Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dis.fé.mis.me] | ديسفيميسمى

Definisi : (disfémisme) (Lin) ungkapan atau kata yg kasar utk menggantikan ungkapan atau kata yg halus (lembut, sopan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata disfemisme


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ramai yang membuat kajian mengenai eufemisme, bagaimana pula dengan kajian disfemisme (dysphemism)? Adakah disfemisme berbeza dengan tabu bahasa? Apakah bidang yang paling tepat untuk dikaitkan dengan konsep disfemisme, adakad konsep kesantunan bahasa atau konsep kesopanan bahasa? Boleh cadangkan sumber rujukan yang sesuai untuk kajian bidang disfemisme ini?Tidak ada maklumat tentang persamaan atau perbezaan antara disfemisme dengan tabu dalam bahasa. Berkemungkinan ada persamaan antara kedua-dua faktor tersebut. Apabila menyentuh aspek santun berbahasa juga pasti ada melibatkan kedua-dua factor tersebut. Soalan berbentuk kajian seumpama ini tidak dapat dihuraikan dalam ruangan yang terhad, sementelahan pula ia memerlukan bacaan yang banyak dan penelitian yang rapi. Sila rujuk buku yang berkaitan dan dalam data kami ada satu artikel sahaja yang ditulis mengenai disfemisme, lihat disfemisme&d=3">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=disfemisme&d=3 dan beberapa artikel tentang tabu di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tabu&d=3.Lain-lain06.02.2014

Kembali ke atas