Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[di.rék.to.ri] | ديريکتوري

Definisi : (diréktori) (Komp) fail yg mengan­dungi maklumat spt nama, sifat, dan ke­dudukan fail yg terkandung di dlm cakera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.rék.to.ri] | ديريکتوري

Definisi : /diréktori/ ist fail yg mengan- dungi maklumat spt nama, sifat, dan kedudukan fail yg terkandung dlm cakera komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata direktori

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
directorydirektoriTeknologi MaklumatPerisianBekas maya dalam sistem fail berdigit. Direktori boleh terdiri dengan sendirinya yang dikenali sebagai direktori akar atau direktori utama. Direktori ini boleh juga mengandungi beberapa direktori lain, yang dikenali sebagai subdirektori. Direktori akar atau direktori utama merupakan direktori peringkat tertinggi dalam satu sistem fail komputer. Dalam sistem pengendalian Windows, direktori dikenali sebagai folder.
subdirectorysubdirektoriTeknologi MaklumatPerisianDirektori yang berada di bawah direktori utama atau direktori akar. Subdirektori merupakan peringkat kedua dalam sistem fail komputer. Subdirektori boleh juga mengandungi direktori-direktori lain di bawahnya. Lihat juga direktori.
DAP (directory access protokol)DAP (protokol capaian direktori)Teknologi MaklumatTiadaProtokol yang digunakan antara agen pengguna direktori (DUA) dengan agen sistem direktori (DSA) dalam sistem direktori x.500.
DSA (directory system agent)DSA (agen sistem direktori)Teknologi MaklumatTiadaSejenis perisian yang menyediakan perkhidmatan direktori X.500 untuk asas maklumat direktori.
DUA (directory user agent)DUA (agen pengguna direktori)Teknologi MaklumatTiadaSejenis perisian yang mencapai perkhidmatan direktori X.500 bagi pihak pengguna direktori.
directorydirektoriTeknologi MaklumatTiadaSenarai fail dan/atau subdirektori mengikut susunan kelompok logikal yang tersimpan di dalam storan seperti cakera keras, disket, CD-ROM, DVD ROM dan sebagainya. Direktori memberikan gambaran ilusi yang fail-fail disimpan pada bahagian yang sama tetapi sebenarnya fail-fail berkenaan bertaburan. Lokasi sebenar fail-fail disimpan ditunjukkan dalam jadual penempatan fail (FAT). Direktori menyenaraikan nama, sambungan, saiz, tarikh dan masa cipta, tarikh dan masa kemas kini, dan jenis fail. Istilah direktori digunakan oleh sistem pengendalian berasaskan aksara seperti Unix dan DOS (lihat rajah di bawah) manakala sistem pengendalian berasaskan GUI seperti MacOS dan Windows menggunakan istilah folder. Sinonim folder. Contoh direktori pada sistem pengendalian MS-DOS. Contoh folder (direktori) pada Windows XP.

directorydirektori; buku panduanPentadbiran PerniagaanTiada1. Direktori: Senarai fail komputer dalam pemprosesan kata yang telah disimpan di dalam cakera.
file directorydirektori failTeknologi MaklumatTiadaLihat direktori
file directorydirektori failTeknologi MaklumatTiadaLihat direktori
123456

Kembali ke atas