Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ri] | ديري

Definisi : 1 orang seorang; empunya badan: Malang betul nasib ~ku ini, duit habis harta tak ada. 2 badan sendiri (bukan orang lain): membunuh ~; menyerah ~. memohon ~ meminta izin hendak keluar atau pulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[di.ri] | ديري

Definisi : ; berdiri 1 bangkit dan tegak di atas kaki (tidak duduk, tidak baring dll): Murid-murid semua ~ apabila guru masuk. 2 tegak (sama ada ditanam atau disokong, ditopang dll). 3 (telah) ditubuhkan; (telah) ada: MARA telah ~ sejak tahun 1965 lagi. ~ atas berasaskan (berdasarkan) sesuatu; berdasar pd: Sekolah itu ~ atas sokongan ibu bapa. ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd bantuan orang lain; berdikari. mendirikan 1 menjadikan atau membuat supaya berdiri; menegakkan: Ia telah ~ tiang pagar yg condong itu. 2 membangunkan atau membina (rumah, bangunan dll): Ia sudah ~ sebuah rumah batu. 3 menubuhkan sesuatu perkumpulan (persatuan dll): Mereka berusaha ~ syarikat kerjasama di kampung-kampung. ~ rumah tangga berkahwin. terdiri 1 (tiba-tiba) berdiri atau didirikan: Sedang ia berjalan, ia berhenti dan ~ kerana terdengar akan suara orang meminta tolong. 2 (telah) didirikan atau dibina; terbina: Banyak bangunan tinggi yg ~ di tengah bandar itu. 3 (telah) dibentuk (ditubuhkan); terbentuk; tertubuh: Dlm tahun 1930, ~ sebuah persatuan panah diraja. ~ atas ditubuhkan atau dibentuk dgn berdasarkan sesuatu (prinsip, asas dsb): Undang-undang negara ~ atas prinsip keadilan sosial. ~ di atas didirikan atau ditegakkan di atas sesuatu: Rumahnya ~ di atas bukit. ~ drpd terjalin atau terbentuk drpd beberapa unsur: Penduduknya ~ drpd berbagai-bagai bangsa. pendirian 1 pegangan (bkn fahaman, pendapat dll) utk menimbang atau menilai sesuatu hal: Kita mestilah mempunyai ~ hidup yg tegas. 2 perihal atau perbuatan mendirikan: ~ kelab itu dibiayai oleh ahli-ahlinya sendiri. berpendirian mempunyai pendirian; berpegang teguh pd sesuatu pendirian: Saya ~ bahawa rajin dan usaha itu tangga kemajuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diri

Puisi
 

Bunga melur setangkai diri,
     Anak udang dari Patani;
Tidur malam seorang diri,
     Aku tak tahu selama ini.


Lihat selanjutnya...(129)
Peribahasa

Menganjungkan diri bagai sepasin.

Bermaksud :

Meninggikan diri.

 

Lihat selanjutnya...(161)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tebeng[t«.beN]kata kerjamemaksa diri untuk melakukan sesuatu (walaupun tidak disukainya atau tidak mampu).Mung tok soh dok tebeng buwak la, kalu tok leh gak.[muN t/ sh do/ t«.beN bu.wA/ lA kA.lu t/ leh gA/]Kamu jangan paksa diri untuk membuatnya kalau tak boleh.
tok kaba[t/ kA.bA] tidak sedarkan diri, pengsan.Saleh duwo ari tok kaba lepah keno tepoh muto.[sA.lEh du.w A.Äi t/ kA.bA l«.pAh k«.n t«.poh m:u.to]Saleh dua hari pengsan selepas dilanggar motosikal.
selok[s«.l/]kata adjektiftidak sedarkan diri, pengsan.Budok tu selok nyo behe ko ayoh diyo.[bu.d/ tu s«.l/ ø bE.hE k A.jh di.j]Budak tu pengsan kerana dipukul ayahnya.
nilek[n:i.le/]kata kerjaberdandan diri (bagi perempuan) dengan pakaian (barang kemas dan lain-lain) supaya kelihatan cantik, berhias.Lamo teh dok nilek, bo bo la.[lA.m tEh do/ n:i.le/ b: b: lA]Sudah lama kamu berhias, sudah-sudahlah tu.
manggok[mAN.g/]kata adjektifsifat tinggi diri, sombong, angkuh.Kalu gi tepak ore, jange buwak manggok sangak.[kA.lu gi t«.pA/ .ÄE dZA.NE bu.wA/ mAN.g/ sA.NA/]Kalau pergi tempat orang, jangan sombong sangat.
kekmo[kE/.m]kata namaganti nama diri pertama (bagi penduduk daerah Labok), saya.Kalu demo nok beli gak, kekmo buleh juwa.[kA.lu dE.m n/ b«.li gA/ kE/.m bu.leh dZu.wA]Kalau kamu nak beli, saya bolehlah menjualnya.
kawe[kA.wE]kata namaganti nama diri pertama, saya, aku.Kawe nok gi keda smeta.[kA.wE n/ gi k:«.dA sm«.tA]Saya nak pergi ke kedai sebentar.
demo tu[dE.m tu] kata ganti diri ketiga untuk bilangan yang banyak, mereka.Demo tu ralek dok tengok ore maeng bola.[dE.m tu ÄA.le/ do/ tE.N/ .ÄE m:AeN b.lA]Mereka ralit menonton perlawanan bola sepak.
demo[dE.m]kata namakata ganti diri kedua, engkau, kamu, awak.Anok demo abih doh ko ngaji?[A.n/ dE.m A.bih dh k N:A.dZi]Anak awak dah habis belajarkah?
puing[p:uiN]kata kerjameronta-ronta (untuk melepaskan diri), berpusing-pusing.Lembu tu puing nok lari maso ore igak diyo.[l«m.bu tu p:uiN n/ lA.Äi mA.s .ÄE i.gA/ di.j]Lembu tu meronta-ronta nak lari ketika orang ramai hendak menangkapnya.
12

Kembali ke atas