Buaya di Semenanjung Malaysia Sebelum dan Selepas Merdeka. Saya telah membaca sebuah buku terbitan DBP yang berjudul Bagin Sungai Merah tulisan Rahimah Muda. Bolehkan saya mendapatkan butiran mengenai Rahimah Muda , seperti emel atau nombor telefon agar saya dapat menghubungi beliau?Tidak ada maklumat tentang penulis Rahimah Muda dalam Direktori Karyawan DBP.Lain-lain02.11.2015
Saya ingin tahu apakah majalah wanita yang pertama diterbitkan di Malaysia dan setakat ini berapa banyak majalah wanita di Malaysia.

Sila rujuk bahan ini :

    

   
   

 

1. Akhbar dan Majalah di Malaysia / Jab. Sejarah UKM. 1988

2. Direktori majalah-majalah Melayu sebelum merdeka / Hamedi Mohd Adnan. Penerbit UKM : 2002

3. Sejarah dan bibliografi akhbar dan majalah Melayu abad ke 19 / Ahmat Adam . Penerbit UKM : 1994

Lain-lain18.09.2008

Kembali ke atas