Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ri] | ديري

Definisi : 1 orang seorang; empunya badan: Malang betul nasib ~ku ini, duit habis harta tak ada. 2 badan sendiri (bukan orang lain): membunuh ~; menyerah ~. memohon ~ meminta izin hendak keluar atau pulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[di.ri] | ديري

Definisi : ; berdiri 1 bangkit dan tegak di atas kaki (tidak duduk, tidak baring dll): Murid-murid semua ~ apabila guru masuk. 2 tegak (sama ada ditanam atau disokong, ditopang dll). 3 (telah) ditubuhkan; (telah) ada: MARA telah ~ sejak tahun 1965 lagi. ~ atas berasaskan (berdasarkan) sesuatu; berdasar pd: Sekolah itu ~ atas sokongan ibu bapa. ~ atas kaki sendiri tidak bergantung pd bantuan orang lain; berdikari. mendirikan 1 menjadikan atau membuat supaya berdiri; menegakkan: Ia telah ~ tiang pagar yg condong itu. 2 membangunkan atau membina (rumah, bangunan dll): Ia sudah ~ sebuah rumah batu. 3 menubuhkan sesuatu perkumpulan (persatuan dll): Mereka berusaha ~ syarikat kerjasama di kampung-kampung. ~ rumah tangga berkahwin. terdiri 1 (tiba-tiba) berdiri atau didirikan: Sedang ia berjalan, ia berhenti dan ~ kerana terdengar akan suara orang meminta tolong. 2 (telah) didirikan atau dibina; terbina: Banyak bangunan tinggi yg ~ di tengah bandar itu. 3 (telah) dibentuk (ditubuhkan); terbentuk; tertubuh: Dlm tahun 1930, ~ sebuah persatuan panah diraja. ~ atas ditubuhkan atau dibentuk dgn berdasarkan sesuatu (prinsip, asas dsb): Undang-undang negara ~ atas prinsip keadilan sosial. ~ di atas didirikan atau ditegakkan di atas sesuatu: Rumahnya ~ di atas bukit. ~ drpd terjalin atau terbentuk drpd beberapa unsur: Penduduknya ~ drpd berbagai-bagai bangsa. pendirian 1 pegangan (bkn fahaman, pendapat dll) utk menimbang atau menilai sesuatu hal: Kita mestilah mempunyai ~ hidup yg tegas. 2 perihal atau perbuatan mendirikan: ~ kelab itu dibiayai oleh ahli-ahlinya sendiri. berpendirian mempunyai pendirian; berpegang teguh pd sesuatu pendirian: Saya ~ bahawa rajin dan usaha itu tangga kemajuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diri

Puisi
 

Bunga melur setangkai diri,
     Anak udang dari Patani;
Tidur malam seorang diri,
     Aku tak tahu selama ini.


Lihat selanjutnya...(129)
Peribahasa

Menganjungkan diri bagai sepasin.

Bermaksud :

Meninggikan diri.

 

Lihat selanjutnya...(161)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
man[mAn]kata namaganti nama diri pertama.Pak suah man buat keje tu.[pA su.wAh mAn bu.wAt k«.dZ« tu]Tidak pernah saya buat kerja itu.
kaeh[kAeh]kata namaganti nama diri pertama tunggal.Kaeh tok gemo pegi kede.[kAeh t/ g«.m p«.gi k«.dE]Saya tidak gemar pergi kedai.
kome[k.m«]kata namaganti nama diri pertama jamak.Kelaih kome kene denda pase bising.[k«.lAC k.m« k«.n« d«n.dA pA.sE bi.siN]Kelas kami kena denda sebab bising.
koi[kj]kata namaganti nama diri pertama tunggal.Koi tok gemo peel budok tu.[kj t/ g«.m pE/.Eù bu.d/ tu]Saya tidak gemar dengan perangai budak itu.
he[h:E]kata namaganti nama diri pertama tunggal.He nok kede jap[h:E n/ k«.de dZAp]Saya hendak ke kedai sekejap.
besebon[b«.s«.bon]kata kerjamelasakkan diri dalam keadaan sakit (sakit yang melibatkan bengkak).Jangan besebon nanti melarat semula.[dZA.NAn b«.s«.bon nAn.ti m«.lA.ÄAt s«.mu.lA]Jangan besebon nanti melarat semula.
aji[A.dZi]kata namaganti nama diri kedua tunggal.Man nampak anak aji panjat pokok semalam.[mAn nAm.pA/ A.nA/ A.dZi pAn.dZAt po.ko/ s«.mA.lAm]Saya nampak anak awak memanjat pokok semalam.
kohot[k.hot]kata adjektiflenguh.Koi kohot diri lame tunggu baih.[koj k.hot di.Äi lA.m« tuN.gu bAC]Saya lenguh berdiri lama menunggu bas.
tebeng[t«.bEN]kata tugascuba melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri, sama ada baru mencuba atau sudah melakukannya.Doh tau die tu panah baran, yang dok tebeng buat ape.[dh tAw di.je tu pA.nAh bA.ÄAn jAN do t«.bEN bu.wAt A.p«]Kalau sudah tahu dia tu panas baran, yang awak tebeng buat apa.
saru[sA.Äu]kata adjektifrisau.Saru koi naek kerete dengan diri.[sA.Äu kj n­A.e/ k«.ÄE.t« d«.NAn di.Äi]Risau saya naik kereta dengan awak.
12

Kembali ke atas