Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ri] | ديري

Definisi : 1 orang seorang; empunya badan: Malang betul nasib ~ku ini, duit habis harta tak ada. 2 badan sendiri (bukan orang lain): membunuh ~; menyerah ~. memohon ~ meminta izin hendak keluar atau pulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[di.ri] | ديري

Definisi : ; berdiri 1 bangkit dan tegak di atas kaki (tidak duduk, tidak baring dll): Murid-murid semua ~ apabila guru masuk. 2 tegak (sama ada ditanam atau disokong, ditopang dll). 3 (telah) ditubuhkan; (telah) ada: MARA telah ~ sejak tahun 1965 lagi. ~ atas berasaskan (berdasarkan) sesuatu; berdasar pd: Sekolah itu ~ atas sokongan ibu bapa. ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd bantuan orang lain; berdikari. mendirikan 1 menjadikan atau membuat supaya berdiri; menegakkan: Ia telah ~ tiang pagar yg condong itu. 2 membangunkan atau membina (rumah, bangunan dll): Ia sudah ~ sebuah rumah batu. 3 menubuhkan sesuatu perkumpulan (persatuan dll): Mereka berusaha ~ syarikat kerjasama di kampung-kampung. ~ rumah tangga berkahwin. terdiri 1 (tiba-tiba) berdiri atau didirikan: Sedang ia berjalan, ia berhenti dan ~ kerana terdengar akan suara orang meminta tolong. 2 (telah) didirikan atau dibina; terbina: Banyak bangunan tinggi yg ~ di tengah bandar itu. 3 (telah) dibentuk (ditubuhkan); terbentuk; tertubuh: Dlm tahun 1930, ~ sebuah persatuan panah diraja. ~ atas ditubuhkan atau dibentuk dgn berdasarkan sesuatu (prinsip, asas dsb): Undang-undang negara ~ atas prinsip keadilan sosial. ~ di atas didirikan atau ditegakkan di atas sesuatu: Rumahnya ~ di atas bukit. ~ drpd terjalin atau terbentuk drpd beberapa unsur: Penduduknya ~ drpd berbagai-bagai bangsa. pendirian 1 pegangan (bkn fahaman, pendapat dll) utk menimbang atau menilai sesuatu hal: Kita mestilah mempunyai ~ hidup yg tegas. 2 perihal atau perbuatan mendirikan: ~ kelab itu dibiayai oleh ahli-ahlinya sendiri. berpendirian mempunyai pendirian; berpegang teguh pd sesuatu pendirian: Saya ~ bahawa rajin dan usaha itu tangga kemajuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diri

Puisi
 

Bunga melur setangkai diri,
     Anak udang dari Patani;
Tidur malam seorang diri,
     Aku tak tahu selama ini.


Lihat selanjutnya...(129)
Peribahasa

Menganjungkan diri bagai sepasin.

Bermaksud :

Meninggikan diri.

 

Lihat selanjutnya...(161)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah kata panggilan merupakan kata ganti nama diri ?Kata ganti nama diri mengandungi perkataan yang nerujuk diri orang tertentu iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. 

Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat.

Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita.

Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa17.03.2013
---- dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang. A Penilaian diri B Refleksi diri C Sumbang saran. Saya NANDHANA ingin mohon penjelasan.Untuk makluman, maksud ketiga-tiga perkataan tersebut ialah:

Penilaian diri = perbuatan atau hal menilai
Refleksi diri = Gambaran diri
Sumbang saran = Perbincangan intensif untuk menyelesaikan masalah tertentu, men­dapatkan idea-idea baru, dan sebagainya

Sehubungan dengan itu perkataan yang paling tepat digunakan ialah "penilaian diri". Ayat lengkap, Penilaian diri dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang
Lain-lain17.10.2015
Salam sejahtera, En. Sulaiman, Boleh saya tahu, apakah macam mana nak bezakan penggunaan 'diri' dan 'diri sendiri'. Jawapan encik didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. Be LanPerkataan "diri" boleh merujuk kepada diri orang itu sendiri dan boleh merujuk diri orang lain. Contoh ayat : Silat ialah salah satu seni mempertahankan diri.
Perkataan "diri sendiri" merujuk kepada diri individu.  Contoh ayat:  Ahmad sudah besar dan boleh menguruskan diri sendiri.
Lain-lain20.10.2014
boleh tolong berikan contoh perkataan yang tergolong dalam kata ganti nama diri merujuk gelaran dan panggilan.Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata ganti nama diri orang merujuk kepada diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga seperti yang berikut:
1. kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami, kita
2. kata ganti nama diri orang kedua: anda, saudara, engkau, awak, kamu
3. kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia, beliau, mereka, -nya
Tatabahasa06.03.2013
adakah perkataan "diri sendiri" ditulis seperti "diri-sendiri" atau "diri sendiri"? terima kasih.Cara penulisan yang betul ialah diri sendiriEjaan14.09.2017
Saudara masih belum menjawab satu soalan saya? Apakah kata ganti nama untuk masa dan waktu?Kata ganti nama diri mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. 

Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat.

Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita.

Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa24.02.2014
Apakah perbezaan antara sendiri dan diri?Sendiri dan diri membawa maksud yang sama atau hampir sama makananya dengan kata lain. Sendiri atau diri membawa maksud tubuh badan atau orang sebenarnya (bukan wakil, diri yang sebenarnya). Contoh ayat,  Diri sendiri.Lain-lain25.10.2021
maksud perkataan "perihal diri sendiri"Maksud perihal diri sendiri ialah keadaan diri sendiri, iaitu perkara yang memerikan, menggambarkan atau menjelaskan diri sendiri untuk mudah difahami.Makna10.07.2009
saya pernah bertanya berkenaan perbezaan antara 'Bercinta Dengan Diri Sendiri" dan "Mencintai Diri Sendiri"...dan jawapan diterima ialah kedua-dua frasa tersebut membawa maksud yang sama, iaitu menaruh rasa cinta pada diri sendiri. terima kasih atas jawapan, cuma saya agak keliru dengan penggunaan "Bercinta Dengan Diri Sendiri" kerana saya pernah difahamkan frasa tersebut bermaksud menaruh rasa cinta pada diri sendiri tetapi lebih kepada taksub dengan diri sendiri...manakala tidak bagi frasa "Mencintai Diri Sendiri"...harap Tuan dapat memberi penjelasan..Terima kasih..Merujuk Kamus Dewan, tidak ada perbezaan tahap 'menaruh rasa cinta' pada maksud bercinta dan mencintai. Maksud 'menaruh rasa cinta' juga berbentuk abstrak dan boleh boleh diberi pelbagai tafsiran yang berkaitan dengan makna tersebut.Tatabahasa13.09.2012
meminta diri daripada Encik Lim atau meminta diri kepada atau meminta diri dengan?Salam sejahtera,

Jawapan yang betul ialah 'meminta diri daripada Encik Lim'
Tatabahasa19.01.2013
12345678910...

Kembali ke atas