Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ri] | ديري

Definisi : 1 orang seorang; empunya badan: Malang betul nasib ~ku ini, duit habis harta tak ada. 2 badan sendiri (bukan orang lain): membunuh ~; menyerah ~. memohon ~ meminta izin hendak keluar atau pulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[di.ri] | ديري

Definisi : ; berdiri 1 bangkit dan tegak di atas kaki (tidak duduk, tidak baring dll): Murid-murid semua ~ apabila guru masuk. 2 tegak (sama ada ditanam atau disokong, ditopang dll). 3 (telah) ditubuhkan; (telah) ada: MARA telah ~ sejak tahun 1965 lagi. ~ atas berasaskan (berdasarkan) sesuatu; berdasar pd: Sekolah itu ~ atas sokongan ibu bapa. ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd bantuan orang lain; berdikari. mendirikan 1 menjadikan atau membuat supaya berdiri; menegakkan: Ia telah ~ tiang pagar yg condong itu. 2 membangunkan atau membina (rumah, bangunan dll): Ia sudah ~ sebuah rumah batu. 3 menubuhkan sesuatu perkumpulan (persatuan dll): Mereka berusaha ~ syarikat kerjasama di kampung-kampung. ~ rumah tangga berkahwin. terdiri 1 (tiba-tiba) berdiri atau didirikan: Sedang ia berjalan, ia berhenti dan ~ kerana terdengar akan suara orang meminta tolong. 2 (telah) didirikan atau dibina; terbina: Banyak bangunan tinggi yg ~ di tengah bandar itu. 3 (telah) dibentuk (ditubuhkan); terbentuk; tertubuh: Dlm tahun 1930, ~ sebuah persatuan panah diraja. ~ atas ditubuhkan atau dibentuk dgn berdasarkan sesuatu (prinsip, asas dsb): Undang-undang negara ~ atas prinsip keadilan sosial. ~ di atas didirikan atau ditegakkan di atas sesuatu: Rumahnya ~ di atas bukit. ~ drpd terjalin atau terbentuk drpd beberapa unsur: Penduduknya ~ drpd berbagai-bagai bangsa. pendirian 1 pegangan (bkn fahaman, pendapat dll) utk menimbang atau menilai sesuatu hal: Kita mestilah mempunyai ~ hidup yg tegas. 2 perihal atau perbuatan mendirikan: ~ kelab itu dibiayai oleh ahli-ahlinya sendiri. berpendirian mempunyai pendirian; berpegang teguh pd sesuatu pendirian: Saya ~ bahawa rajin dan usaha itu tangga kemajuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diri

Puisi
 

Bunga melur setangkai diri,
     Anak udang dari Patani;
Tidur malam seorang diri,
     Aku tak tahu selama ini.


Lihat selanjutnya...(129)
Peribahasa

Menganjungkan diri bagai sepasin.

Bermaksud :

Meninggikan diri.

 

Lihat selanjutnya...(161)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
layoq[lA.j)Ö]kata adjektifmenunjuk-nunjuk diri, menyanjung-nyanjung diri, tayang diri.Jangan dok layoq kat aku, aku tau sapa hang.[dZA.NAn do/ lA.j)Ö kAt A.ku A.ku tAw sA.pA hAN]Janganlah menunjuk-nunjuk kepada saya, saya tahu siapa engkau.
cungget[tSuN.get]kata kerjaberlari atau melarikan diri (dengan pantas).Bila nampak orang mai kutep utang, dia pon cungget ikot pintu belakang.[bi.lA nAm.pA/ .ÒAN mAj ku.tep u.tAN di.jA pon tSuN.get i.kot pin.tu b «.lA.kAN]Apabila ternampak orang mengutip hutang datang, dia pun segera melarikan diri melalui pintu belakang.
meloko[m«.l.k]kata kerjaberdiam diri sambil menundukkan kepala kerana takut, tidak berani melawan dan sebagainya (biasanya kepada manusia).Depa tu kat kampong sendiri bukan maen belagak, masok kampong orang meloko saja.[dE.pA tu kAt kAm.poN s«n.di.Òi bu.kAn mAen b«.lA.gA/ mA.so/ kAm.poN .ÒAN m«.l.k sA.dZA]Mereka itu hanya berlagak berani di kampung sendiri, tetapi apabila berada di kampung orang, diam pula.
tua merogon[tu.wA m«.ҍ.gn] sangat tua, tua renta, tua bangka (tentang orang); tua merogan.Dah merogon, sedak la diri sikit, jangan dok tuang semayang![dAh tu.wA m«.ҍ.gn s«.dA)Ö lA di.Òi si.kit dZA.NAn do/ tu.wAN s«.mA.jAN]Dah tua bangka, sedarlah diri sikit, jangan tinggal sembahyang!
tua merogan[tu.wA m«.ҍ.gAn] sangat tua, tua renta, tua bangka (tentang orang); tua merogon.Dah tua merogan, sedaq la diri siket, jangan dok tuang semayang![dAh tu.wA m«.ҍ.gAn s«.dA)Ö lA di.Òi si.ket dZA.NAn do/ tu.wAN s«.mA.jAN]Dah tua bangka, sedarlah diri sikit, jangan tinggal sembahyang!
bangsat[bAN.sAt]kata kerjamengembara, merantau, membawa diri, berkelana.Lama dah aku tak tengok muka hang, hang pi bangsat kat mana?[lA.mA dAh A.ku tA/ tE.N/ mu.kA hAN hAN pi bAN.sAt kAt mA.nA]Sudah lama aku tidak berjumpa dengan kamu, kamu pergi mengembara ke mana?
merak[m«.ÒA/]kata adjektifsombong, angkuh dan suka peraga diri.Penyanyi tu merak sunggoh, dia ingat dia sorang saja baguih.[p«.øA.øi tu m«.ÒA/ suN.goh di.jA i.NAt di.jA s.ÒAN sA.dZA bA.guih]Penyanyi itu berlagak sombong, dia sangka dia seorang saja yang pandai menyanyi.
buboh[bu.boh]kata kerjapukul hentam, belasah (bahasa kasar).Buboh bagi kat dia, bagi dia sedaq diri sikit.[bu.boh bA.gi kAt di.jA bA.gi di.jA s«.dAâÖ di.Òi si.kit]Belasah dia supaya dia sedar akan dirinya.
kelippok[k«.lip.p/]kata kerjapejam celik berulang kali (kerana terperanjat, kehairanan, ketakutan atau bersikap acuh tak acuh), terkebil-kebil, terkedip-kedip.Masa mak dia dok beletiaq, mata dia dok kelippok-kelippok saja.[mA.sA mA/ di.jA do/ b«.lE.ti.jA)Ö mA.tA di.jA do/ k«.lip.p/.k«.lip.p/ sA.dZA]Pada masa ibunya berleter, dia hanya mendiamkan diri sambil matanya terkebil-kebil berulang kali.
cega[tSE.gA]kata adjektiftakut dan khuatir, curiga.Anak dara tu cega dah nak jalan sorang-sorang waktu malam, pasai dia prenah kena ganggu.[A.nA/ dA.ÒA tu tSE.gA dAh nA/ dZA.lAn s.ÒAN.s.ÒAN wA/.tu mA.lAm pA.sAj di.jA pÒ«.nAh k«.nA gAN.gu]Anak gadis itu merasa takut berjalan seorang diri pada waktu malam, kerana dia pernah diganggu.

Kembali ke atas